Halaman

Klik Jer Sane Sinun

Selasa, 3 April 2012

Nota Ulangkaji Sains Tahun 4 Tumbuhan Membiak

PROSES HIDUP TUMBUHAN




Pada hari Jumaat lepas bersamaan dengan 30-Mac-2012, saya masuk ke kelas tahun 4 untuk memulakan topik baru iaitu Tumbuhan Membiak.

Soalan diajukan kepada murid secara rawak
1) Siapa pernah menanam pokok? atau pokok bunga?
2) Bagaimana kamu tanam? Menggunakan apa? Biji? Batang atau apa?

Kebanyakan murid dapat menjawab dengan baik dan memberikan respon yang amat baik. Secara rawak 15 orang murid daripada 34 orang pernah menanam pokok dengan berbagai jenis.

(link tambahan KEMANDIRIAN TUMBUHAN SAINS TAHUN 5)

Berikut, saya mahu kongsikan kepada semua mengenai Tumbuhan Membiak.

Lihat nota di bawah

Tumbuhan membiak kerana
Untuk memastikan kemandirian spesiesnya (untuk teruskan hidup dan tidak kehilangan spesiesnya/jenisnya)

Cara Tumbuhan membiak

Klik untuk baca lagi




(1) BIJI BENIH

Berikut merupakan beberapa contoh Pokok



Biji benih dalam paket untuk dijual                                  Biji benih pokok cili yang telah tumbuh dengan hasil.

Pokok tomato juga ditanam dengan biji benih.                Begitu juga dengan pokok rambutan.

(TUMBUHAN BERBUNGA MEMBIAK MELALUI BIJI BENIH)
(Bunga biasanya menjadi buah yang mengandugi biji benih)
(Apabila ditanam, biji benih akan bercambah menjadi anak pokok)

Soalan: Nyatakan 5 lagi jenis tumbuhan yang membiak melalui biji benih.


(2) SPORA

Tumbuhan tidak berbunga membiak melalui spora.

Contoh tumbuhan tidak berbunga 

Paku pakis


 LUMUT


ALGA



Kulat juga membiak melalui spora.

Contoh kulat ialah 
CENDAWAN



Spora di sebarkan melalui ANGIN.

Spora akan bercambah apabila jatuh ke atas TANAH yang berkeadaan SESUAI

Tanah yang sesuai seperti mempunyai HUMUS dan AIR yang mencukupi dan SUHU yang sesuai.

Lihat gambar di bawah 
(Kapsul spora di permukaan bawah daun)



Uji minda!

Adakah tumbuhan yang tumbuh di atas sekeping roti (lama) merupakan tumbuhan pembiakan spora?




Melalui DAUN
-Contoh tumbuhan yang membiak melalui daun ialah

POKOK BEGONIA



POKOK SETAWAR

(Apabila daun jatuh ke tanah, tunas yang berada di bahagian daun akan tumbuh menjadi anak pokok)


Melalui KERATAN BATANG
-Sebahagian daripada batang tumbuhan dipotong daripada induknya dan ditanam di dalam tanah.

Contoh tumbuhan yang membiak melalui keratan batang ialah


BUNGA RAYA


POKOK TEBU


POKOK UBI KAYU 

(Keratan batang adalah satu contoh pembiakan buatan)



MELALUI BATANG BAWAH TANAH
-Bawang bawah tanah mempunyai tunas
-Tunas akan tumbuh menjadi anak pokok
-Batang bawah tanah mengandungi makanan simpanan
-Makanan itu untuk tunas yang hendak tumbuh

Contoh tumbuhan yang membiak melalui batang bawah tanah ialah

POKOK BAWANG


POKOK HALIA



POKOK KUNYIT



MELALUI SULUR
- Sulur ialah PUCUK yang tumbuh dari batang bawah tanah
-ANAK-anak pokok tumbuh di sekeliling pokok induk

Contoh pokok yang membiak melalui SULUR ialah

POKOK BULUH


POKOK KELADI


POKOK NANAS


POKOK PISANG 




Nota tambahan untuk TUMBUHAN MEMBIAK boleh rujuk di sini






Dikemaskini kembali pada 5-April-2012 (Khamis) @ 5.38 p.m.


Lembaran Kerja Cara Tumbuhan Membiak
Sumber : http://www.scribd.com/doc/87163806/Lembaran-Kerja-Cara-Tumbuhan-Membiak



zondle - games to support learning

7 ulasan:

  1. thanks a lot...content dlm blog ni bnyk membantu sy utk sbg guru pelatih utk mengajar subjek sns sbg minor sy..jazakallahu khairan kathiraa...terima kasih atas perkongsian ilmu=)

    BalasPadam
    Balasan
    1. most welcome..thank you for your support ;) jemput datang lagi ya

      Padam
  2. terima kasih. blog cikgu membantu saya mencari bahan untuk folio tahun 4 anak saya..

    BalasPadam
    Balasan
    1. sama-sama...maklumat asas ini juga boleh diperolehi di google asalnya. cuma saya tukar kepada nota ringkas. terima kasih juga kerana berkunjung dan meninggalkan komen ;) jumpa lagi

      Padam
  3. terima kasih cikgu dari abdul wafi sk taman ria,sg.petani

    BalasPadam
    Balasan
    1. sama-sama...terima kasih juga kerana sudi kunjung blog ini ;)

      Padam
  4. Terima kasih kerana kandungan blog ini benar2 membantu saya dalam mengajar anak sy..

    BalasPadam