SILA KLIK SINI JUGA

FoLLow3rS

Iklan

Pertandingan Memasak 2015 SK Lahad Datu III

Khamis, 15 Disember 2011

PROGRAM MBMMBI

MBMMBI sesuatu yang tidak perlu saya terangkan lagi dalam blog ini kerana secara umum sudah mengetahui bahawa usaha kerajaan terutama di peringkat Kementerian Pelajaran sudah banyak laksanakan program mengenainya.



Maka, di sini suka untuk saya ceritakan serba sedikit pengalaman saya.

Sebelum saya ambil cuti CTR bermula 1-Nov-2011, saya minta FT17 iaitu Juruteknik dan GIT iaitu Guru Penyelaras Bestari untuk ambil tahu/tindakan sekiranya terdapat kehadiran pegawai dari BTP/PKG untuk program MBMMBI yang dilaksanakan semasa bulan November nanti. 

Ternyata, program itu berjalan dengan baik mengikut laporan/cerita yang diberikan kepada saya melalui Juruteknik sekolah. Cuma, saya agak kabur mengenai cerita yang disampaikan.



Maka, dengan masa cuti yang ada ini, saya cuba lihat/tinjau kembali berkenaan dengan program yang sama dilaksanakan di sekolah yang lain melalui pencarian dalam google dan blog serta laman web yang lain. Ternyata usaha saya tidak sia-sia yang mana pada hari ini 15-Dec-2011 (Khamis) waktu 3.30pm saya habis kan masa 30minit bagi mencari maklumat tersebut dan terjumpa satu laman web yang amat bagus untuk dicontohi seperti berikut:


(; klik di sini >>> ICT SK JAWI <<< Memang Canggih ;)


Usaha yang ditunjukkan dalam menyampaikan maklumat yang diperlukan serta yang aktiviti yang dilaksanakan amat mudah untuk dilihat dan di fahami beserta gambar rajah dan contoh.

Klik sini untuk lihat program MBMMBI yang dijalankan


Perkara yang boleh saya di contohi di sini ialah,
1. Setiap maklumat yang diberikan dapat diterangkan dengan lebih jelas jika ada contoh samada bergambar atau video dan lain-lain.
2. Konsep kerja secara berpasukan dapat memudahkan suatu tugas yang rumit dan dapat bersatu hati serta perlaksanaan kerja dengan seronok dan gembira.

Sekian
MMK
3.46pm
15-Dec-2011

Rujukan lain 

Rabu, 14 Disember 2011

Kemahiran Hidup 2u

Kemahiran Hidup 2u:

Klik sini untuk lihat lebih banyak maklumat tentang Subjek Kemahiran Hidup Sekolah Rendah ;)

'via Blog this'

TAKLIMAT SBPA

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

SBPA telah pun dikeluarkan secara rasmi dan sebelum ini, saya sudah mengirim emel kepada semua guru di sekolah saya sendiri akan makluman SBPA sebagai rujukan awal.

Selaku penjawat awam yang sering mengikuti perkembangan SBPA, sudah tentu tidak terlepas untuk membaca Pekeliling 13/2011 bagi perjawatan guru. Setiap individu dikehendaki untuk mengisi borang seperti mana yang ditunjukkan dalam lampiran dan dikehendaki untuk dihantar kepada KERANI KEWANGAN sekolah masing-masing (unit gaji) sebelum 30-Dec-2011 (sebaik-baiknya sebelum 25-Dec-2011 kerana dokumen itu perlu pengesahan dari Ketua Jabatan iaitu Guru Besar / Pengetua) untuk dihantar ke peringkat PPD bagi mengisi keperluan analisis berdasarkan respon dari guru-guru dan seterusnya di hantar ke peringkat JPN masing-masing sebelum dihantar ke peringkat KPM. Seterusnya, pada 15-Januari-2012 (dijangkai sahaja) sistem sifir gaji baru akan keluar kepada semua penjawat awam yang memilih SBPA.







Berikut merupakan sedikit perkongsian bersama:

Turut boleh dilihat dalam laman FACEBOOK di sini >>> SBPA <<< dan juga sini >>> LALUAN KERJAYA GURU <<<

Antara perkara yang menarik untuk di kongsin ialah SIFIR GAJI GURU 2012 yang telah dimasukkan dalam kebanyakan blog dan website di internet secara meluas adalah seperti berikut


Sila rujuk laman sesawang ini >>>>ULAN<<<< atau di sini >>>CikLaili<<<

Pelbagai maklumat yang boleh dimuat turun dalam laman web ini 


Klik sini 

TEMPOH UNTUK MEMILIH SBPA

Sumber dari NUTP



1. Tempoh Opsyen SBPA dan melanjutkan umur persaraan adalah pada 16 Disember 2011 hingga 30 Disember  2011. Guru-Guru diminta hubungi sekolah untuk memperolehi maklumat mengenai Borang Opsyen.

2. Saudara/ Saudari boleh tandatangan Borang Opsyen SBPA dan melanjutkan umur persaraan secara berasingan kerana Opsyen SBPA dan melanjutkan umur persaraan ke 60 tahun merupakan dua perkara yang berbeza.



Kepada semua guru sekolah saya, boleh lah hantar borang yang lengkap di sini ke alamat sekolah 
SK PARIS 3 KINABATANGAN
PETI SURAT 60532
POSKOD 91117
LAHAD DATU SABAH
(sebelum 25-Dec-2011)

Sebarang pertanyaan sila hubungi 
Pn. Dayang Rohani di talian 089-575209 (pejabat sekolah)
atau Puan Sunarti (Unit Gaji PPD Kinabatangan) di talian 089-561881


klik sini untuk borang berkaitan


2. Lampiran

Pegawai Yang Memenuhi Syarat Skim Perkhidmatan Untuk Memasuki Skim Perkhidmatan SBPA
  G1 - G2 - G3 - G4

atau

Pegawai Yang Belum Memenuhi Syarat Skim Perkhidmatan Untuk Memasuki Skim Perkhidmatan SBPA
 H1 - H2 - H3 - H4

atau

OPSYEN BAGI SKIM PERKHIDMATAN YANG DIJUMUDKAN MELALUI PENGGABUNGAN/ NAIK TARAF/ PENARAFAN SEMULA / PEMANSUHAN FUNGSI DI BAWAH SBPA


 J1 - J2 - J3 - J4





Sekian dan terima kasih.



KEMASKINI PADA
10.20 pagi
15-Dec-2011
Khamis




Sabtu, 10 Disember 2011

Guru ICT






Guru ICT

1. PENGENALAN

Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP) 2006-2010 telah dirangka untuk melaksanakan dan merealisasikan satu sistem pendidikan yang holistik, progresif, bermoral dan bertaraf dunia. PIPP telah dilancarkan oleh Perdana Menteri, Dato’ Seri Abdullah Haji Ahmad Badawi pada 16 Januari 2007 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya.

PIPP merupakan satu dokumen perancangan pembangunan yang meliputi tiga aspek utama iaitu infrastruktur, pengisian dan tenaga manusia. Matlamat PIPP adalah untuk menghasilkan pendidikan berkualiti untuk semua. Bagi memastikan matlamat ini dapat dicapai, dua pendekatan utama telah dikenal pasti sepanjang tempoh Rancangan Malaysia Ke 9 iaitu:

Menyelesaikan tugas yang masih belum selesai dalam rancangan lima tahun sebelum ini iaitu untuk memastikan akses kepada pendidikan dan menyamaratakan medan persaingan di kalangan pelajar.

Mengembangkan sepenuhnya potensi sekolah dalam kluster kecemerlangan sehingga membolehkan guru dan pelajar mengangkat nama dan sistem pendidikan negara di mata dunia.




Oleh itu PIPP telah menggariskan enam teras utama iaitu:

Membina negara bangsa

Membangunkan modal insan

Memperkasakan Sekolah Kebangsaan

Merapatkan jurang pendidikan

Memartabatkan profesion keguruan

Melonjakkan kecemerlangan institusi pendidikan.



Guru Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) boleh memainkan peranan penting dalam merealisasikan perancangan kerajaan ini. Di antara peranan yang boleh dimainkan seperti yang terkandung dalam perlaksanaan PIPP melalui teras ke dua iaitu membangunkan modal insan. Dalam usaha membangunkan modal insan yang mempunyai jati diri yang kukuh, berketerampilan, berkeperibadian mulia, berpengetahuan dan berkemahiran tinggi bagi mengisi keperluan negara maju 2020, ialah dapat melengkapkan diri pelajar dengan kebolehan menggunakan ICT dengan baik.




2. PERANAN DAN TUGAS GURU ICT DI SEKOLAH

Guru ICT biasanya dikaitkan dengan guru yang mengajar mata pelajaran ICT di sekolah seperti mata pelajaran ICT Tingkatan 4 dan 5 serta program ICTL sekolah menengah dan sekolah rendah. Guru ICT juga dianggap guru yang mempunyai pengetahuan yang luas dalam bidang ICT dan mempunyai kelulusan peringkat ijazah atau pun pernah mengikuti kursus-kursus berkaitan dengan ICT.

Selain daripada mengajar mata pelajaran ICT, guru ICT biasanya diberi tanggungjawab serta dilantik jawatan seperti Penyelaras Makmal Komputer Sekolah dan Guru Data. Tanggungjawab Penyelaras Makmal Komputer Sekolah ialah mengatur penggunaan makmal komputer di sekolah dengan menyediakan jadual penggunaan makmal komputer oleh guru dan pelajar, menyelenggara peralatan ICT seperti melaporkan kerosakan atau membuat kerja baik pulih. Tugas Guru Data pula ialah melengkapkan dan mengemaskini data-data guru di sekolah dalam program EMIS serta data para pelajar dalam program Sistem Maklumat Murid (SMM).

Tugas-tugas lain yang sering diamanahkan seperti membangunkan laman web sekolah, penghasilan persembahan mutimedia dan brosur rasmi sekolah. Guru ICT juga sering menjadi rujukan daripada guru-guru dan para pelajar sekolah terutama jika terdapat permasalahan berkaitan dengan penggunaan perisian dan perkakasan komputer serta penyelenggaraan dan penggunaan peralatan ICT di sekolah.

3. PERANAN GURU ICT DALAM MEREALISASIKAN PERLAKSANAAN PIPP

Jika diperhatikan peranan dan tugas-tugas guru ICT di sekolah, mereka boleh dikatakan sebagai individu penting dalam membantu menyelesaikan masalah berkaitan dengan ICT terutamanya dalam bidang pengkomputeran di sekolah.

3.1 PERANAN GURU ICT TERHADAP PELAJAR

Dalam konteks merialisasikan perlaksanaan PIPP, terutama dalam pembangunan modal insan (teras ke 2 PIPP) iaitu salah satunya melengkapkan diri pelajar dengan kebolehan menggunakan ICT dengan baik. Oleh itu, ilmu-ilmu berkaitan dengan ICT yang terdapat pada guru ICT boleh dicurahkan kepada pelajar sama ada secara formal atau pun tidak formal. Secara formalnya, ilmu-ilmu berkaitan dengan ICT dapat dicurahkan melalui mata pelajaran dan program ICT yang dijalankan di sekolah.

Secara tidak formalnya pula, melalui Kelab Komputer Sekolah, guru ICT biasanya akan dilantik sebagai guru penasihat kelab tersebut. Oleh itu guru ICT boleh membimbing ahli-ahli kelab dalam merangka aktiviti yang boleh memberi pendedahan yang lebih luas kepada pelajar untuk mendalami kemahiran ICT dan mengoptimumkan penggunaan ICT dalam pengajaran dan pembelajaran (P&P) di sekolah. Pengisian dan latihan boleh dilaksanakan mengikut kemampuan dan kepakaran guru ICT atau pihak luar yang di jemput untuk melaksanakan aktiviti kelab seperti pengajaran pengaturcaraan, penggunaan perisian kursus dan aplikasi, komputer grafik, internet dan komunikasi serta servis dan penyelenggaraan komputer.

Dengan ilmu-ilmu yang telah dicurahkan oleh guru ICT terhadap para pelajar secara formal dan tidak formal ini akan dapat melahirkan insan yang berpengetahuan dan berkemahiran tinggi dalam ICT untuk mengisi terutamanya bagi memenuhi keperluan negara pada tahun 2020.

3.2 PERANAN GURU ICT TERHADAP GURU LAIN

Teras ke lima PIPP adalah memartabatkan profesion keguruan dan pada hari ini peranan guru sebagai sumber utama pengetahuan telah bertukar kepada guru sebagai pemudah cara dalam P&P, agen perubahan dan sumber inspirasi kepada pelajar. Oleh itu guru harus kreatif dan inovatif untuk menjadikan sistem penyampaian P&P menjadi efektif, menarik dan menyeronokkan. Antara cara yang berkesan bagi dalam penyampaian P&P ini adalah dengan penggunaan ICT dalam proses P&P.

Beberapa kajian (Abdul Rahim, 1998a; 1998b) telah menunjukkan bahawa terdapat beberapa stail pembelajaran di kalangan murid. Ada yang lebih selesa belajar secara konkrit berbanding dengan secara abstrak. Ada yang dikategorikan sebagai ‘field dependent’ berbanding dengan murid ‘field independent’.(Abdul Rahim Saad, 2000). Aktiviti-aktiviti pengajaran bagi murid yang suka secara abstrak atau tergolong dalam ‘field independent’ adalah mudah tetapi bagi murid yang belajar secara konkrit atau tergolong dalam ‘field dependent’ mereka akan mudah faham seperti beberapa konsep, prinsip, peraturan dan hukum sekiranya terdapat pelbagai bahan ilustrasi, rajah, latihan atau amalan. Ini bermakna murid-murid ini diberi peluang menggunakan kesemua panca indera semasa proses pembelajaran berlaku.

Dalam keadaan ini terdapat peranan ICT dari segi meningkatkan mutu dan mempelbagaikan penyampaian dan pengajaran melalui penggunaan internet, bahan-bahan multimedia disamping bahan pengajaran yang sedia ada. Bahan-bahan multimedia interaktif dibangunkan dengan dengan menggunakan bahan visual grafik, teks, muzik, video serta animasi yang membantu mengukuhkan lagi kefahaman pelajar terhadap sesuatu konsep.

Oleh itu guru ICT yang berkemahiran dalam mengintegrasikan ICT dalam proses P&P seperti di atas boleh membimbing rakan guru yang lain yang kurang mahir dengan penggunaan kemudahan ICT dalam proses P&P seperti penggunaan internet dan menggunakan peralatan ICT yang lain.

Perkembangan dan pembangunan staf yang melibatkan ICT dan inovasi adalah berdasarkan kepada dua bidang iaitu penguasaan ICT dan perkembangan aktiviti pembelajaran mengikut keperluan murid boleh dilakukan oleh guru ICT dalam membantu guru-guru lain. Guru ICT boleh melakukan kajian keperluan untuk mengenal pasti tahap penguasaan guru dalam bidang kemahiran ICT dan instruksional. Program perkembangan staf amat perlu untuk memastikan guru-guru menguasai ilmu dan ketrampilan yang diperlukan untuk menggunakan peralatan ICT dan bagaimana mereka dapat membantu pelajar-pelajar untuk menggunakan dengan betul. Program ini harus selari dengan polisi ICT seperti yang termaktub dalam program pembestarian sekolah.

Dasar Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) adalah untuk memartabatkan profesion keguruan dengan meningkatkan kualiti guru, kerjaya guru dan kebajikan guru. Matlamat KPM adalah untuk menjadikan profesion keguruan dihormati dan dipandang tinggi sesuai dengan amanah yang dipikul dalam pembinaan generasi masa hadapan negara.

3.3 PERANAN GURU ICT TERHADAP PENGURUSAN SEKOLAH

Dasar KPM adalah untuk merapatkan jurang pendidikan (teras PIPP ke 4) antara lokasi, tahap sosioekonomi dan tahap keupayaan pelajar. Matlamat KPM adalah untuk memastikan semua sekolah dan pelajar mempunyai peluang dan keupayaan yang sama untuk cemerlang. KPM telah mengenalpasti jurang pendidikan yang perlu dirapatkan supaya akses, ekuiti dan kualiti dapat ditingkatkan. Strategi pertama KPM adalah membangunkan infrastruktur dan kemudahan luar bandar antaranya ialah merapatkan jurang digital dengan menyediakan makmal komputer, Pusat Akses, pembestarian sekolah luar bandar, menambah baik TV Pendidikan & merintis penggunaan ‘video teleconferencing’. Guru ICT yang biasanya dihantar berkursus bagi mendapatkan kemahiran mengurus untuk perkara-perkara di atas akan dapat merancang penggunaan yang optimum bagi memastikan kelancaran pencapaian teras di atas.



Selain daripada itu pada teras ke 6 PIPP iaitu melonjakkan kecemerlangan Institusi pendidikan di mana KPM berhasrat untuk membangunkan sistem pendidikan bertaraf dunia dengan tujuan melahirkan modal insan yang berupaya untuk bersaing dalam era yang sangat mencabar. Dasar KPM adalah untuk mengadakan pendekatan, piawaian dan penanda aras yang lebih tepat serta bersesuaian dengan ciri dan keperluan kluster institusi pendidikan yang ada. Matlamat KPM adalah untuk membangunkan institusi-institusi model yang dapat dicontohi oleh institusi-institusi di dalam kelompok yang sama. Institusi-institusi ini diharapkan menjadi showcase pada peringkat antarabangsa dan seterusnya membantu usaha untuk menjadikan Malaysia Pusat Kecemerlangan Pendidikan.

Institusi-institusi pendidikan yang menyerlah dan cemerlang dalam kluster institusi pendidikan tertentu akan dikenalpasti dan dipilih mengikut elemen utama dan elemen sokongan. Pada elemen sokongan ada ditegaskan bahawa pengurusan dan pentadbiran sekolah berdasarkan kecekapan, penambahbaikan berterusan serta mempunyai perancancangan yang komprehensif dan sistematik. Oleh itu penggunaan ICT sememangnya dapat membantu pengurus pendidikan dalam membuat keputusan, menyesuaikan diri dengan perubahan dan selanjutnya dapat meningkatkan komunikasi dalam organisasinya.

Pengurus sekolah tidak dapat memisahkan dirinya daripada membuat keputusan pada setiap hari kerana ini merupakan elemen penting dalam mentadbir dan mengurus sekolah. Sebagai contoh dengan menggunakan sistem maklumat berasaskan komputer, maklumat mengenai pencapaian pelajar dalam peperiksaan disimpan, diproses dan dianalisis dalam bentuk graf, carta pai, carta bar, senarai dan jadual-jadual statistik yang mudah membantu pentadbiran sekolah mengesan kekuatan dan kelemahan yang ada dan seterusnya memudahkan mereka membuat perancangan dan program susulan yang sesuai dan dengan sendirinya keputusan yang diambil nanti relevan dengan isu dan masalah yang berbangkit.

Oleh itu peranan guru ICT di sini ialah bagi memastikan pihak pengurusan sekolah faham dan tahu menggunakan elemen-elemen sokongan yang berkaitan dengan ICT dalam urusan urus tadbir seperti penggunaan sistem-sistem tertentu contohnya perisian HEADCOUNT yang membolehkan pentadbir melihat prestasi pelajar disekolahnya dalam mencapai target bagi pencapaian kurikulum sekolah.

Hakikatnya, ICT dapat meningkatkan komunikasi dalam organisasi sekolah yang mendorong untuk menjadikan sekolah sebuah organisasi pembelajaran dan mewujudkan persaingan yang sihat di kalangan warga sekolah.


4. RUMUSAN

Oleh itu peranan guru ICT dalam merealisasikan perlaksanaan PIPP sememangnya mempuyai peranan yang cukup luas terutamanya dalam bidang berkaitan dengan, penyebaran ilmu-ilmu ICT dan penggunaan kemudahan ICT di sekolah. Namun begitu, semua pihak sewajarnya menyedari dan menerima hakikat bahawa agenda pendidikan perlu dijayakan bersama. Setiap warga pendidikan mestilah mempunyai kefahaman yang jelas dan mendalam tentang dasar, matlamat dan sasaran yang ingin dicapai serta strategi dan pelan tindakan yang akan dilaksanakan. Semangat kerja sepasukan dan rasa sepunya akan membolehkan setiap pihak melihat segala projek yang dilaksanakan sebagai projek kementerian bukan projek individu atau pun sesuatu bahagian. Matlamat yang ingin dicapai oleh KPM melalui dasar ini adalah untuk menjadikan peranan mendidik anak bangsa sebagai tanggungjawab bersama semua pihak.




BIBLIOGRAFI

Ab. Aziz Yusof, (2000). Perubahan dan Kepimpinan. Sintok: Penerbit Universiti Utara Malaysia.
Chek Mat, (2003). Kemahiran Memimpin. Kuala Lumpur: Utusan Publications & Distributor Sdn. Bhd.

Mohd. Radzi b. Abd. Jabar, (2006), Pembangunan Modal Insan Kementerian Pelajaran Malaysia Bermula Daripada Tahun 1; Satu Persepsi Dalam Seminar Nasional Pengurusan Dan Kepimpinan Pendidikan ke-13, IAB Genting Highlands.

Kementerian Pelajaran Malaysia, (2006). Rancangan Malaysia ke-9, Pelan Induk Pembangunan Pendidikan 2006-2010, Edisi Pelancaran.

Kementerian Pelajaran Malaysia, (2006), Panduan Perlaksanaan Program Pengkomputeran Di Sekolah. Kementerian Pelajaran Malaysia: Bahagian Teknologi Pendidikan.

Zalina Yahaya. (2002, 15 Julai). IT dan komputer: Nadi sekolah bestari. Utusan Malaysia.

DIKEMASKINI KEMBALI PADA
4-MAC-2012
AHAD

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN PAKA: Panduan guru: Format Pelaporan Tahun 2011, Pelan T...

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN PAKA: Panduan guru: Format Pelaporan Tahun 2011, Pelan T...: Perhatian kepada semua guru SMK Paka , Berikut disertakan fail format sebagai panduan dan rujukan guru-guru: Mesti 'download' Format Pelaporan.....

SILA KLIK LAMAN SMK PAKA... UNTUK MAKLUMAT LANJUT......

mmk
berkongsi pada 8.45pagi (10-Dec-2011) Sabtu

Jumaat, 9 Disember 2011

Graf Prestasi Diri

Headcount merupakan proses mengenal pasti potensi akademik dan kerjaya murid mulai tahun 1 hingga tahun 6 dan tingkatan 1 hingga tingkatan 6 bagi murid di sekolah menengah. Definisi lain ialah "Proses mengenal pasti, merasionalkan dan menjustifikasikan penentuan ciri-ciri keupayaan pembelajaran bagi setiap pelajar supaya guru dapat menyenaraikan dan menetapkan unjuran pencapaian subjek bagi pelajar tersebut di dalam kelas yang diajarnya" (Hjh. Salmiah bt. Mohd Salleh- Guru Inovatif Negeri Kedah 2003)

(INTRO SAHAJA)

Pada tahun 2011, saya diperkenalkan dengan Headcount dan pembinaan Graf Prestasi Diri (pelajar) khas untuk murid tahun 6 yang ambil peperiksaan UPSR 2011 (tahun ini).




Penerangan lanjut diberikan oleh Pn. Flora selaku Setiausaha Peperiksaan SK Paris 3 Kinabatangan yang telah menghadiri kursus sebelum ini.




Setelah keputusan UPSR 2011 di keluarkan secara rasmi, keputusan % Sains tidak mencapai sasaran yang di letakkan sebelum ini. Maka, saya melihat kembali prestasi murid-murid dan juga analisa % dalam beberapa peperiksaan percubaan sebelum UPSR2011.




Banyak perkara yang perlu diperbaiki dan perlu dipertingkatkan dari segi usaha guru, murid dan juga usahasama PIBG dan pihak pengurusan sekolah.

Kali ini, pada hari ini saya ambil inisiatif untuk melangkau lebih jauh dan meneliti beberapa perkara mengenai Headcount dan juga Graf Prestasi Diri yang terdapat dalam internet.





Ternyata, banyak maklumat dan juga perkara yang dibincangkan dan dikongsikan untuk hal tersebut iaitu berkaitan dengan HEADCOUNT DAN GRAF PRESTASI DIRI di kongsikan dan laman web yang amat membantu saya ialah www.zanariah.com boleh klik di sini >>>ZANARIAH<<< Sebagai contohnya seperti di bawah....
Adalah diharap, semua yang ada di sini dapat dikongsi dan dimanfaatkan bersama.
Tidak dinafikan usaha yang di berikan oleh semua pihak amat besar dan tidak berbelah bagi, namun usaha dari diri kita sendiri harus jua dipertingkatkan dan jangan mengharap terus kepada pihak lain yang banyak memberi. Banyakkanlah memberi dalam kehidupan ini sekalipun berkongsi sesama kita ;)


Rujukan

1. Unit Peperiksaan SK Taman Universiti 4 JB


Contoh Jadual Penyediaan kertas peperiksaan.....


Habis di taip pada

11.03malam
09-Dec-2011
Jumaat
(Rumah JB)


Humor Dalam Pengajaran

Sumber buku

Tajuk : Humor Dalam Pengajaran
Terbitan : PTS Profesional Pendidikan
Tahun : 2007
Penulis (Hak Cipta) : Abdul Ghani Abdullah, Abd. Rahman Abd. Aziz, Abdul Rashid Mohamed (USM)
No. ISBN : 978-983-3586-22-6
Harga : RM 17.00
Kedai : Badan Book Store
Tarikh Dibeli : 15-Mac-2011
Tarikh Habis Baca : 09-Dec-2011







Definisi Humor

Keadaan hati (gembira, sedih, marah dan senang),kebolehan menyatakan sesuatu yang menggelikan hati (Kamus Dewan, 2002:471)
“..suatu persepsi kualiti yang membolehkan kitamengalami kegembiraan walaupun ketika menghadapi kesulitan. Humor mampumeransang sistem imunisasi, menambah fleksibiliti kepada tanggapan danmemulihkan tenaga dalaman (Provine,2000)

Amalan Humor dalam Pelbagai Bidang

Keselamatan
Komunikasi
Perubatan
Korporat

Kelebihan Penggunaan Humor dalam Pengajaran Pembelajarandi Bilik Darjah

Mengurangkan tekanan
Meningkatkan hubungan dengan orang lain
Mengurangkan konflik
Membina dan mengekalkan kerjasama

Panduan Menggunakan Humor dalam Proses Pengajaran

Jangan paksa diri
Laksanakan Humor mengikut gaya anda sendiri
Gunakan unsur humor secara berhemah
Jadikan humor sebagai sebahagian daripada pengajaran
Penggunaan bahan-bahan humor
Penggunaan humor yang bertema
Penggunaan unsur humor yang ringan
Jenis-jenis humor dalam pengajaran
Jenaka
Penggunaan lagu-lagu dan muzik
Cerita lucu
Pantun jenaka dan pantun kanak-kanakKomen lucu
Kaedah pencerita yang dramatik
SindiranPenggunaan bahan kartun atau karikatur

Langkah-langkah menjana kecerdasan emosi di kalanganpelajar

1) Menerima pelajar tanpa syarat
2) Mewujudkan perhubungan mesra
3) Memahami pelajar secara empati
4) Mengambil berat
5) Menghormati pelajar
6) Mendorong nilai-nilai matang, bertanggungjawab dan bijaksana
7) Membantu mengenal pasti masalah secara saintifik
8) Membantu mencari alternatif
9) Guru sebagai agen perubahan dan model

Humor dan Pengajaran Berkesan

Definisi Pengajaran Berkesan :

Pengajaran yang membolehkan pelajar memperoleh kemahiran, pengetahuan dan sikap yang ditetapkan
Pengajaran yang digemari para pelajar
Pengajaran yang berkesan melibatkan penyertaan pelajar secara interaktif dan juga penglibatan dengan penggunan beberapa teknik yangtepat

Syarat Utama Pengajaran Berkesan

Memberi perhatian kepada perbezaan pelajar
Meningkatkan kualiti kehidupan setiap murid
Mewujudkan suasana mesra dan humor
Pemusatan keperluan dan minat pelajar
Memahami waktu yang produktif
Memberi peluang pelajar-pelajar melibatkan diri dalam pembelajaran
Mencabar pelajar-pelajar untuk belajar
Mengembangkan pembelajaran
Menepati matlamat-matlamat pengajaran
Mempelbagaikan kaedah mengajar
Meningkatkan keberkesanan pengajaran melalui Penggunaan Humor

Menggunakan teknik refleksi dan menguasai kemahiran penilaian kendiri seperti …..

Adakah penggunaan humor semasa set induksi yang digunakan sesuai dan berjaya menarik perhatian murid?

Adakah isi pelajaran yang disampaikan dengan penggunaan humor secara sistematik, tepat dan lengkap?

Meningkatkan kemahiran komunikasi

Tiga elemen komunikasi yang menunjukkan personaliti seseorang guru

Model guru
Prihatin guru
Jangkaan dan harapan guru
Perlaksanaan pendekatan modifikasi tingkah laku
Peneguhan positif
Pelenyapan atau extinction
Bentuk atau shaping
Kontrak atau perjanjian dalam kelas
Masa tamat atau time out
Dendaan
Peneguhan negatif
Ekonomi token




Ciri-ciri Guru sebagai pencerita dramatik

Pendekatan komunikasi
Penampilan diri
Nada suara guru
Persekitaran bilik darjah
Cara berpakaian
Bahasa
Gerak Badan
Bercerita
Teori Peniruan
Alat Bantu Mengajar
Unsur humor dalam penceritaan
Aktiviti Susulan
Aplikasi di dalam bilik darjah

Teknik Pengajaran Guru

Teknik lakonan
Teknik bercerita
Teknik mendengar rakaman
Tayangan video

Strategi dan kaedah pengajaran dan pembelajaran

Kemahiran memerhati
Kemahiran mentafsir
Kemahiran meramal
Kemahiran inferens
Penilaian dan kejituan

Penggunaan Cerita, Anekdot, Sindiran dan Aksi dalam P&P Teori Gardner 8 kecerdasan yang dimiliki manusia

Kecerdasan linguistik
Kecerdasan muzikal
Kecerdasan kinestetik
Logik atau matematik
Naturalistic
Ruang atau spatial
Intrapersonal
Interpersonal




Bahan-bahan humor

Cerita-cerita lucu: bahan atau ceritalucu yang berkait dengan tajuk yang diajar ataupun bahan lucu yang di luardaripada bahan yang dikaji tetapi masih releven.

Anekdot: bahan cerita atau komen lucu,sindiran lucu yang berkaitan seorang tokoh, watak yang dapat diguna bagimengulas episod ataupun perkara yang berkaitan dengan tajuk yang yang sedangdibicarakan.

Aksi lucu: Aksi guru yang dilakukansecara spontan, sederhana dan terancang bagi menimbulkan suasana lucu danbertujuan mengukuhkan pemahaman pelajar kepada sesuatu peristiwa ataupun tokoh yang sedang diceritakan

Nak beli buku ini?? Klik sini >>>BELI<<< Rujukan Kaunseling??? Klik sini >>>AZIMS<<<

Belajar M.Office WORD

Objektif ::

'via Blog this'

EduBlogs.Org







SMK TRONOH -

SMK TRONOH -:

'via Blog this'

Tahun 2012





Khamis, 8 Disember 2011

SMK KUBANG KERIAN 1::SELALU DAN SENTIASA NO.1

SMK KUBANG KERIAN 1::SELALU DAN SENTIASA NO.1:

'via Blog this'

Love to Watch

BERBULU-BULU sana sini juga kan???




bermasalah juga....




nyanyikan lah bersama-sama.....





head 'pusing'.....ahaha



love yuna's sing the song ;)



Pengebom berani mati kan???



Ulat Buku Membaca Masa Cuti

Semalam bersamaan dengan 7-Dec-2011 Rabu saya bersama isteri (Elly Sofiana) dan juga Erfan (anak buah) keluar bersama-sama ke Angsana JB. Dengan menaiki kereta kancil pink yang kecil itu, saya memandu dengan perlahan sekitar 60-70km/j sahaja dari rumah ke Angsana.



Setibanya di sana, hujan pula turun dengan lebat. Alhamdulillah, syukur kerana sempat sampai sebelum hujan lebat. Langkah seterusnya ialah menuju ke kedai buku iaitu BADAN BOOK STORE yang terletak di tingkat 3.

Mencari-cari buku yang hendak dibaca sewaktu cuti, berikut merupakan buku-buku yang saya beli untuk santapan otak berfikir dan ESQ sepanjang cuti ini....



Pendidikan Saintis Muslim Era Kegemilangan Tamadun Islam

RUJUKAN >>> UTM

Karya ini menampilkan sejarah dan latar belakang pendidikan beberapa orang saintis Muslim yang muncul pada era kegemilangan tamadun Islam, antaranya al–Razi, Ibn Sina, al–Biruni, dan Ibn Rushd. Fokus penulisan buku ini tertumpu kepada aspek pendidikan para saintis Muslim dengan memfokuskan kajian terhadap dua aspek utama, iaitu latar belakang pendidikan tokoh–tokoh saintis Muslim dan peringkat pendidikan yang dilalui oleh mereka. Kajian mengenai peringkat pendidikan yang meliputi peringkat asas, menengah, dan tinggi (termasuk universiti dan lanjutan) dibuat secara lebih khusus dengan melihat kepada kurikulum pendidikan dan bentuk pengajian di setiap peringkat.


Memecah Masalah (Soal Jawab Guru) (Siri Motivasi Kecemerlangan Utusan)
Norbi Husin

RUJUKAN >>> MPH CikguSAAD Blog Guru-oh-Guru

Guru perlu mempunyai seni mengajar dan bersikap kreatif. Ramai yang mampu mengajar tetapi bukan semua orang dapat mengajar dengan baik, menarik dan berkesan. Melalui buku ini, penulis menjelaskan sikap yang perlu ada pada seorang guru untuk menjadi seorang guru yang cemerlang dan disenangi oleh rakan-rakan guru lain.


Penyeliaan Klinikal dari Perspektif Pengajaran di Sekolah
oleh Abdul Rahman Abdul Majid Khan

RUJUKAN >>> PTS

Penyeliaan klinikal adalah penyeliaan yang mendiagnosis dan merawat proses pengajaran di dalam kelas. Semua sekolah perlu mempraktikkan penyeliaan klinikal supaya penguasaan profesional dan kemajuan personal terus berkembang.

Penyeliaan klinikal membantu guru dan murid yang mempunyai pelbagai tahap kematangan serta kebolehan, ditangani secara sistematik.. Kumpulan penyelia mengaplikasikan set perlakuan penyeliaan dalam memenuhi keperluan profesional pengajaran guru.




Kaedah penyelidikan pendidikan / Mohd. Majid Konting

RUJUKAN >>> BIODATA

RUJUKAN >>> INSTITUT KEMAJUAN DESA

Buku ini menerangkan teori dan amalan penyelidikan dalam pendidikan. Buku ini menghuraikan konsep penyelidikan dengan penekanan terhadap penggunaannya dalam bidang pendidikan. Pendedahan mencakupi tentang latar belakang, perancangan, pelaksanaan dan penyempurnaan penyelidikan yang sistematik dan cekap diberikan dengan contoh yang mudah. Buku ini juga menerangkan perancangan, pemprosesan dan penganalisisan data dengan menggunakan lima perisian komputer kerangka utama (SPSS, SPSS* dan SAS) dan komputer personel (SPSS/PC+ dan SAS-PC) yang sering digunakan dalam penyelidikan pendidikan dan sosial.


RUJUKAN >>>> KEDAI BUKU

Matlamat utama buku ini adalah untuk mendedahkan pendidik atau bakal pendidik kepada proses menyediakan soalan, mentadbir, dan mentafsirkannya supaya ujian bilik darjah yang dijalankan boleh memberi manfaat kepada pengguna dan mereka yang terlibat. Perkara yang dititikberatkan ialah tafsiran pengukuran dan penilaian dan yang berkaitan dengan proses pengajaran-pembelajaran. Statistik hanya didedahkan pada tahap asas yang diperlukan sahaja.


RESIT PEMBELIAN ADALAH SEPERTI BERIKUT...

(menggunakan nama Elly Sofiana sebagai Member Card kepada Badan Book Store)





mantan: BAGAIMANA MENGAJAR

mantan: BAGAIMANA MENGAJAR

Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA)

SBPA... ramai yang sudah mengetahuinya dan perkembangannya dari hari ke hari makin di nantikan. Pada hari ini 8-Dec-2011 (Khamis) sewaktu aku membuka blog cikgu dahlia, banyak sudah maklumat tentang SBPA, seterusnya aku buka pula blog2 yang lain...begitu asyik dengan pekeliling JPA yang di tayang sana sini...




Sudah pasti isu SBPA ini menjadi perhatian kepada semua penjawat awam terutama para pendidik (GURU) sepeti aku juga tidak terlepas.

KLIK

Rujukan

1. BLOG DJ
2. PORTAL JPA
3. PEKELILING UMUM DAN PENDIDIKAN(guru)
4. Intipati Perlaksanaan SBPA
5. Perubahan Gred Gaji dan SKIM PERGURUAN


Keikhlasan Beribadat Pemangkin Jati Diri Ummah

GERHANA BULAN

Rujukan : SAINS UPM

Pada hari Sabtu ini, 10 Disember 2011. Butiran tentang kejadian gerhana penuh bulan ini adalah seperti berikut:

bulan bermula dengan fasa purnama (bulan berkeadaan cerah dan terang)

8.45 pm bulan mula memasuki kawasan bayang-bayang umbra bumi ( bulan mula menjadi kelam )

10.05 pm fasa gerhana penuh bermula

10.31 pm fasa pertengahan gerhana penuh

10.57 pm fasa gerhana penuh berakhir

12.18 am bulan meninggalkan kawasan bayang-bayang umbra bumi ( bulan mula menjadi cerah )

Bulan kembali cerah

Tonton VIDEO SIMULASI...klik di bawah (play)








Rabu, 7 Disember 2011

BLUE OCEAN STRATEGY

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua.

Pertama kali saya mendengar perkataan BOS dan diterjemahkan kepada Blue Ocean Srategy seterusnya dijelaskan lagi kepada Strategi Laut Biru ketika saya berada dalam bilik Mejar Rizam bin Mohamad di Bilik Pegawai Latih, Cwgn Latih Kem Kukusan Tawau Rejimen 516 Askar Wataniah.

Beliau menyoal soalan: Apakah itu BOS? Blue Ocean Strategy? Strategi Laut Biru yang kamu semua tahu?

Dalam bilik itu, hanya ada 4 orang PM(Perajurit Muda) iaitu aku, Cikgu Abby, Mursalin dan seorang cina iaitu Hou. Aku cuba menjawab dengan menyatakan strategi pergerakan dari udara. Ternayata jawapan aku itu tidak tepat dan jauh dari kehendak beliau.

Maka, beliau menyarankan agar aku dan rakan-rakan lain cuba cari maksud dan apakah itu BOS.

Berikut merupakan beberapa rujukan yang aku perolehi seperti dibawah. Buku BOS masih belum aku sempat beli. Jika sudah beli ataupun baca, akan aku kongsikan bersama. Sekian.

(BANYAKKAN LAH MEMBACA SUPAYA TIDAK BUTA ILMU DAN TIDAK JAUH KETINGGALAN DENGAN PEREDARAN MASA)

Jangan juga tinggalkan bacaan Al-Quran jika ada seorang muslim juga bacalah Hadis yang ditinggalkan oleh Nabi kita sebagai pegangan hidup seorang muslim yang beriman. InsyaAllah kita tidak akan sesat.

Allah hu Akhbar.









Rujukan

1. TUTOR
2. Buku (The Blue Ocean Strategy)
3. Penulis BLOG
4. Fail PDF RAMLAN
5. Coretan BERITA HARIAN
6. Catatan MKM EDU
7. Komen GURU AGAMA
8. Pembangunan Organisasi (PrOD)
9. PrOD 2
10. Lain-lain


7-Dec-2011
11.30pagi
(Rumah JB)

Selasa, 6 Disember 2011

Info PSS 2012

http://erecess.wordpress.com/perancangan-2009/

Perancangan eReCeSS 2012
(Electronic Resourse Centre of Seri Saujana)

eReCeSS bukan lagi nama baru untuk Pusat Sumber Sekolah Kebangsaan Seri Saujana. Ia bermaksud ”Electronic Resourse Centre of Seri Saujana”. Ia adalah hasil ”rebranding’ atau penjenamaan semula pusat sumber sekolah pada tahun 2009 untuk memberi nafas baru dan pembugaran semula imej dan penampilannya.
Sehubungan dengan itu pelbagai program telah disusun atur agar penjenamaan semula ini dapat memenuhi aspirasi seluruh warga di sekolah ini.

Berikut ialah Perancangan eReCeSS di sepanjang Tahun 2012.

a. Program Pembugaran eReCeSS

Program Pembugaran eReCeSS perlu dilakukan untuk memberi imej dan suntikan baru kepada warga sekolah mengenai peranan yang harus dimainkan oleh PSS dalam memartabatkan proses pengajaran dan pembelajaran di sekolah. Ia meliputi aktiviti pembugaran perpustakaan , Bilik Media, Bilik BBM, Pusat Akses dan Makmal Komputer. Untuk mencapai tujuan ini , beberapa item yang dilihat sangat mendesak telah diberi keutamaan dan perlu tindakan segera. Sehubungan dengan itu pembelian berikut dianggap sangat diperlukan, iaitu :

Bil Jenis Pembelian Lokasi Kos (RM) Sumber
1 Papan Tanda Utama (4’x12’) Pintu Utama 650.00 PCG
2 Papan Tanda Perkhidmatan (3’x5’) Dinding Hadapan 350.00 PCG
3 Papan Tanda C.Organisasi JK Induk (4’x3’) Ruang Legar 200.00 PCG
4 Papan Tanda C.Organisasi JK Kerja (4’x3’) Ruang Legar 200.00 PCG
5 Langsir Seluruh PSS 450.00 PCG
6 Acess Point x 3 unit Seluruh sekolah 850.00 BKG
7 Network Cable Seluruh sekolah 300.00 PCG
8 Papan Notis Berkaca Ruang Legar 300.00 PCG
9 Sudut Info berkomputer Ruang Legar 750.00 SUWA PIBG
10 Bar Code Reader Perpustakaan 200.00 PCG
JUMLAH 4250.00

Rasional

Semua papan tandadan Papan notis yang diperlukan di atas adalah merupakan sumber maklumat utama yang memberikan imej menyeluruh kepada jenama, produk, organisasi pentandbiran dan pengurusan eReCeSS. Ia menjadi keperluan asas utama yang harus diberi fokus. Kecerian juga menjadi aspek utama dalam meningkatkan keselesaan dan daya penarik eReCeSS. Oleh itu langsir akan melengkapkan keselesaan dan keceriaan yang bercirikan imej sebenar sesebuah organisasi.
Sekolah Kebangsaan Seri Saujana sentiasa beriltizam untuk meningkatkan prasarana ICT di sekolah ini selari dengan konsep Peluasan Sekolah Bestari di seluruh negara. Oleh itu proses meningkatkan keupayaan mengakses internet sama ada secara /tanpa wayar harus dilakukan. Ia akan membolehkan warga sekolah keseluruhnya berkeupayaan mengakses internet di mana-mana jua di sekitar kampus sekolah ini. Diharap para pelajar,guru-guru dan semua lapisan warga sekolah tidak lagi menjadikan kekurangan prasarana sebagai dalih untuk tidak mengapai maklumat semaksima mungkin. Pembelian Acess Point, barcod Reader dan sebuah komputer untuk Sudut Info merupakan langkah awal untuk merealisasikan keupayaan sekolah dalam peningkatan prasarana ICT.

Pembelian tersebut diharap dapat dilakukan sebelum Bulan Jun 2010 iaitu selepas enam bulan sekolah dibuka semula. Adalah diharap dengan penjenamaan semula Pusat Sumber Sekolah ini akan dapat memberi nafas baru kepada para pelajar, guru-guru dan semua warga sekolah di sekolah ini. Ia akan dapat menyumbang kepada peningkatan prestasi dan pencapaian akademik para pelajar keseluruhannya.

b. Kursus/ Bengkel Peningkatan Kemahiran (Guru, Staf Dan Pelajar)

Sememangnya kemudahan dan prasarana sahaja tidak akan dapat meningkatkan penggunaan apabila kita mengabaikan latihan dan modal insan. Sehubungan dengan itu beberapa program dan latihan modal insan telah disusun dan diatur mengikut keperluan dan tahap-tahap yang dikenalpasti. Program latihan ini akan dikhususkan kepada tiga kategori iaitu guru, murid dan staf sekolah. Program ini adalah wajib kepada Pengawas Perpustakaan atau ”ikon ERC” dan JK Kerja eReCeSS. Untuk para guru, murid dan staf sekolah lainnya ia tidak diwajibkan tetapi menjadi pilihan mengikut keperluan masing-masing.
Berikut adalah program latihan modal insan dan perkembangan staf yang disediakan.

Bil Program/Latihan Sasaran Tarikh Kos (RM)
1 Kursus/bengkel Pengurusan PSS JK&Pengawas Mei 2012 00
2 Kursus/Bengkel Kem maklumat Digital Guru/staf Jun 2012 100.00
3 Kursus/Bengkel Asas Grafik Guru /Staf/Murid Julai 2012 100.00
4 Kursus/Bengkel Asas Animasi Guru/Staf/Murid Julai 2012 100.00
5 Kursus/Bengkel Asas Suntingan Video Guru/Staf/Murid Ogos 2012 100.00
5 Kursus Asas Excell Guru/Staf/Murid September 100.00
6 Kursus Asas Acess Guru/Staf/Murid September 100.00
7 Kursus Asas Words Guru/Staf/Murid Oktober 100.00
8 Kursus Asas Power Points Guru/Staf/Murid Oktober 100.00
9 Bengkel Baikpulih Komputer Guru/Staf November 100.00

Kursus-kursus di atas dianggap menjadi asas kepada peningkatan mutu kerja dan kualiti hidup dan tahap modal insan yang minimum yang diperlukan oleh sesebuah organisasi. Kursus dan Bengkel di atas diberikan secara percuma kepada semua yang terlibat sama ada secara wajib atau pilihan. Program di atas sebenarnya sangat bergantung kepada permintaan dan masa yang sangat kritikal.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Klik Sini

Related Posts with Thumbnails