Borang dan format laporan ini insyaALLAH akan digunakan bagi memudahkan urusan di masa kana datang dari segi penilaian dan pelaporan yang lebih mudah dan ringkas serta bermaklumat.
Mesyuarat ini telah berjalan lancar dengan baik pada 7 Mac 2015 (Sabtu) bermula jam 8 pagi.
Guru besar menyampaikan ucapan penuh dengan harapan dan maklumat terbaru.
1. Sistem pembelajaran menggantikan sistem persekolahan
2. Kumpulan sokongan ibu bapa
3. Sarana ibu bapa untuk meningkatkan peratus (%) pencapaian sekolah.
ada banyak lagi...cuma tak mampu saya catat dengan panjang di sini.
AJK PIBG masih dikekalkan dengan nama dan jawatan yang sama seperti tahun sebelum ini.
Kongsi gambar sikit.
*Pembentangan Laporan Kewangan PIBG (2014) akan diserahkan kepada ibu bapa melalui murid (anak-anak) di sekolah ini setelah laporan tersebut disemak dan di audit serta di sahkan.
Meja kaunter pendaftaran
Diawal pagi sebelum VVIP tiba
(YDP PIBG)
Para ibu bapa mengisi borang kehadiran
Sedikit tentatif untuk acara hari ini
Guru Besar Encik Talib bin Kaning
memberikan ucapan
Dalam masa yang sama murid tahun 6 Amanah tetap gigih berusaha belajar dalam kelas tambahan
(di bimbing oleh Cikgu Idayuhanis)
Cikgu Cecil dan
Cikgu Hjh. Saadiah, Cikgu Norsmah dan Cikgu Juliana
Tempat letak kenderaan yang sudah penuh kerana kehadiran ibu bapa yang sangat memberangsangkan.
Suasana dalam jam 10 pagi
Keadaan mulai meriah
Ucapan dari wakil Pejabat Pendidikan Daerah Lahad Datu
Sesi mesyuarat berlangsung secara rasmi dalam jam 10.30 pagi
(setiap pencatat mesyuarat di minta duduk di hadapan dengan buku khas berwarna)
Masa ni saya tengah lepak-lepak sambil menunggu ustaz Razali untuk solat zohor sama-sama...
Lepas selesai bermesyuarat....rata2 semua guru lelaki bantu untuk mengemaskan peralatan kerusi meja dan perkara-perkara yang sepatutnya.