SILA KLIK SINI JUGA

FoLLow3rS

Iklan

Pertandingan Memasak 2015 SK Lahad Datu III

Sabtu, 10 November 2012

Mesyuarat Akhir Staff Tahun 2012 Sekolah Kebangsaan Paris 3 Kinabatangan

Alhamdulillah pada hari Khamis lalu bersamaan dengan 9-Nov-2012 satu mesyuarat akhir telah selamat dijalankan dengan jumlah kehadiran guru/ktbm yang memuaskan.

Banyak maklumat dan perkara yang dibincangkan dan dibentangkan dalam mesyuarat akhir ini.






Perkara yang menarik perhatian saya ialah keputusan peperiksaan akhir tahun.

Cikgu Flora telah membentangkan laporan analisis keputusan peperiksaan akhir tahun mengikut subjek, tahun, kelas dan keseluruhan.

Keputusan Sains tahun 4 menurun dengan mendadak. 
Dari post-mortem yang dibuat, dapat dikenal pasti beberapa perkara:
  • soalan objektif dalam aras tinggi
  • terdapat soalan objektif yang sukar difahami untuk murid tahun 4 (penggunaan bahasa)
  • soalan subjektif disusun kurang kemas (Tindakan: selepas ini perlu dibuat 1 muka surat, 1 soalan)
InsyaALLAH, perkara ini akan cuba saya perbaiki pada masa akan datang. Terima kasih kepada cikgu Zul Haimy dan guru-guru yang banyak membantu saya.




Selain itu, perkara lain yang disentuh ialah persediaan kertas peperiksaan, penandaan dan proses penghantaran markah@ key in markah dalam SAPS haruslah mengikut masa yang ditetapkan diperingkat sekolah untuk memudahkan semua pihak samada guru kelas, SUP dan juga pentadbir.

Kelemahan yang dapat dikenalpasti, saya lambat untuk key-in markah dalam SAPS. 
InsyaALLAH perkara ini akan juga dibaiki. Selain itu, kerjasama dengan guru kelas harus ditingkatkan dalam melicinkan proses kerja sepasukan di sekolah.










Alhamdulillah, mesyuarat telah ditangguhkan pada jam 2.00pm dengan sedikit jamuan yang disediakan dari pelbagai pihak.

Tahniah dan selamat kembali kepada Ustaz Zulkifli yang dapat berpindah ke semenanjung untuk sesi Januari 2013 ini. Alhamdulillah


RAKAN LAMA CIKGU MIOR DATANG ZIARAH KE RUMAH LAHAD DATRU

Alhamudulillah, malam tadi (7.45pm Jumaat 9-Nov-2012) Cikgu Mior bersama isteri dan anak datang ziarah ke rumah saya.  Beliau merupakan seorang rakan lama saya sejak dari awal kedatangan (posting) di Sabah daerah Kinabatangan pada Januari 2010. Sebelum ini, beliau mengajar di SK Sandau Kinabatangan dan telah bertukar di SK Kampung Selamat Kunak.






Terima kasih atas kunjungan yang diberikan.


Khamis, 8 November 2012

Status e-Profile dalam SPLG November 2012

Siaran SPLG ditutup buat sementara waktu.




Alhamdulillah, saya sempat juga mengisi maklumat e-profile sebelum tarikh tutup.

Cuma tidak sempat hendak kemaskini LDP yang dihadiri di KKL.


Surat siaran daripada PPD Kinabatangan (Klik laman web: http://upappdkinabatangan.blogspot.com/ )



Rabu, 7 November 2012

Perlaksanaan Majlis Anugerah Pelajar 2012 SK Paris 3 Kinabatangan

Alhamdulillah, pada hari ini bersamaan dengan 7 November 2012, satu majlis yang telah dirancang rapi sebelum ini dengan beberapa kali mesyuarat, telah membuahkan hasil yang baik.



MAJLIS ANUGERAH PELAJAR 2012 

telah selamat berlangsung dengan jayanya sekalipun pelbagai cabaran dan perkara diluar jangka berlaku seperti terputus tenaga elektrik di awal pagi sekitar jam 6.40 pagi hingga 8.20 pagi dan hujan renyai-renyai.

2 perkara ini tidak membantutkan perjalanan majlis ini.



Tindakan pantas dari jawatankuasa majlis telah menyediakan satu genset untuk menyalurkan tenaga elektrik buat sementara dalam menanti tenaga elektrik pulih kembali dari pihak SESB.

Hujan renyai-renyai turut bersama sekitar jam 9.30pagi ke atas. Hujan rahmat ini telah menyejukkan suasana majlis yang meriah. Semua penerima anugerah tidak terkesan dengan suasana itu malah bersemangat terus untuk mengambil anugerah masing-masing.






Terima kasih kepada Encik Kimaron wakil dari PPD Kinabatangan yang sudi hadir dalam merasmikan majlis ini. Alhamdulillah

ENCIK KIMARON
WAKIL PPD KINABATANGAN


Tahniah kepada semua penerima anugerah.

Syabas kepada semua pihak yang terlibat.

PUAN NORAH MARCUS 
PENGETUA SMK PARIS 





PEMBAHAGIAN MAKANAN DAN MINUMAN 
KEPADA MURID DAN IBU BAPA YANG HADIR


MURID TERBAIK 5A UPSR 2011



RIZWAN
MURID TERBAIK PENCAPAIAN KOKURIKULUM
PESERTA KE-8 DALAM PERTANDINGAN CATUR PERINGKAT KEBANGSAAN 2012






Perkara yang dapat saya pelajari sebelum dan semasa majlis ini ialah:
  • dapat pelajari awan larat dari cikgu Zul Haimy.
  • peluang belajar menyediakan hiasan pentas ringkas dari cikgu Maznie dan cikgu Flora.
  • berpeluang menyediakan keratan untuk awan larat.
  • peranan sebagai AJK Backdrope amat tinggi komitmen dan memerlukan kesabaran dan kerjasama yang tinggi dalam berkumpulan.
  • berpeluang membantu guru-guru lain ketika majlis berjalan
  • saya tidak lagi bertugas mengambil gambar dan membantu guru dalam sediakan ruang untuk agihan makanan.

Banyak lagi perkara yang dapat dipelajari ketika menyediakan backdrope, namun saya tidak dapat teruskan hingga tamat kerana pulang seawal jam 3.00 petang (semalam 6-Nov-2012).

InsyaALLAH, jika ada peluang saya akan cuba belajar lagi perkara yang baru untuk tingkatkan kemahiran dan kreativiti.


CONTOH BUAT SIJIL PENGHARGAAN KELAB KOKURIKULUM SEKOLAH

Tatacara membuat sijil di peringkat sekolah untuk program / aktiviti kokurikulum.

Contoh yang dimasukkan ini sekadar panduan dan rujukan sahaja.

Logo JPN Sabah digunakan bagi sekolah yang berada dalam sesuatu negeri tersebut.

Logo sekolah diletakkan di sebelah tepi manakala logo kelab/unit/bahagian yang menganjurkan sesuatu program/aktiviti diletakkan di tengah-tengah jika program tersebut dibawah kuasa pihak sekolah (Pengetua/guru besar).

Tarikh dan tempat di nyatakan dengan jelas menakala anjuran dinyatakan di bahagian bawah sekali.

Tandatangan pengetua/ guru besar di sebelah kanan.

Di sebelah kiri sijil (sebelah tandatangan) boleh diletakkan cop rasmi sekolah atau nombor siri sijil (jika perlu).


Sijil yang ditunjukkan hanyalah contoh sahaja.

Boleh dilakukan dengan lebih baik dan kreatif mengikut acuan sekolah masing-masing.

Selamat mencuba!

What is What is CONTOH LOGO KELAB?

Kemaskini kembali 4 Mei 2013 @ 5.35pm Sabtu

Selasa, 6 November 2012

Suria Sabah dan Pengalaman Pertama Anakku di Kota Kinabalu

Pada hari Sabtu hingga Isnin lepas (3 hingga 5 November 2012) saya bawa isteri dan anak pergi ke Kota Kinabalu Sabah. Tujuan utama untuk hadiri ke bengkel guru di UMS. Setelah itu, masa digunakan juga untuk  melihat pameran KPM di Suria Sabah. 

Ini adalah pengalaman pertama Siti Hajar berjalan jauh dari Lahad Datu dengan menaiki kereta myvi oren mama nya ;)

Alhamdulillah...segalanya berjalan lancar dan dalam keadaan yang baik..

Beberapa perkongsian gambar






Depan kedai Full House...mula-mula dah masuk kedai ni, 
pastu keluar balik kerana ternampak pula ada jual WINE






Alhamdulillah...Dapat juga makan...yahooo....





Muka mengantuk kerana jauh berjalan...
(dalam perjalanan pulang dari Kota Kinabalu ke Lahad Datu)


Pelaporan Bengkel Diskusi Intelektual Profesionalisme Pendidik Anjuran MGC Sabah dan SPA JPN Sabah 2012

Pelaporan yang disediakan adalah hasil kedapatan dari hadirnya saya ke bengkel ini sebagai satu wadah tempat perkongsian bersama. 



Alhamdulillah. Pada hari Ahad lepas saya bersama isteri (Elly Sofiana) dan anak perempuanku (Siti Hajar) telah menghadiri satu bengkel yang di adakan di Audotorium Sekolah Perubatan Universiti Malaysia Sabah (UMS).

Bengkel ini bermula secara rasmi pada jam 8.00 pagi.

Sesi pertama (perkongsian) bersama Mantan Guru Cemerlang Jusa C dari Sarawak.

Pendedahan teknik komunikasi di awal cara membuatkan suasana dalam dewan sangat teruja yang mana semuaa peserta bengkel diminta untuk menghantar SMS mengenai perkara/niat utama kenapa saya hadir ke bengkel ini dan untuk mendapatkan apa???

Banyak sms yang diterima oleh penceramah dan dibacakan satu persatu.
Setellah itu, sesi perkongsian bermula dengan tayangan slide powerpoint yang tidak menjemukan kerana banyak diselangi dengan perkongsian pengalaman dan juga beberapa cerita dan juga gambar malah video teknik pnp.








Sesi bergambar di akhir bengkel









Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Klik Sini

Related Posts with Thumbnails