SILA KLIK SINI JUGA

FoLLow3rS

Iklan

Pertandingan Memasak 2015 SK Lahad Datu III

Rabu, 24 November 2010

Kudat Syok-1 @ Oktober



Go Holiday @ Kudat with lovely Wife
=) Elly (=

JOTA JOTI 2010















MESYUARAT PPMCS DAERAH KINABATANGAN



Pada 07-Oktober-2010 Mesyuarat pengakap daerah Kinabatangan diadakan di Pusat Kegiatan Guru Kinabatangan (pertama kali saya pergi mesyuarat pengakap) bersama barisan kepimpinan tertinggi pengakap dan beberapa orang dari wakil Pejabat Pelajaran Daerah Kinabatangan. Alhamdulillah, sambutan dari para pemimpin di sekolah-sekolah amat menggalakkan dan majlis bermula jam 2.00 petang hingga 5.00petang mengikut jadual / tentatif yang dirancangkan.

Sebelum mesyuarat, saya cuba menyediakan slide show berbentuk powerpoint bagi latar belakang di dinding untuk mesyuarat yang hendak dilaksanakan. Saya hadir menaiki kereta Myvi Oren SE bersama Cikgu Azuar dan Tuan Guru Besar Ag.Abu Bakar (S.K.Paris 3).

Banyak perkara yang dibincangkan lebih kepada pengurusan pentadbiran dan perlantikan barisan majlis pengakap yang baru untuk sesi seterusnya. Terkejut rasanya apabila saya dilantik sebagai Penolong Pesuruhjaya Daerah (ADC) bahagian pentadbiran (setiausaha). Tugas ini amat berat dan sebagai orang baru dalam unit beruniform di peringkat daerah, sudah tentu banyak perkara baru yang perlu dipelajari dan tanggung jawab yang lebih besar. Berkat sokongan dan bantuan kawan-kawan dalam pengakap samada di sekolah dan di luar, perkara ini mungkin menjadi lebih mudah, InsyaAllah Amin. Tahniah juga saya ucapkan kepada semua Penolong Pesuruhjaya Daerah yang telah dilantik begitu juga kepada Cikgu Azuar yang dilantik bertanggungjawab dalam Tugas-tugas Khas dan merangkap sebagai Timbalan Pesuruhjaya Daerah Kinabatangan.

*Untuk pengetahuan semua, sebelum mesyuarat ini dijalankan, pertemuan antara barisan pengakap tertinggi dan Pegawai Daerah Kinabatangan telah dijalankan di pejabat PDK pada 10.00pagi hingga 11.00pagi. Perkara utama yang dibincangkan ialah permohonan untuk mendapatkan tapak bagi menjalankan aktiviti, program dan bangunan sendiri untuk pengakap di peringkat daerah. Pegawai daerah akan cuba mengusahakan tetapi dari pihak pengakap, haruslah menjalankan terlebih dahulu aktiviti di mana-mana tempat yang baik sebagai titik tolak mengaktifkan kembali pergerakan pengakap di daerah Kinabatangan. InsyaAllah. Semoga usaha ini akan diberkati dan dipermudahkan oleh Allah Taala yang Maha Pemurah dan Maha Penyayang. Amin.




SUMBANGAN WATER-PUMP



Alhamdulillah, syukur kepada Allah Taala kerana telah memudahkan urusan sekolah dan menjadikan 1sumbangan water pump dari pihak ladang kepada pihak sekolah projek untuk menceriakan dan mencantikkan sekolah dapat diteruskan dengan jayanya. Antara pihak yang terlibat dalam menguruskan sumbangan ini ialah cikgu Azuar (menulis surat permohonan), cikgu Faizal (jalin hubung kerjasama baik antara pihak ladang), cikgu Emran (selaku PK HEM memberi bantuan teknikal kepada cikgu Azuar).
Memang benar bahawa setiap usaha kejayaan memerlukan daya padu dari semua pihak untuk lebih berjaya sepertimana dalam Islam juga menganjurkan supaya bekerja secara berjemaah (beramai-ramai) dan perkara ini ditekankan ketika hendak mengerjakan solat fardhu yang mana solat secara berjemaah mendapat 27 kali ganda kebaikannya daripada solat bersendirian.
Usaha murni cikgu bersama pihak luar sekolah amat penting. InsyaAllah dalam proses perhubungan ini akan terus dikekalkan baik dan saling bekerjasama mengikut bidang dan perkara yang disesuaikan dengan kemampuan yang terbaik dapat diberikan. Adalah diharap juga kepada guru-guru lain juga dapat mencari penyumbang-penyumbang yang berpotensi dalam membantu pihak sekolah menaiktaraf keceriaan dan kecemerlangan dari segi pendidikan, pembangunan dan kerjasama antara pihak sekolah dengan pihak luar terutama masyarakat tempatan khususnya.
Kadangkala manis mulut berbicara, kepetahan bicara dari ilmu dan pengalaman yang dilalui, namun intipati dari setiap ciri yang diungkapkan di intrapsi dengan langkah perilaku yang dilaksanakan. Segalanya bermula dari niat ;)
Ikhlaskan niat kita dalam beramal….
(Pernah juga ustaz beritahu saya bahawa ikhlas itu tiada sesiapa jua yang tahu melainkan hanya Allah Taala sahaja sepertimana dalam sebuah cerita, seorang sahabat bertemu kepada Rasul S.A.W. dan bertanya tentang ikhlas. Maka Rasul bertanya pula kepada malaikat Jibril dan Jibril juga tidak tahu mengenainya. Maka malaikat bertanya kepada Allah Taala dan dijawab bahawa “Hanya Aku sahaja yang lebih mengetahuinya”.) Sekiranya cerita ini ada sedikit kelemahan saya memohon maaf dan boleh maklum balas kembali kepada saya untuk perkongsian bersama. Namun perkara yang pasti usaha ke arah ikhlas dalam mengerjakan sesuatu amal banyak dibicarakan salah satunya ialah melaksanakan sesuatu perkara secara berterusan selain itu banyak buku dan kitab yang menceritakan panjang lebar mengenai amalan ikhlas, yang mana boleh dididapati terutamanya dalam Muntakhab Hadith (6 perkara). InsyaAllah semoga Allah sentiasa merahmati dan memberkati usaha kita. Allah hu Akhbar.


SEMINAR DAN FORUM PENGAKAP



SNP??? Stand for what?? Itulah corak sms yang saya terima yang mana satu seminar dan forum akan diadakan di SNP Sandakan. Setelah puas bertanya dengan beberapa orang guru, SNP itu ialah Scouts Nature Park. Dengan semangatnya, pada pagi Sabtu 02-Oktober-2010 jam 7.30pagi saya bertolak menuju ke SNP bersama isteri bagi mengikuti satu Seminar dan Forum Pengakap yang dianjurkan oleh Persekutuan Pengakap Malaysia Cawangan Sabah Bahagian Sandakan yang diketuai oleh Tuan.Haji.Merjuki b. Kayat.

Saya tiba di sana jam 10.00pagi dan masih sempat untuk sesi pendaftaran, pertama kali mencari jalan ke SNP agak berpusing-pusing juga kereta di sekitar Bandar Kim Fung, Sandakan. Mana datangnya hasil tanpa sebuah pengorbanan. Akhirnya kedatangan saya ke sana tidak sia-sia kerana banyak perkara yang dapat di pelajari di sana dalam pelbagai aspek antaranya ialah

  • Pengurusan pentadbiran pengakap

  • Penguruan kepimpinan pengakap

  • Pengurusan pendaftaran pengakap

  • Pengurusan aktiviti / program pengakap

  • Permasalahan timbul antara sekolah dan pengakap

  • Tatacara / format pengakap terkini

Walaupun pengisiannya agak padat dan ringkas, namun memberikan impak kepada semua ahli pengakap yang hadir. Bagi diri saya pula, saya merasakan dan memikirkan bahawa seminar dan forum sebegini amat penting kerana secara tidak langsung dapat mengeratkan hubungan antara ahli pengakap bawahan bersama barisan kepimpinan atasan dan corak inilah lebih kurang sama yang ditunjukkan oleh Kerajaan kita sekarang yang mana setiap pucuk kepimpinan MESTI turun padang menemui segenap lapisan masyarakat tanpa mengira bangsa, agama dan tidak memilih bulu ketika proses penyelesaian masalah. Syabas dan tahniah diucapkan kepada semua ahli pengakap yang hadir. Maju pengakap bersama kita jayakan. Amin.


ILUVISLAM


Ahad, 21 November 2010

KOROBORI PKK DAERAH TELUPID 2010









Apakah itu korobori??? Itu lah perkataan pertama yang saya dengar dan hendak ambil tahu setelah dimaklumkan oleh cikgu Azuar bahawa beliau bersama beberapa ahli pengakap sekolah hendak pergi ke korobori di Telupid terletak di Sek.Keb.Kopuron (15minit dari pekan Telupid). Korobori juga dikatakan bagi ‘term’ yang digunakan untuk perkhemahan pengakap kanak-kanak, manakala ‘jamboree’ digunakan untuk perkhemahan pengakap diperingkat sekolah menengah yang lebih dikenali sebagai pengakap remaja dan muda.

KOROBORI TELUPID PERTAMA ini merupakan anjuran bersama antara Sek.Keb.Kopuron dan Majlis Pesuruhjaya Pengakap Daerah Telupid yang bermula pada 1 hingga 4-Oktober-2010.

Pengalaman yang tidak dapat dilupakan ketika saat pertama hendak menuju ke sekolah tersebut, saya terpaksa mengharungi sebuah jalan tidak bertar selama 15minit dari jalan utama. Ketika itu, ahli pengakap yang lain sudah selamat tiba tetapi saya bersama cikgu Azuar menaiki kereta Myvi oren SE dengan membawa pelbagai barang keperluan masih terpinga-pinga mencari jalan menuju ke sekolah tersebut. Syukur kerana terdapat kereta pick-up yang memandu jalan tersebut dan saya bertanya kepada tuan kenderaan yang bercermin mata dan menjawab dengan yakin bahawa jalan yang saya ikuti adalah benar tepat dan tidak merbahaya. Akhirnya saya bersama cikgu Azuar tiba lebih kurang jam 12.20 tengahari di kawasan perkhemahan dan kelihatan ahli pengakap kami menunggu dengan sabar tabah dan setia tidak kemana-mana tetapi hanya bersandar di sebuah pondok buruk.

Perjalanan perkhemahan segalanya berjalan lancar hingga hari terakhir pada Isnin (4-Oktober-2010) majlis penangguhan korobori selamat disempurnakan oleh Penolong Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negeri Sabah dengan menyampaikan beberapa amanat iaitu

· Ingatkan tentang pendaftaran ahli, pemimpin, kumpulan pengakap bagi setiap daerah

· Segala aktiviti mesti dimaklumkan kepada Jabatan Pelajaran Negeri iaitu 2bulan awal

· Setiap pembayaran kumpulan untuk pendaftaran adalah digunakan untuk memudahkan pergerakan dan setiap pendaftaran ahli pengakap itu penting kerana segala perkara yang berlaku semasa aktiviti dijalankan samada kemalangan, pihak pengakap dapat membantu sekiranya ahli pengakap tersebut ahli yang berdaftar.

· Ahli pengakap ketika bercakap sesuatu, laksanakan dengan berjiwa besar untuk menjayakan pergerakan pengakap

· Pada tahun 2013, sambutan pengakap 100 tahun di Sabah akan diadakan perkhemahan besar di Sandakan.

· Setiap balairaya hendaklah dijaga dengan baik dengan mengadakan program kemasyarakatan bersama orang kampung dan dapat digunakan sebagai pusat pergerakan pengakap bagi balai raya / dewan yang tidak digunakan.

· Sambutan JOTA / JOTI ke-53 peringkat Antarabangsa akan diadakan di Kudat.

Itulah amanat yang diberikan yang perlu ahli pengakap ingat dan laksanakan sebaik mungkin.

Pengakap! Kami buat sehabis baik!

Hari Raya 2010 Sek.Keb.Paris 3 Kinabatangan

Sambutan hari raya Aidilfitri telah selamat dijalankan dengan jayanya pada 30-September-2010 seminggu selepas tamat UPSR. Saya merasakan sambutan ini amat meriah bagi sebuah sekolah yang agak kecil di kawasan sepertinya. Kelihatan hubungan antara guru-guru, murid dan juga warga sekolah akrab dan bersatu padu. Kemeriahannya jelas nyata dipandangan hati saya sekalipun rasa hati agak sebak kerana berjauhan dari keluarga. Sesungguhnya Hari Raya pada tahun ini lebih memberi seri dalam kehidupan saya dan syukur sangat kerana dapat lagi menikmati bulan ramadhan dan sambutan Aidilfitri bersama insan dalam hidup ini. Kerana kita tidak tahu bilakah masa mati dan ajal maut kita??? Allah Taala Maha Mengetahui.

UPSR 2010

Bercerita tentang UPSR, teringat pula sewaktu dibangku sekolah rendah ketika menduduki UPSR di Sek.Keb.Dengkil Sepang Selangor. Sebulan sebelum UPSR puas juga saya mentelaah latihan subjek Bahasa Inggeris kerana pada waktu itu format baru dikeluarkan oleh KPM.

Tetapi kini, saya seorang guru bermula Januari 2010 telah berpeluang pula untuk ‘menduduki’ UPSR sebagai Timbalan Ketua Pengawas di sebuah sekolah di daerah Kinabatangan. Saat ini saya gunakan untuk menimba pengalaman sebagai pengawas dan timbalan ketua pengawas upsr untuk pertama kalinya dalam hidupku ini. Sedikit coretan perjalanan hidup ketika dalam minggu UPSR.

Pada 20-September-2010 (Isnin) saya bersama ketua pengawas menuju ke bilik kebal yang terletak di PKG Kinabatangan untuk meninjau dan berkenalan dengan bilik kebal serta penduduk yang berada dalam bilik tersebut. Alhamdulillah segalanya berjalan lancar dan kemudian menuju ke sekolah yang akan ditempatkan sebagai pengawas di sana.

Pada masa ini, baharulah mulakan sesi kenal mesra dan juga memerhati kawasan sekolah yang akan di jaga bersama beberapa orang pengawas yang lain. Di saat ini kelihatan sesi jejak kasih antara Cikgu Jumadiah bersama bekas guru yang pernah mengajarnya sewaktu masa dahulu dan cikgu itu masih lagi berkhidmat hingga kini.

Pada 21-September-2010 (Selasa) hari pertama UPSR dijalankan secara serentak diseluruh Negara. Hari pertama saya datang tepat jam 7.00pagi di sekolah tersebut dan menjalankan tugas utama sebagai Timbalan Ketua Pengawas pada pepagi yang hening itu. Kelihatan hanya beberapa murid sedang duduk menunggu saat peperiksaan bermula sambil memakan kuih coki dan donat di tangan beserta air milo dalam bekas minuman kecil. Taklimat dari ketua pengawas diberikan kepada semua para pengawas pada jam 7.30pagi. Segalanya berjalan lancar pada hari pertama.

Pada hari kedua peperiksaan, di awal pagi sudah kelihatan kecoh di dalam dewan peperiksaan. Terdapat beberapa ketul ‘kek’ berselerak di atas lantai. Tindakan pantas diberikan oleh guru sekolah tersebut setelah menerima laporan dari saya yang meninjau keadaan yang serba tidak selesa itu. Ditanamkan kek tersebut dengan pasir agar tidak kelihatan dan tidak berbau. Keadaan itu tidak menjejaskan juga perjalanan peperiksaan pada hari tersebut. Alhamdulillah.

Pada hari ketiga merupakan hari terakhir khidmat saya di sana, ketua pengawas meminta untuk menghantar borang tuntutan elaun menjaga peperiksaan. Pada hari ini juga, saya banyak belajar bagaimana hendak mengisi laporan kedatangan calon, untuk menyemak kertas soalan yang tidak dijawab oleh calon tidak hadir, dan juga mengetahui dari Penyelia Peperiksaan bahawa untuk tuntutan sebaiknya menggunakan akaun selain gaji bagi mengelakkan permasalahan ketidakperasanan duit tuntutan telah masuk dalam akaun tetapi telah digunakan dengan senangnya oleh guru terbabit.

Sesungguhnya, dalam minggu peperiksaan UPSR ini banyak perkara yang baru telah kuterima dan saya anggap ini adalah pilihan Allah yang telah meletakkan diri saya dalam keadaan yang paling baik seadanya mengikut takdir ilahi. Alhamdulillah.

Sabtu, 6 November 2010

Raya dengan Mertua ;)




Wake Me up when September & OCTOBER Ends


Salam. Sudah sekian lama menyepikan diri, kini terpanggil pula untuk berbicara. Memori lama masih lagi terngiang di ingatan ketika di saat menyambut hari raya bagi tahun ini 2010 yang julung kalinya daku merayakan bersama keluarga mertuaku di Kg.Melayu Kangkar Pulai Johor bersama isteri tersayang. Walaupun coretan ini agak ketinggalan, namun tidak dapat kulupakan saat gembira bahagia ketika cuti beraya setelah lama berpuasa di Sabah nun jauh dari keluarga. Hanya Allah sahaja yang lebih mengetahui akan ketabahan isteriku menahan segalanya buat pertama kalinya balik ke pangkuan keluarga setelah hampir 3bulan berada di Sabah gara-gara alam pekerjaanku yang mendorong isteriku berpindah ke Sabah tanah air di bawah bayu.

Persiapan hari raya lebih diserikan dengan pembelian sebuah kamera kompak berjenama Kodak yang berharga RM499.00 dengan mendapat pelbagai hadiah dan cenderamata dari tokei kedai di Plaza Angsana yang beruntung kerana pintu hati isteriku yang telah terpikat dan terbuka untuk membeli kamera tersebut yang berwarna merah hati seperti kamera pertamaku dahulu yg berjenama BenQ. Dengan kamera itu lah kami gunakan untuk menyimpan memori bergambar bersama insan tercinta sepanjang hari raya dan diteruskan untuk aktiviti yang lain bakal laksanakan.

Syahdu mendengar takbir raya membuatkan rasa syahdu dan syukur ke atas kurniaan Allah Taala yang memberi ruang dalam hidup kali ini yang mana sekali lagi dapat tunaikan tanggungjawab sebagai hambanya untuk berpuasa dan solat terawih secara jemaah tanpa tertinggal kecuali 2hari kerana menaiki kapal terbang pulang dan bas ketika pulang ke KL-JB

Terdapat beberapa kenangan yang dapat disampaikan disini dengan bantuan gambar...hendak menulis lagi tetapi masa agak terhad bagi diriku untuk terlalu lama di ruang internet atas faktor urusan luar yang menghimpit masa sekarang. Tidak juga hendak menyalahkan masa, tetapi penekanan untuk menggunakan MASA KUALITI lebih penting dalam pengurusan hidup seharian.




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Klik Sini

Related Posts with Thumbnails