SILA KLIK SINI JUGA

FoLLow3rS

Iklan

Pertandingan Memasak 2015 SK Lahad Datu III

Khamis, 16 Ogos 2012

PEKA Sains Dalam Pembentang Berkumpulan Murid Tahun 6

Pembelajaran Koloborasi dalam eksplorasi sains secara menyeluruh dalam pnp dan di luar pnp. 

Klik sini untuk mengetahui aktiviti sebelum pembentangan PEKA Sains ini 

Guru sebagai mentor dalam membentuk acuan minda murid agar lebih bersifat dinamik dan juga murid berkeupayaan menghasilkan idea dan hasil kesimpulan dari sesuatu projek.

Berikut merupakan salah satu aktiviti PEKA Sains yang melibatkan penglibatan murid secara menyeluruh dalam aktiviti berkumpulan.

Subjek: Sains
Masa: 9.30 - 10.30 pagi
Hari / Tarikh : Khamis (19-Julai-2012)
Topik: Sains Tahun 5 
Teknik PNP: Perbincangan Berkumpulan
ABM/BBM : Kertas manila kad, kertas berwarna, nota sains tahun 5, marker pen, pen, pensil, pensil warna.






Setiap murid dalam kumpulan dikehendaki menyampaikan hasil perbincangan berkumpulan untuk dikongsikan bersama murid lain dalam kelas.

Alhamdulillah, teknik ini telah menjadi lebih mudah kerana murid memberi kerjasama yang baik dalam kumpulan sendiri di samping itu, murid yang berkebolehan dapat membantu kumpulan yang sederhana dan lemah. Dalam pada itu, murid tahun ini secara tidak langsung mengulang kaji subjek sains tahun 5 sebelum ini. 

InsyaALLAH, teknik ini akan cuba diperbaiki dengan menambah lembaran berbentuk soalan dan juga borang refleksi agar murid berpeluang untuk menyatakan hasil dan input yang diperolehi bagi sesuatu aktiviti yang dilaksanakan dalam kelas secara khusus. Perkara ini dapat membantu guru dalam mengenal passti kefahaman murid dan juga input yang murid perolehi selain daripada kuiz dan juga soalan-soalan.



Rabu, 15 Ogos 2012

Hari Persekelohan Khas 15-Ogos-2012 SK Paris 3 Kinabatangan

Perkongsian bersama...
Cuma klik gambar di bawah, kemudian masuk ke dalam album. Boleh juga di muat turun "download"

View all

Selamat bercuti dan menyambut hari raya dengan bahagia dan diberkati. InsyaALLAH.

Ramadhan hampir meninggalkan kita...

Semoga dapat berjumpa dalam ramadhan di masa akan datang. Amin


Selasa, 14 Ogos 2012

Pnp dalm Pusat Akses Subjek Bahasa Inggeris Tahun 5

Aktiviti Pnp kali ni merujuk kepada buku teks KPM Bahasa Inggeris Tahun 5 dalam muka surat 95.

Setelah mengadakan sesi perbincangan dalam pnp sebelum ini (Khamis lepas), pada hari ni 13-Ogos-2012 (Isnin 10.30am-11.30am)saya bawa murid-murid secara berkumpulan untuk masuk ke dalam Pusat Akses. 

Alhamdulillah, segalanya berjalan lancar.






Murid dapat
  1. Menggunakan komputer dengan baik dan mendaftar masuk guna komputer dengan sistem baru.
  2. Membuka laman web dan guna internet dengan baik.
  3. Mencari gambar (image) dalam internet dan muat turun dalam folder My Pictures.
Syukur, semua murid berpeluang untuk menggunakan kemudahan dalam Pusat Akses semaksimumnya. 

InsyaALLAH, selepas cuti raya akan ada lagi aktiviti di Pusat Akses untuk ICTL pula.









Jumaat, 10 Ogos 2012

PEKA Sains Tahun 4 Pengaratan

Unit 5: Bahan

Bab: Pengaratan

Masa: 7.45 pagi hingga 8.15 pagi (30 minit)

Kaedah pengajaran kontekstual



Paku ajaib dan paku perang....

Kongsikan gambar jerk ni....

Ketika dalam kelas

Sebelum masuk kelas, persiapan sediakan peralatan sebagai bahan untuk mengajar.
Gunting hitam tidak berkarat manakala pemotong dahan pokok sudah berkarat.
Bagaimana hendak mencegah pemotong ini dari berkarat?
(Itulah soalan yang saya berikan secara terbuka dalam kelas)

Seorang murid menjawab Kita cat lah cikgu"
Cikgu "Sesuai ke kalau kita cat?"
Murid lain "Tidak cikgu"
Murid lelaki "Kita letakkan minyak cikgu, nanti dapat halang dari berkarat"

TAHNIAH KEPADA SEMUA MURID KERANA BERI KERJASAMA YANG BAIK!!!


Aktiviti hari ini sangat ringkas dan padat. 
Saya lebih  beri tumpuan kepada ujikaji dan perbincangan kertas soalan semalam.

Alhamdulillah. Segalanya berjalan lancar.

Cuti Raya 2012

Keratan akhbar


Perkara yang paling diutamakan ialah, permohonan untuk mohon cuti berganti bagi cuti raya boleh di pohon dalam jangka masa yang terdekat. Alhamdulillah. Tidak perlu untuk mohon 3 @ 6 @ 9 bulan sebelum cuti berganti.

Makhluk tiada kuasa, Allah lebih Maha Mengetahui.

Alhamdulillah

Khamis, 9 Ogos 2012

Pengaratan (Unit Bahan Sains Tahun 4)

Pengaratan.

(Pnp ini telah dilaksanakan pada 9-Ogos-2012 Khamis selama 60 minit bermula 11.00am-12.00pm)


Kaedah pengajaran konstruktivisme

Beberapa alat bantu mengajar
1. Lembaran kertas soalan (10 soalan betul / salah, 5 soalan isi tempat kosong)
2. Slide powerpoint (mempercepatkan proses pnp)
3. Kunci kereta dan tin minuman (bahan maujud)
4.  Buku teks (KPM)
5. Modul Bitara (buku kerja murid) Keluaran Sasbadi (latihan berbantukan buku/guru)

PENGARATAN tahun 4









Objek apa yang boleh berkarat?

Objek apa yang tidak boleh berkarat?

Bagaimana pengaratan boleh berlaku?

Bagaimana mencegah pengaratan?

Ini ialah beberapa soalan yang di ajukan kepada murid dalam kelas.

Soalan yang turut di berikan ialah

Nyatakan bahan yang tidak boleh berkarat?
(murid akan imbas kembali pnp yang lepas iaitu bahan yang dibuat daripada plastik, kapas, kayu, getah dan tanah)

5 minit digunakan untuk saya menyediakan peralatan seperti yang kelihatan di atas menggunakan ruang meja murid (murid diminta untuk duduk dalam kumpulan). Alatan tersebut ialah, LCD projektor, Laptop dan juga wayar penyambung (extension wire).

Murid kategori lemah dikehendaki duduk dalam barisan hadapan supaya memudahkan guru untuk memantau dan membantu murid-murid ini.

Aktiviti dengan penglibatan murid secara aktif. 3 orang murid diwakilkan untuk membaca maklumat. Manakala rakan dalam kelas, mendengar dan cuba menjawab serta memberikan idea/pendapat masing-masing.
(aktiviti ini melibatkan masa dalam 6 minit sahaja kerana seorang murid diberikan 2 minit)

Suara saya memang perlahan cikgu....

Dalam buku teks ada jawapanlah cikgu.
Itulah kata-kata murid ini ketika mana sesi latihan merujuk kepada buku teks dilaksanakan.


Murid sedang memerhatikan kunci kereta dan model tin minuman yang kemek.
(Eh, kunci kereta tu macam berkarat lah) itu lah yang sibuk diperkatakan dalam kelas tadi.

Aktiviti senaman ringan untuk menghilangkan mengantuk setelah penat berfikir untuk menjawab soalan.
Murid diminta untuk angkat tangan kanan dan kiri ke atas, bawah, kiri dan kanan. 
Setelah itu, murid diminta untuk urut sedikit bahu kawan dalam kiraan 10.
(Aktiviti ini membantu murid untuk segarkan kembali ketajaman penglihatan, daya bertahan badan untuk duduk dengan baik, dan juga membantu mengalirkan oksigen ke otak supaya murid boleh berfikir dengan baik. Dalam jangka masa 3 minit sahaja aktiviti ini memberi kesan yang besar kepada murid. 
Selamat mencuba)

Murid menjawab soalan untuk penilaian pemahaman konsep ringkas. Soalan yang diberikan merupakan Aras 1 (senang).


TAMAT

Nota tambahan yaang diperolehi dari internet
MENCEGAH PENGARATAN                                                                                            
Sumber: http://www.scribd.com/doc/66776467/MENCEGAH-PENGARATAN


Pencerapan (E-cerap & SKPM) Matapelajaran 2012

Pencerapan matapelajaran untuk guru dilaksanakan secara berperingkat di semua sekolah-sekolah. Tidak ketinggalan juga di sekolah saya. Pada tahun ini, saya juga diminta untuk laksanakan pencerapan guru untuk subjek sains (selaku ketua panitia) oleh pihak pentadbir sekolah.

DOWNLOAD BORANG PENCERAPAN GURU SKPM2010 (BORANG)



(Gambar hiasan)


Hasil perbincangan dengan guru sains, saya memilih seorang guru sains sahaja. Beberapa perkara yang telah diambil tindakan ialah

  1. Sebelum pencerapan: berbincang dahulu bersama guru tersebut akan kesediaan dan keperluan yang akan dilihat semasa proses pencerapan. Memaklumkan kepada pentadbir, nama guru yang akan dicerap dan mengambil borang-borang pencerapan serta format laporan dari GKP Kurikulum.
  2. Semasa pencerapan: guru telah diminta membuat persediaan dan berada dalam keadaan selesa semasa pencerapan dijalankan. Proses pnp dilihat bermula dari awal hingga akhir pengajaran. Pencerap akan mengisi markah serta membuat laporan yang berkaitan. Melihat dan menyemak beberapa buah buku murid secara rawak (10 buah buku) untuk melihat hasil pembelajan, nota dan latihan yang diberikan kepada murid (berdasarkan kepada kriteria pencerapan).
  3. Selepas pencerapan: mengadakan sedikit perbincangan dan berkongsi pendapat hasil daripada pencerapan dan juga perlaksanaan pnp. Borang dan maklumat pencerapan diserahkan kembali kepada GPK Kurikulum untuk simpanan pentadbiran dan membuat salinan untuk simpanan panitia serta guru yang dicerap.
Alhamdulillah.

Segalanya berjalan lancar seperti yang dirancang. Pencerapan ini telah dilaksanakan dengan baik pada 12-Julai-2012 (Khamis) bermula jam 2.55pm hingga 3.25pm (30 minit) sahaja.

Perkongsian dan perbincangan antara guru adalah sangat penting dalam membina hubungan yang baik dan juga dapat meningkatkan kemahiran serta mutu pnp. Di samping itu, pengalaman sebagai pencerap juga, saya merasakan banyak perkara yang perlu di pelajari. 

Sebelum sesi pencerapan, saya juga ada merujuk kepada sebuah buku yang bertajuk Penyeliaan Klinikal dari Perspektif Pengajaran di Sekolah yang ditulis oleh Abdul Rahman Abdul Majid Khan (keluaran PTS).
Dalam catitan beliau menyatakan bahawa, pencerapan bersifat holistik dan boleh dibahagikan kepada 2 bahagian (banyak lagi yang mahu dikongsi tetapi saya suka kepada maklumat yang boleh diutamakan.

Pencerapan iaitu berdasarkan kepada penilaian formatif dan sumatif.

Penilaian pnp secara formatif lebih menggambarkan situasi sebenar seorang guru melaksanakan pnp secara berterusan yang mana disebut sebagai penilaian bertujuan membantu dan sebagai satu bentuk perkembangan profesional serta dapat menambah baik pengajaran. Penilaian ini bersifat berterusan dan tanpa had.

Manakala penilaian sumatif lebih bersifat pentadbiran, penguatkuasaan akauntabiliti dan penghakiman bagi menilai prestasi guru dan membuat keputusan berkaitan tenaga sumber manusia. Penilaian ini juga bersifat bertempoh.



Saya mencadangkan kepada semua guru yang dilantik untuk laksanakan pencerapan terutama yang baru pertama kali laksanakan pencerapan cuba untuk mendapatkan buku ini. Buku ini banyak membantu saya dalam membina penilaian yang lebih dinamik dan juga telus agar hasil kedapatan dalam laporan pencerapan bersifat adil dan memberi gambaran sebenar untuk memperbaiki setiap kekurangan yang ada tanpa menidakkan kebolehan seseorang guru. InsyaALLAH.

Sekian.




(Paparan skrin pada sistem ecerap JPN Sabah)



Dokumen untuk pencerapan panitia

pencerapan panitia



Dikemaskini kembali pada 6.46 (21 APRIL 2013)


Rabu, 8 Ogos 2012

Murid buat Laporan PEKA Sains (dengan bantuan guru)

Sekitar dalam kelas ketika mana murid-murid ku ini sibuk menyiapkan laporan (PEKA) yang tertinggal untuk tajuk "Microorganisms grow" Learning Area: Food Preservation, Activity Code: 6/3/4/1.1










InsyaALLAH, saya akan siapkan dengan cepat cikgu.
(Itulah luahan dari kata-kata seorang murid ini)

Sekian.

Lembaran kerja: Sumber dari Modul Bitara Sains 2012, Penerbit buku Sasbadi.

Sambutan Nuzul Quran 2012 SK Paris 3

Sambutan Nuzul Quran telah dilaksanakan di peringkat sekolah pada 7-Ogos-2012 Selasa.

Perkongsian gambar....

View all
Sila klik gambar, untuk muat turun semua gambar.....

Alhamdulillah...selesai seperkara ;)


Majlis Berbuka Puasa 2012 SK Paris 3 Kinabatangan

Hanya sempat berkongsi gambar....

View all

Ahad, 5 Ogos 2012

Notis Ogos 2012 (di Sekolah)

Berikut merupakan beberapa notis yang perlu diambil perhatian (sempat diambil gambar dalam minggu ini)

Khas untuk guru tahun 6 yang terlibat sahaja.

Khas untuk KTBM sekolah.

Khas untuk semua guru dan KTBM sekolah bagi perhatian guru besar.


Suasana sekolah dalam minggu ini sangat mendamaikan. 
Kelihatan kantin sekolah tutup sempena bulan Ramadhan.

Kemaskini Fail Panitia Sains 2012 (Fasa 1)

Pada kali ini, suka untuk saya kongsikan pengalaman ketika mengemaskini kembali fail panitia sains (selaku KP yang dilantik) pada minggu ini yang bermula pada 2 dan 3 Ogos (Khamis dan Jumaat). Sebelum ini, banyak kali saya merancang untuk kemaskini kembali fail-fail panitia yang tidak teratur kerana semua dokumen surat menyurat dan segala benda saya hanya masukkan dalam fail timbul bermula Januari 2011 sehingga Julai 2012. Maka, akibatnya sangatlah tidak memuaskan kerana banyak perkara (fail/dokumen) perlu di susun teratur terlebiih dahulu. 





Antara fail/dokumen yang sempat dikumpul dan disusun pada kali ini ialah
  1. Surat-menyurat berkaitan dengan aktiviti panitia samada mesyuarat, bengkel, program dalam dan luar sekolah, surat lantikan pentaksir (PEKA), surat jemputan Kem ELIT UPSR 2011 dan 2012 dan pelbagai surat dari KPM, JPN dan PPD.
  2. Maklumat diri guru-guru sains bermula 2011 dan 2012.
  3. Maklumat/laporan prestasi akademik khasnya subjek sains bagi setiap tahun dan kelas bermula tahun 1 hingga tahun 6 (2011 dan 2012 untuk peperiksaan semester sahaja tidak termasuk ujian 1&2).
  4. Takwim panitia 2011 dan 2012 serta Pelan Perancangan Strategik (5tahun) dan Pelan Operasi (tahun semasa 2011, 2012).
  5. Laporan aktiviti sains (bengkel, minggu sains dan lain-lain dalam dan luar sekolah).
  6. SKT guru.
  7. Senarai ABM/peralatan sains.
  8. Laporan Kewangan Panitia 2011.
  9. Kemaskini (diperolehi dari Cikgu Azizul dan Cikgu Faizal dalam bentuk softcopy, saya tolong printkan jerk) Rancangan Pengajaran Tahunan khasnya tahun 1 dan 2 kerana sudah mula menggunakan silibus KSSR (baru) dan menyediakan Huraian Sukatan Pelajaran KSSR Sains Tahun 1 dan 2.
  10. Sediakan fail pengurusan PEKA dan juga modul untuk PEKA tahun 3, 4, 5 dan 6 (modul ini masih lagi dalam Bahasa Inggeris sepenuhnya yang menjadi sekadar rujukan dan panduan samada untuk digunakan dalam PEKA bagi guru sains terpulang mengikut keupayaan dan disarankan juga untuk murid bina/buat folio sains).
  11. Laporan semakan buku rekod murid (terima kasih kepada semua guru sains 2011 yang menghantar sampel buku setiap kelas untuk disemak).
Alhamdulillah.

Baru setakat ini tahap yang saya boleh gunakan masa sepanjang Ramadhan (kerana bimbang lepas raya ni banyak habiskan masa bersama HAJAR mylovely son) ini untuk kemaskini kembali segala tugas sebagai KP. Walaupun banyak lagi perkara yang perlu diperbaiki, bergerak secara perlahan asalkan tidak terhenti. InsyaALLAH, segala kekurangan akan cuba di atasi.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Klik Sini

Related Posts with Thumbnails