SILA KLIK SINI JUGA

FoLLow3rS

Iklan

Pertandingan Memasak 2015 SK Lahad Datu III

Ahad, 29 Julai 2012

Pembentangan Hasil Kerja Murid dalam PNP Sains

Kaedah pembelajaran koperatif dapat menjimatkan masa dan mengeratkan hubungan antara ahli dalam kumpulan. Dalam pada itu, beberapa perkara yang dapat ditekankan ialah yang kuat membantu yang lemah dan yang bijak membantu yang sederhana.
(Lihat sini untuk PnP Koperatif di SK. Bulusilou Keningau)







Itulah cara yang cuba saya ketengahkan pada PnP kali ini untuk mengulangkaji kembali subjek sains dalam beberapa unit tahun 5. 

  1. Murid dibahagikan kepada beberapa kumpulan dalam kelas dan diberikan beberapa peralatan dan bahan untuk aktiviti berkumpulan. Murid duduk dalam kumpulan dengan meja bercantum.
  2. Saya berikan tajuk-tajuk kepada setiap kumpulan dan diberikan masa 30 minit untuk menyiapkan nota kreatif dalam berkumpulan. Kebebasan menulis dan merangka corak persembahan diberikan kepada setiap kumpulan.
  3. Setelah tajuk diberikan, murid mula merangka nota dalam kertas a4 sebelum mulai tulis di kad manila. Guru telah berikan nota ringkas dan padat untuk sains tahun 5 kepada murid pada semester 1 sebelum cuti sekolah sebagai aktiviti ulangkaji kembali semasa cuti sekolah. Maka, pada aktiviti kali ini cuma ingin meningkatkan lagi kefahaman dan keupayaan murid untuk berkongsi dalam setiap perkara yang dibaca diterjemahkan dalam bentuk pembentangan.
  4. Saya bertindak sebagai fasilitator kepada kumpulan-kumpulan murid bagi membantu untuk memudahkan urusan murid dalam menulis dan mencari maklumat penting.
  5. Dengan imaginasasi murid, saya minta murid untuk melukis gambar objek atau perkara yang berkaitan dengan pembentangan yang hendak disampaikan agar pembentangan tidak hanya tertumpu kepada nota penulisan yang bersifat biasa.
  6. Alhamdulillah, hassilnya murid dapat terjemahkan nota ringkas (dari buku) kepada bentuk yang mudah difahami dan mudah untuk disampaikan kepada rakan-rakan lain dalam kelas.
Cara ini saya cuba aplikasikan kepada murid tahun 6 Proaktif pada 17-Julai-2012. Sebelum ini, pernah juga laksanakan pnp seperti ini. Namun, kali ini pnp yang cuba diketengahkan ialah hasil perkongsian berkesan dan perhubungan secara banyak hala, antara murid dan guru, guru dan murid, murid dan murid.

Kesan dari pnp ini, murid dapat menjawab soalan gerak gempur untuk subjek sains tahun 5 dalam bahagian A dengan betul dan mudah. Perkara yang cuba dikaji ialah

  1. Unit/Tajuk yang menjadi killer kelemahan kepada murid dalam menjawab sains bahagian A.
  2. Adakah murid berasa yakin untuk menyampaikan konsep sains yang dipelajari dalam kelas menggunakan bahasa ibunda mereka sendiri (BUGIS) atau menggunakan bahasa melayu yang tepat.
  3. Pemahaman ringkas murid untuk tajuk sains tahun 5 dapat membantu murid untuk perbaiki dan mengukuhkan pemahaman pembelajaran sebelum ini semasa berada di tahun 5.
  4. Murid dapat belajar menulis nota dengan lebih baik dan berkesan dibantu oleh rakan dan juga melihat kumpulan lain sebagai contoh dalam membaiki mutu penulisan nota untuk persembahan dalam penyampaian maklumat berkesan.
InsyaALLAH, banyak lagi perkara yang perlu dilaksanakan dengan kaedah perancangan yang lebih rapi. Walaupun saya merasakan masa terlalu lewat dan suntuk untuk laksanakan aktiviti seperti ini, insyaALLAH dengan pemahaman yang sedikit ini dapat membantu murid untuk melonjak dengan lebih baik di masa akan datang iaitu konsep pembelajaran yang berkesan ialah secara berkumpulan (berjemaah).

(Sedang merancang membina ABM/BBM sendiri..tapi masih difikirkan selain daripada penggunaan powerpoint dan juga barang maujud..insyaALLAH..akan diusahakan...)



Gambar aktiviti....

















Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Klik Sini

Related Posts with Thumbnails