SILA KLIK SINI JUGA

FoLLow3rS

Iklan

Pertandingan Memasak 2015 SK Lahad Datu III

Ahad, 1 Julai 2012

Program Solat Hajat dan Bacaan Yasin Murid Tahun 6 UPSR 2012

Murid tahun 6 yang akan menduduki UPSR 2012 tahun ini, memulakan program solat hajat dan bacaan yasin bermula jumaat lepas. Saya juga turut serta dalam program ini secara langsung pada jumaat lepas (29-Jun-2012) kerana minggu lepas cuti (isteri bersalin). Kelihatan di sana, GPK 1 Encik Zainudin bin Ahmad bersama murid dalam surau SK Paris 3 Kinabatangan menunggu kehadiran Ustaz Zulkifli Ab Ghani untuk memulakan program ini.







Setelah barisan sof murid di betulkan, ustaz memulakan dengan solat hajat kemudian baru mula bacaan yasin beramai-ramai. Dalam majlis kali ini, guru besar iaitu Encik Norazam bin Ahmad turut serta dari awal hingga akhir.




Alhamdulillah. Program berjalan lancar dengan suasana terkawal.
Program ini telah dirancang dari awal tahun untuk pembabitan murid tahun 6 khususnya yang beragama Islam. Program yang dijalankan pada setiap hari jumaat sehingga UPSR menjelang. Semoga dengan usaha ini, Allah membantu murid dan guru-guru dalam mencapai cita-cita untuk cemerlang dalam akademik dan sahsiah akhlak murid. InsyaALLAH.

Bersama-sama lah kita berdoa. Doa merupakan senjata bagi orang mukmin. Amin.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Klik Sini

Related Posts with Thumbnails