SILA KLIK SINI JUGA

FoLLow3rS

Iklan

Pertandingan Memasak 2015 SK Lahad Datu III

Memaparkan catatan dengan label KarnivalSAINS2010. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label KarnivalSAINS2010. Papar semua catatan

Rabu, 5 Mei 2010

Karnival Sains Hari Ke-4


Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua. ALhamdulillah majlis penutup untuk Karnival Sains dan Seminar selama 2 hari sudah pun tamat dengan jayanya. Di sini, ada sedikit perkongsian ilmu yang hendak saya cerita bersama kalian.

Antara beberapa amanat dari

Pengarah Pelajaran Negeri Sabah
ialah
  • Kesediaan hari ini ialah PENDIDIKAN dan kualiti pendidikan rakyat menjadi core-business.
  • Memainkan peranan untuk terjemahkan FPK
  • Guna buku sahaja meyampaikan ilmu, tetapi tidak menentukan bahawa ilmu yang diperolehi diamalkan. Ilmu yang tidak diamalkan diibaratkan sebagai sepohon pokok yang tidak berbuah.
  • Jati diri, gunakan ilmu untuk mencapai perubahan dari segi tingkah laku dan kelakuan, meninggalkan amalan yang merosakkan.
Ahli Parlimen Silam turut berucap dalam erti kata:
  • Beliau menasihatkan supaya menjadi hebat di seantero dunia
  • Harapan beliau semoga program sebegini berterusan untuk model ekonomi baru dan mewujudkan modal insan berprestasi tinggi
  • Tampil kehadapan dengan iltizam yang kuat, manusia yang terhebat jadilah dengan menjadi insan yang cemerlang.
  • Label IQ di Parlimen Silam boleh meningkat dengan cara berfikir mesti bertaraf dunia
  • Beramai-ramai berganding bahu dalam apa jua yang dihadapi.
Prof. Dr. Hasnan Abu Hassan (USM) mengatakan bahawa:
  • SYABAS kepada semua pihak yang terlibat dalam penganjuran karnival ini kerana ini kali pertama sepanjang pihak USM terlibat dalam karnival sebegini melihat sambutan yang telalu HEBAT dan RAMAI pengunjung.
  • Dalam kata-katanya yang berbunyi "Karnival ini, demi hasrat murni dalam persediaan kemahiran berilmu, bersaing dan rekacipta. Contohnya solar cars, solar boats and cooking with nature."
  • Beliau mengatakan bahawa dari karnival ini, dapat mengenal pasti kreativiti kanak-kanak di sini setaraf dengan karnival yang pernah dianjurkan di semenanjung yang bermula 2004.
  • Sambutan dari semua pihak menunjukkan bahawa masyarakat Lahad Datu tidak dipinggirkan dari segi ilmu sains dan teknologi.
PPD Lahad Datu dalam ucapannya menyatakan bahawa
  1. Berterima kasih kepada semua pihak yang terlibat
  2. Sebanyak 8 kertas kerja seminar berjaya dibentangkan
  3. Pameran mendapat sambutan yang menggalakkan.
  4. Jemputan ke sekolah amat baik.
  5. Semua ilmu, pengetahuan dan pengalaman dapat diaplikasikan dalam PNP.
Beliau juga mengucapkan penghargaan terima kasih kepada PPD Kinabatangan yang turut menghantar wakil dalam menjayakan karnival ini.


Di hari terakhir ini, merupakan satu kenangan yang meriah dan menyeronokkan kerana banyak sangat perkara yang saya telah pelajari dari pelbagai aspek, contohnya
  • Protokol
  • Persediaan dewan dan PA sistem
  • Persediaan dari tempat makan VVIP
  • Cara penyampaian bagi setiap penceramah
  • Komunikasi yang baik bersama rakan sejawat
  • Semangat yang baru untuk teruskan kerjaya sebagai pendidik
  • Rekacipta dalam teknologi bersama mengembangkan minda untuk kemajuan bersama
  • Politik dan usaha kerajaan dalam mempelbagaikan sumber tenaga yang boleh diperbaharui untuk Negara kita.

Seminar yang pertama berkisar tentang, Perlindungan Kepada Harta Intelek
  • Sejarah dan perkembangan perlindungan kepada harta intelek
  • Kepentingan dan fungi badan/agensi tersebut
  • Pengetahuan untuk mendapatkan hak cipta bagi sesuatu ciptaan
  • Maklumat lanjut boleh rujuk di www.myipo.gov.my
Seminar kedua tentang Penggunaan Arang Batu Dalam Penjanaan Elektrik
  • Banyak isu yang dikemukan ketika sesi soal jawab kerana terdapat pihak yang mengatakan NO to COAL!!!
  • Perbincangan diadakan bersama penceramah dan juga para pendidik sebagai medium untuk menyampaikan hasrat kerajaan bahawa usaha untuk mempelbagaikan sumber tenaga bagi penjanaan elektrik. Itu lah jawapan yang diberikan oleh penceramah. Keterangan lanjut boleh didapati dari agensi kerajaan yang berkaitan. Selaku guru kita juga harus mengambil tahu akan perkara ini sekiranya di persoalkan oleh warga masyarakat.
Pada malam terkakhir, saya sempat melihat persediaan kumpulan Unit Sains & Teknologi (Jabatan Ketua Menteri) untuk mempersiapkan teleskop bagi melihat bintang, bulan dan beberapa jenis buruj. Suasana amat meriah dan ramai pengunjung yang tiba. Alangkah indahnya dan bagusnya andai anak murid ku turut berada di sini mempelajarinya.

Laporan terakhir akan saya susulkan kemudian dalam memberi kupasan tentang respon dari murid-murid saya yang pergi ke karnival ini. Beberapa tugasan yang telah saya berikan kepada mereka yang merupakan murid tahun 4 dan 5 berjaya disiapkan pada masa yang telah ditetapkan. Laporan mereka akan saya masukkan untuk perkongsian semua sebagai titik tolak bahawa setiap murid yang terlibat dalam lawatan di luar bilik darjah lebih memberikan pendedahan, pengalaman, ilmu serta terbuka minda dalam menimba segala yang boleh dipelajari.


Adalah amat penting bahawa, penglibatan murid di luar bilik darjah untuk sebarang aktiviti harus dilaksanakan dan dijayakan oleh semua pihak. Semoga, usaha murni ini dapat diteruskan dan semua pihak seharusnya bergandingan dalam mencapai sesuatu kejayaan yang diharapkan.

Sekian.

Cikgu Mustakim
Panitia Sains 2010

Isnin, 3 Mei 2010

Video di Seminar Sains


Video bermain bebola api. Bahaya dan jangan cuba di rumah.







Pelajar meniup belon dalam botol plastik. (Konsep Tekanan Udara)





Air naik sendiri dari piring ke atas cawan??? Cubalah lihat video ini


iluvIslam


Sekian dari saya :)

Ahad, 2 Mei 2010

Karnival Sains Hari Sabtu

Salam kepada semua warga internet :)

Pada hari Sabtu bermulalah saya sebagai guru panitia sains menanggung jawabkan diri untuk hadir ke seminar yang bermula jam 8.00pagi hingga jam 5.00petang. Alhamdulillah segalanya berjalan lancar dan dapat pula makan tengah hari bersama cikgu-cikgu dari S.M.K. Silabukan. Terasa tidak keseorangan berada di sana kerana ditemani dengan cikgu-cikgu yang peramah dan mesra.

Di sini, saya suka untuk kupas sedikit akan seminar yang telah saya hadiri.


Saya tidak sempat untuk hadir ke seminar pertama bersama Pihak CETREE dar USM. Dalam seminar yang kedua bertajuk PERKHIDMATAN METEOROLOGI DAN KERJAYA.

Jabatan Meteorologi telah menghantar pegawai mereka yang amat bebas bersuara dan menerangkan satu persatu aspek tentang sejarah, perkhidmatan dan pembangunan yang sedang dilaksanakan.
  • Perubahan cuaca boleh dilakukan dengan 2 kaedah iaitu Pembenihan Benih & Kaedah Pembenihan Awan secara Semburan dan Pembakaran. Perkara ini tidak dijelaskan dengan terperinci
  • Perkhidmatan Meteorologi menggunakan model dari Jepun. Seterusnya dapat menghantar maklumat mengenai keadaan di laut. Amaran bahaya akan dikeluarkan sekiranya keadaan di laut bahaya kepada para nelayan yang menyara diri melalui rezeki di laut. Amaran bahaya diklasifikasikan dalam tandaan warna Kuning(kurang bahaya), Oren(bahaya) dan Merah(paling merbahaya)
  • Fakta diberikan ialah, keadaan laut di Semenanjung kini telah naik 1.0meter dari paras laut sebelum ni dan dikesan pada 28April2010. Adakah negara kita akan dilitupi air laut???
  • Jabatan ini juga bertanggung jawab untuk mengkaji keasidan bagi air hujan yang turun di muka bumi bagi memboleh kegiatan pertanian berjalan lancar dan tidak mengalami ancaman asid yang berbahaya. Di katakan bahawa keasidan di kawasan bandar seperti di Kuala Lumpur amat tinggi atas faktor asap, perkilangan, kenderaan motor dan juga pembakaran secara terbuka.
Kesimpulannya, kesedaran rakyat terhadap menjaga alam sekitar dan juga kesan bumi hijau telah diketahui umum. Cuma tindak tanduk warga masyarakat tidak menghiraukan perkara ini. Selaku guru kita bertanggung jawab untuk wujudkan kesedaran yang mendalam kepada golongan sasaran seperti murid dan masyarakat di sekeliling.

Tajuk seminar yang kedua ialah PENDIDIKAN ALAM SEKITAR DAN TEKNOLOGI HIJAU

Antara perkara yang dapat dikongsi ialah
  • Dasar Pendidikan Alam Sekitar berhubung kait dengan FPK yang di pegang oleh para pendidik.
  • Penekanan terhadap masalah alam sekitar masih diutarakan sekali lagi kepada semua peserta seminar yang menjadikan perubahan cuaca amat besar seperti kualiti udara dan peningkatan haba dan kepanasan dunia.
  • Konsep 3R ditekankan. Reduce>Reuse>Recycle (dalam BI Tahun 5 ada juga belajar untuk PnP).
  • Pegawai menerangkan bahawa Minggu Alam Sekitar diadakan pada 21-27hb Oktober setiap tahun dan kita harus sambutnya dengan memberi kesedaran kepada warga sekolah dan masyarakat.
  • Pendidikan Alam Sekitar amat penting dan boleh dilaksanakan dengan pendidikan di sekolah, bekerjasama dengan agensi-agensi kerajaan dan swasta serta mengadakan lawatan ke Pusat Sejadi Sabah sebagai pendedahan di mata umum.



Seterusnya dalam jam 11.00pagi, acara yang ditunggu telah tiba iaitu Demonstrasi Sains dari Pusat Sains Negara.

Pegawai ini telah didatangkan dari PSN KL ke Lahad Datu untuk memberi pendedahan konsep asas dalam sains dan beberapa eksperimen yang boleh diaplikasikan di sekolah sebagai PNP yang berkesan.

Pegawai mereka amat baik dalam berkomunikasi secara 2 hala dan memberi peluang penuh kepada semua peserta seminar. Saya mengambil kesempatan untuk bermain bola-bola api sambil dibantu oleh mereka juga. Silap nanti, terbakar pula baju saya dari IPT Teknik tu.

Perasaan seronok digambarkan dengan senyuman yang melirik di wajah pelajar dan guru-guru dalam seminar di ketika ini ;)




Seminar seterusnya ialah Penggunaan Teknologi Nuklear di Malaysia.

Sejarah, perkembangan dan teknologi yang digunakan amat mengkagumkan. Untuk pengetahuan umum REAKTOR PERTAMA DI MALAYSIA BERJAYA DIBENTUK PADA 28JUN1982 dan ini merupakan titik tolak kejayaan dalam penggunaan teknologi nuklear di negara kita. Seperti kata pegawai dari MOSTI itu, ini adalah tarikh keramat yang akan diingati untuk negara.

Tahniah dan syabas kepada Unit Sains dan Teknologi dari Jabatan Ketua Menteri Sabah yang berjaya mengadakan demonstrasi berkesan kepada semua peserta seminar. Amat menarik dan berkesan. Cara-cara buat ais krim juga boleh dipelajari dalam seminar ini.

Kita hanya perlukan bahan-bahan seperti
  • Garam halus
  • Plastik kecil dan besar
  • Ais ketul yang banyak
  • Perisa susu mengikut kehendak sendiri.
Ais ketul dimasukkan dalam satu plastik besar dan dicampurkan bersama garam sebagai pemangkin untuk menurunkan kadar suhu ais ketul dan melambatkan proses penyejatan. Seterusnya masukkan susu ke dalam plastik kecil. Kemudian masukkan plastik kecil itu ke dalam plastik besar. Goncang plastik besar dalam 2-3minit. Keluarkan plastik kecil, air krim siap untuk di makan. Cubalah ;)

Ribuan terima kasih kepada PPD Lahad Datu kerana memberi ruang kepada saya untuk bersama menghadiri seminar ini. Sesuungguhnya usaha murni ini amat baik sekali dan diharap dapat dijayakan dengan lebih hebat di masa akan datang.


iLuvIslam

Sambungan untuk laporan seminar pada hari Ahad dan Majlis Perasmian Penutupan akan menyusul tidak lama lagi. Wassalam.

Sabtu, 1 Mei 2010

Video @ Karnival Sains


Pada hari pertama di S.K.Pekan





Mari melihat kismis menari (pada hari kedua di bilik sains)



Persembahan multimedia rekacipta






Temubual antara murid bersama penjual air asam

Sekian...
Ahad 2Mei ialah hari penutup ;)

Karnival Sains Hari kedua 30April

Salam. Sudah masuk hari kedua saya hadir ke Karnival Sains ini. Pada hari ini saya masih membawa bersama 5orang murid tetapi 3orang murid yang baru untuk melihat pameran. Tugasan yang sedia ada pasti mereka kena siapkan iaitu mencari maklumat yang perlu ;)
Di sini ialah bilik persediaan/ruang menunggu bagi semua peserta rekacipta untuk mempersembahkan persembahan multimedia. Berdebar-debar kata mereka kerana mesti di jelaskan dalam Bahasa Inggeris. Good Luck!
Saya sempat bertemu dengan seorang guru dari SMK.Tungku yang mengajar Fizik. Beliau ialah guru pengiring bagi pelajar sekolahnya. Saya mendoakan agar kejayaan diperolehi dengan jayanya. barisan pengadil amat ramai terdiri dari pelbagai peringkat, sekolah dan jabatan.
Sekali lagi, saya membawa murid ke bilik pameran sains. Guru Sains ini masih mengenali kami. Kali ini, anak murid saya dapat melakukan sendiri eksperimen yang hendak dijalankan melalui tunjuk ajar yg diberikan oleh Guru Sains tersebut. Saya cuma memerhatikan sahaja.

Murid-murid melawat ke tempat pameran agensi anti dadah dalam sekolah tersebut.
Murid juga masuk ke dalam bas bergerak yang menempatkan pelbagai koleksi peralatan elektrik dan elektronik untuk di praktikkan. Dahsyat!!!

Saya turut membawa murid ke dalam Pusat Sumber sekolah di mana persembahan multimedia diadakan dan menjelaskan kepada mereka bahawa setiap kerja yang dilakukan seharusnya diberikan penjelasan. Saya berharap mereka dapat menjadi yang lebih baik sekiranya karnival seperti ini diadakan di Kinabatangan.

Kanak-kanak kecil ini memasuki ruang surau di sekolah tersebut. Cantik dan kemas surau ini cikgu. Kata mereka sambil tersenyum dan memandang ke sana ke mari. Alhamdulillah.


Pelajar ini menerangkan sesuatu tentang pembinaan blok yang diperbuat dari straw dan kegunaan mikroskop dalam sesuatu eksperimen.



Selepas habis karnival di waktu tengahari jam 12.00pm. Kami semua melawat Norazzah Afizah Jailani di Wad 6 Hospital Lahad Datu. Kelihatan ibunya ada bersama. Kami semua mendoakan agar Azzah sembuh dan boleh belajar seperti biasa dan dihindari dari sakit tenat. Amin.


iLuvIslam

Jumaat, 30 April 2010

Karnival Sains 29April

Assalamualaikum dan salam muhibbah kepada semua. Pada 29April2010, saya bersama Cikgu Faizal mengiringi murid Sek.Keb.Paris 3 yang seramai 9 orang ke Karnival Sains Anjuran PPD Lahad Datu yang bertempat di Sek.Keb.Pekan Lahad Datu. Suasana amat meriah dan penyertaan sekolah yang terdekat amat menggalakkan.

Ini adalah suasana dalam bilik reka cipta kereta solar. Komponen solar tersebut diperolehi dari USM dan diedarkan oleh Eureka. Menarik tertarik dikau memang HEBAT! Itu ungkapan yang boleh diberikan kepada murid-murid SMK yang terlibat dalam pertandingan ini. Anak-anak saya membuat laporan bertulis dalam kertas yang saya berikan.

Saya bersama seorang guru dari Felda Sahabat 16 yang datang dari jauh untuk memeriahkan lagi karnival ini. Anak-anak murid saya bertemubual bersama cikgu ini. Walaupun cikgu ini mengajar di SMK, namun beliau tetap ramah mesra terhadap kanak-kanak. Seterusnya murid menyaksikan pameran yang disediakan di ruang pameran. MENAKJUBKAN!!!

Saya bersama PK-HEM S.K.Pekan iaitu Cikgu Salam. Beliau banyak membantu saya bermula dari 28hb April lagi sewaktu saya datang seawal pagi. Alhamdulillah beliau sudi untuk membantu dalam menjayakan program anti dadah di peringkat sekolah untuk dikongsikan bersama pengalaman dan idea. Terima kasih Cikgu Salam.

Ketika ini, murid diberikan peluang untuk melihat teleskop yang digunakan untuk melihat bintang. Malangnya, acara waktu malam tiada. Maka mereka diberikan peluang untuk melihat matahari. "Cikgu, tiada bintang pun dan planet lain" itu lah luahan kata-kata anak murid ku yang cuba untuk belajar tentang cakerawala alam semesta ciptaan ALLAH yang Maha Kuasa.

Ketika ini, Cikgu Faizal dan saya membawa murid ke ruang SAINS. Guru Sains mengadakan demonstrasi bagi kejadian gunung berapi. Wah! Hebatnya!!! kata-kata murid ketika menyaksikan sendiri tindak balas asid dan alkali.

Kelihatan Sharmizan murid tahun 5Proaktif sibuk menulis sedikit nota di atas pemerhatian yang dilakukan. Seterusnya menulis pendapat dan kegembiraannya datang ke karnival ini.

Ketika sesi bergambar sebelum memulakan pengembaraan ke seluruh ruang pameran. YahooOoOo.

Saya sempat bergambar bersama Ketua Unit Sains PPD Lahad Datu iaitu Tuan Hj. Suharpi dan juga bersama Profesor iaitu pensyarah dari USM iaitu Profesor Haslan. Murid bergambar bersama guru yang baru lepas ditemubual.

Dalam pusat akses ini, murid mempelajari internet. Dalam masa sama, saya buka Facebook dan juga ruang BLOG saya untuk murid melihat dan merasai pengalaman sendiri bermain internet. Ini adalah salah satu langkah ke arah memajukan bidang teknologi maklumat ke setiap genap peringkat masyarakat. Moga selepas ini, anak murid saya juga dapat bina BLOG yang jauh lagi hebat. Amin.

Sesi temubual bersama peserta reka cipta masakan secara semulajadi menggunakan aluminium. Murid S.K.Paris 3 berebut-rebut mengajukan soalan dan membuat catatan bagi setiap keterangan yang diberikan. Alhamdulillah. Murid cuba mempelajari kaedah menemubual dalam mencari maklumat. Tidak berpusatkan GURU. Itu yang menjadi matlamat murid datang ke sini. Objektif Tercapai. YahoOoOoOo...

Angkasawan mana pula ini??? Dato Sheik Muzaffar ker? Sudah tentu tidak. Ini hanyalah replika. Murid sempat mengambil gambar sebagai kenangan. Saya mendoakan agar ada diantara anak murid saya akan menjadi saintis Islam yang berjaya dan seterusnya dapat meneruskan kajian sains dengan lebih baik berasaskan Islam. Amin.

Tamat untuk waktu ini.

Tunggu lah untuk laporan kedua Karnival Sains ini ya???
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Klik Sini

Related Posts with Thumbnails