SILA KLIK SINI JUGA

FoLLow3rS

Iklan

Pertandingan Memasak 2015 SK Lahad Datu III

Jumaat, 30 Mac 2012

Maklumat ICT 2012

Kini laman web PKG Sandakan sudah boleh di akses.

Sebelum ini, saya pernah mencuba untuk akses laman web tersebut, tetapi tidak dapat dibuka. Alhamdulillah, kini sudah pun beroperasi.



Dalam minggu ini, saya mendapat satu berita baik daripada Encik Rasyid selaku Juruteknik Komputer di sekolah menyatakan bahawa Pusat Akses sekolah mendapat 4 BINTANG dalam penilaian tahun 2011. Seterusnya, saya lihat laman ini untuk buat semakan


DAN DIBAWAH INI IALAH HASILNYA 




MAKLUMAT TAMBAHAN DISINI 

Seterusnya, saya teruskan jua penjelajahan dalam alam maya (internet) untuk mendapatkan beberapa cerita mengenai ICT, mana lah tau jika ada maklumat yang boleh dikongsikan dan dimanfaatkan bersama





Kemudian, saya masuk ke laman web ini http://www.tree.com.my untuk melihat kembali, perkara-perkara yang pernah dilaksanakan semasa cuti. Hehehe. Sungguh tak sangka, sudah lama tidak masuk ke laman itu. 



Sekarang sudah tiba masanya untuk aktifkan kembali kemahiran ICT.
 Pada minggu hadapan, saya akan menjalani kursus ICTL untuk guru bahasa inggeris yang mengajar tahun 5. Alhamdulillah, kerana berpeluang untuk pergi kursus ICT sebegitu yang ada kaitan secara langsung dengan PNP. Ini ialah satu peluang yang jarang diperolehi. 

BEBERAPA MAKLUMAT TAMBAHAN UNTUK PERKONGSIAN BERSAMA (ICT-ONLINE)

(sumber dibawah ini diperolehi dari laman web PKG Sandakan)

PANDUAN STS (MANUAL PENGISIAN LAPORAN KEROSAKAN PERALATAN ICT SEKOLAH)

GARIS PANDUAN OPERASI PELAKSANAAN PENYELENGGARAAN PERALATAN ICT SEKOLAH KPM



Sekian 

Tambahan untuk Pusat Sumber Sekolah




Kelas Intensif Sains 2012 (Refleksi-1)

Minggu (1)

Pada hari Rabu dan Khamis (28,29-Mac-2012) kelas intensif untuk subjek sain telah dilaksanakan di kelas Pra-Sekolah bermula jam 12.15-1.15pm. Kelas pada kali ini saya ambil bagi menggantikan guru yang bertugas di luar sekolah.

Pada rabu, saya masuk ke kelas kumpulan A. Teknik yang digunakan pada kali ini ialah mengulangkaji subjek sains bagi topik tahun 4 bermula dengan Investgating of Living Things. Kebanyakan murid masih lagi lemah dalam sub-topik nombor 2 iaitu tajuk Life Processes. Kesilapan menjawab soalan sebanyak 5 soalan. Manakala bagi murid kumpulan B yang diadakan pada hari Khamis pula, menjangkau sehingga 9 kesalahan da kesilapan menjawab.

Semua murid yang hadir dalam sesi kelas kali ini, menyatakan bahawa topik ini masih lagi lemah dan memerlukan lebih ulangkaji.

Seterusnya, saya akan berbincang dengan cikgu sains yang lain untuk bersama memikirkan cara dan teknik berkesan untuk mengatasi masalah ini.

Bagi topik 1 dan 3 iaitu Basic Needs & Animals and Plants Protect Themselves, rata-rata murid dapat menjawab dengan baik iaitu 10 betul daripada 12 soalan.

InsyaALLAH, beberapa siri latihan ulangkaji akan diberikan kepada semua murid tahun 6 untuk memperbaiki dan mengukuhkan lagi kefahaman sains terutama dari segi FAKTA bagi membantu menjawab soalan sains UPSR dalam bahagian A.


Aktiviti Kelab Pencinta Alam (Barang Kitar Semula)

Pada hari Rabu lepas (28-Mac-2012) Kelab Pencinta Alam telah mengadakan aktiviti dalam perjumpaan kokum kali ini yang bertajuk Barang Kitar Semula.

Beberapa gambar menjadi perkongsian kali ini.

Terima kasih kepada semua murid yang terlibat.







Sekian


Minggu Bahasa (mesyuarat panatia bahasa inggeris)




Ketua Panatia BI En. Nordin mengirim SMS kepada saya pada hari Rabu mengatakan ada mesyuarat khamis ini (semalam). Dalam mesyuarat kali ini, perkara utama yang dibincangkan ialah Minggu Bahasa yang akan diadakan pada minggu hadapan bermula 3 hingga 6 April 2012 (Isnin-Jumaat).



Saya telah diberikan tanggung jawab untuk mengelolakan aktiviti Story Telling.

Maka, pada hari ini (disaat ini) saya telah mencari beberapa cerita berbahasa inggeris yang panjang dan pendek. Berikut merupakan laman web yang menjadi rujukan saya




1. http://www.eastoftheweb.com/short-stories/childrenindex.html

2. http://www.freechildrenstories.com/

Antara cerita yang saya ambil ialah seperti berikut

1. The Frog Prince

2. The Dragon Rock

3. How Many Frogs Live in Frog Town?




4. Don't Judge a Book




Ini adalah pertama kali saya mengelolakan aktiviti seperti ini. Sekalipun saya ambil subjek Bahasa Inggeris sebagai subjek minor dalam KPLI (SR) di IPGM Teknik KL. Namun, banyak perkara mengenai Bahasa Inggeris masih lagi dalam pembelajaran secara berterusan.




InsyaAllah, usaha yang sedikit dan berterusan dapat mengumpul banyak pengalaman.

Yang penting cekalkan niat dan betulkan niat untuk usaha yang betul dan diredhai Allah.



Pelancaran Program UPSR 2012




Pada 27-Mac-2012 bersamaan dengan hari Selasa, pihak pentadbir SK Paris 3 telah mengadakan satu majlis ringkas untuk pelancaran Program Kecemerlangan Akademik UPSR 2012 yang dirasmikan oleh Tuan Guru Besar Encik Norazam bin Ahmad.




Dalam ucapan beliau (guru besar), banyak amanat yang diberikan dan kata-kata semangat untuk semua murid dan guru agar bersama berganding bahu dalam mencapai kecemerlangan yang di inginkan.




Pengorbanan harus dilakukan oleh murid-murid untuk hadir dalam setiap aktiviti yang disediakan terutama kelas intensif (kelas tambahan) yang diadakan pada waktu petang. Guru-guru yang mengajar dalam kelas intensif ini tidak mendapat apa-apa elaun mahupun bayaran tambahan, maka murid-murid mesti datang untuk bersama menjayakan dan menghargai pengorbanan guru-guru yang terlibat secara langsung.




Dalam pada itu, sesi penyerahan anak angkat dalam program mentor mentee turut dilaksanakan di akhir majlis ini. Pada tahun ini (2012), saya mendapat 3 orang anak angkat (2 perempuan dan 1 lelaki). Program ini juga kesinambungan dari program yang pernah diadakan pada tahun lepas.

Semoga program yang dirancangkan pada tahun ini mendapat rahmat dan keberkatan daripada Allah Subhanallah Taala. Amin.



EMISonline @ 29Mac2012





Rabu, 28 Mac 2012

MEDICINE - Kerana Cinta



Brother Rock

Sekian, selamat menghiburkan diri.

Yang tidak rock,
Mus
28-Mac-2012
Rabu malam khamis

Khamis, 22 Mac 2012

ICTL Year Five Primary School

Berikut merupakan beberapa maklumat yang diperolehi sepanjang di Internet...



Sumber : http://ictakademik2u.blogspot.com/




Instrumen Pemantauan ICTL Sekolah Rendah

Sumber : http://www.scribd.com/doc/16548256/Instrumen-Pemantauan-ICTL-Sekolah-Rendah


MODUL & SOFTWARE ICTL YEAR 1 - 5

http://www.moe.gov.my/bpk/index.php?option=com_docman&task=cat_view&gid=35&Itemid=73





TAKLIMAT PELAKSANAAN PROGRAM ICTL DAN MATA PELAJARAN ICT



Sumber : http://www.docstoc.com/docs/24199307/TAKLIMAT-PELAKSANAAN-PROGRAM-ICTL-DAN-MATA-PELAJARAN-ICT


Sekian

6.23pm
22-Mac-2012

Temasya Sukan 2012 Sekolah Kebangsaan Paris 3 Kinabatangan

Berikut Merupakan Gambar pada hari terakhir (22-Mac-2012)

Klik pada gambar untuk muat turun semua gambar dalam album (Picasa)



Sekian

3.55petang
22-Mac-2012
Khamis

Rabu, 21 Mac 2012

Hati Berputar

Assalamualaikum




Syukur ke hadrat Allah Subhanallah Taala, yang Maha Kaya, Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Sekiranya kita mengetahui ajal maut kapan sampai nanti, sudah pasti banyak perkara yang perlu di tinggalkan dan dipersiapkan.




Siapakah manusia yang bijak?

Ingat mati dan bersedia untuknya.

InsyaALLAH.




Ahad, 18 Mac 2012

Fair play! Vittorio Esposito (Termoli) intentional missed penalty



Permainan yang sangat mengujakan hati dan perasaan diriku hingga rasa nak tendang itu bola juga

Video of The Week (1)



Mari belajar tentang buah-buahan (klik video dibawah ini)



Ok ker tidak???

Just find @ Youtube



Sabtu, 17 Mac 2012

Sains Tahun 5 (Siri 1)

Mari kita ulangkaji sains tahun 5


NOTA SAINS TH5


Lagi nota sains dengan PETA MINDA

year 5 - mind map-bm


Jom uji minda dengan soalan di bawah

(soalan uji minda akan dimasukkan tidak lama lagi)

Sekian.

Test 1 (Sains Tahun 4 / 2012)

https://docs.google.com/presentation/d/1tW1YA7iyuXevg1BgFWYe82i0jS5hJUInHojR7-peB2Y/edit



Jom cuba permainan di bawah ini pula



Game Score Certificate






Idea ini adalah hasil nukilan dari rakan-rakan guru yang banyak berusaha untuk meningkatkan mutu PNP secara dalam talian (online). Maka, saya ambil masa cuti ini (bulan MAC) untuk merancang dan menjana beberapa siri ulangkaji dan nota sains menggunakan internet.



Testing (1)






Alhamdulillah.

Sekiranya, ada komen sangat di alu-alukan.

Tamat dikemaskini
2.21 pm
17-Mac-2012
Sabtu

Rahsia nombor dalam Islam - Rahsia disebalik nombor, tarikh kelahiran dan sebagainya. | Islamic Tazkirah Online

Rahsia nombor dalam Islam - Rahsia disebalik nombor, tarikh kelahiran dan sebagainya. | Islamic Tazkirah Online:

'via Blog this'

Teknik Menjawab Soalan Sains Bahagian B - Siri 1

Pada kali ini, mari kita lihat beberapa perkara penting yang perlu di ambil perhatian ketika hendak menjawab soalan sains pada Bahagian (B).


Bagi murid yang ingin Skor A - sains UPSR , 3 perkara penting perlu dikuasai iaitu :-
1.  Fakta Sains ( Bahagian A )
2.  Kemahiran Proses Sains     ( Bahagian B )
3.  Kemahiran Berfikir ( Bah. A dan B )




Cuba dapatkan markah maksimum , murid pastikan :-
1.Bahagian A , betul 25 dan ke atas  daripada 30 markah penuh
2. Bahagian B , betul 15 dan ke atas daripada  20 markah penuh 
Perkara yang perlu diketahui
MENGAWAL PEMBOLEHUBAH/ CONTROLLING VARIABLES
Tiga jenis pembolehubah :
Pembolehubah yang dimanipulasikan Pembolehubah yang diubah-ubah
,
Pembolehubah yang bergerakbalas    Hasil dari eksperimen

Pembolehubah yang dimalarkan     Pembolehubah yang sentiasa sama sepanjang eksperimen



aim/ to find out/ purpose
tujuan/ tajuk

keyword;
To investigate the relationship between the(wtc) and the (wto)
Untuk mengkaji hubungan antara (pm) dengan (pb)
               

Example;
To investigate the relationship between the water temperature and the time taken for ice to melt.

Untuk menyiasat hubungan antara suhu air dengan masa yang diambil oleh ais  untuk melebur

Tips : kenal pasti pemboleh ubah dimanipulasikan(PM) dan 
           kenal pasti pemboleh ubah bergerak balas (PB).             


KLIK BAWAH UNTUK UJI MINDA   

Jumaat, 16 Mac 2012

Bayaran Insentif Tawaran Baru (BITB) 2011



KUALA LUMPUR: Seramai 14,000 warga pendidik daripada 403 sekolah rendah di seluruh negara menerima ganjaran keseluruhan berjumlah hampir RM15 juta menerusi Bayaran Insentif Tawaran Baru (BITB) 2011 hasil usaha mereka meningkatkan kualiti pendidikan ke tahap lebih tinggi sekali gus menyahut seruan kerajaan melalui Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA).
Pada tahun lalu juga, sasaran kerajaan memastikan empat peratus guru besar yang layak menerima ganjaran tercapai iaitu daripada 7,635 sekolah rendah seluruh negara sebanyak 403 sekolah termasuk di luar bandar layak menerima anugerah Tawaran Baru Guru Besar (TBGB).



Menerusi ganjaran itu, setiap guru besar terpilih menerima bonus RM7,500 diikuti lima peratus guru terbaik daripada keseluruhan guru di sekolah itu menerima RM1,800 manakala selebihnya RM900 selain RM500 kepada kakitangan sokongan.



Modul Sains Guru dan Murid

Modul sains yang dimasukkan dalam blog ini, merupakan perkongsian dalam laman web SCRIB. Saya masukkan di sini, supaya lebih mudah untuk berkongsi bersama rakan dan juga murid di sekolah untuk sesi perbincangan. Semoga modul ini juga memberi manfaat kepada semua yang ingin menggunakannya.


Modul Guru Sains

Modul Sains1

Rujukan : http://www.scribd.com/doc/34256590/Modul-Sains1





Modul Sains (PPD Batu Pahat)

Science Module Chapter Kandungan Penuh


Rujukan : http://www.scribd.com/doc/54139943/Science-Module-Chapter-Kandungan-Penuh


Lagu Sains



Ulangkaji Sains Bahagian B - Siri 2

Kali ini, soalan yang diambil dari sekolah lain untuk dikongsikan bersama.

Selamat mencuba.

Soalan -Siri (2)

Table 1 shows the data gathered in an investigation conducted by a group of pupils.
Jadual 1 menunjukkan data yang dikumpulkan dalam satu penyiasatan yang dijalankan oleh sekumpulan murid.


Day
Hari
1
2
3
4
5
6
7
Number of caterpillar
Bilangan beluncas
160
140
120
100
80
80
40
Number of bird
Bilangan burung
12
16
20
24
18
18
6




a.      What is the trend of the number of animals in one week?
Apakah corak perubahan bilangan haiwan dalam satu minggu?

i.                    The number of caterpillar :
Bilangan beluncas               : 

_________________________________________________


ii.                  The number of bird            :
Bilangan burung                 : 

_________________________________________________


      
Based on the investigation above, State ;
Berdasarkan penyiasat di atas, nyatakan;

i.                    What is change      :
Apakah yang diubah ( dimanipulasi )
_____________________________________________________________________

ii.                  What is observed   :
Apakah yang diperhatikan (bergerak balas )
_____________________________________________________________________

INGIN LEBIH CABARAN ? KLIK BACA TERUS DIBAWAH INI  

Mempunyai banyak info tentang TIPS, Video dan juga Latihan ringkas (silangkata)

Khamis, 15 Mac 2012

Ulangkaji Sains Bahagian B -Siri (1)

Permulaan untuk mengulankaji pelajaran Sains bahagian B (struktur) subjek UPSR

Soalan (1)

Dalam satu penyiasatan, sekumpulan murid mengumpul maklumat seperti dalam jadual 1.



Jenis hidupan
Bilangan degupan jantung semasa rehat / minit
Ikan paus
9
Gajah
25
Manusia
70
Anjing
140
Burung layang-layang
500



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Klik Sini

Related Posts with Thumbnails