Kehadiran pada kali ini seramai 13 orang murid yang sememangnya ahli yang dipilih dari Unit Kokum.
Pendedahan yang diberikan lebih kepada habitat binatang (hutan) dan kehilangan tumbuhan (penebangan pokok). Selain dari itu, murid juga ditunjukkan beberapa gambar mengenai menjaga kebersihan sekeliling dan juga beberapa contoh iklan/memo yang diletakkan dalam papan tanda supaya orang awam menjaga kebersihan bersama supaya tidak dikenakan denda.
Berikut merupakan beberapa keping gabar aktiviti ahli kelab pada hari semalam (RABU)
Gambar di atas, murid sedang melihat beberapa keping gambar dan juga video mengenai alam sekitar.
Murid melukis di atas kertas manila kad dengan meniru gambar binatang serta tumbuhan.
Murid dapat meniru dengan baik dan menilai kepentingan haiwan dan tumbuhan untuk manusia dan generasi akan datang. InsyaALLAH setelah siap semua gambar itu, akan digunakan untuk dilekatkan dalam ruang sudut Kelab Pencinta Alam Sekolah.
Terima kasih kepada semua ahli Kelab Pencinta Alam yang hadir pada hari ini.
Proses untuk mendaftar ahli di sekolah kepada Kelab Pencinta Alam Malaysia dalam proses dan dijangka selesai selepas cuti sekolah ini. InsyaALLAH.
Sekian, terima kasih.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan