SILA KLIK SINI JUGA

FoLLow3rS

Iklan

Pertandingan Memasak 2015 SK Lahad Datu III

Memaparkan catatan dengan label KelabPencintaAlam. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label KelabPencintaAlam. Papar semua catatan

Ahad, 5 Mei 2013

Hasil Kerja Murid (Papan Tanda) Kelab Pencinta Alam

Kawasan KANTIN 
Papan tanda : Keceriaan Kantin
Hasil: Murid tahun 4, 5 dan 6.
Kualiti : TERBAIK (yang dipilih oleh pihak kantin)

Perkongsian gambar








Jumaat, 19 April 2013

Kempen/Kursus Siri 1 Kitar Semula dan Guna Semula (Kelab Pencinta Alam)

Aktiviti ini telah selamat dilaksanakan pada 17-April-2013 (Rabu) bermula 2.00pm-3.00pm di kawasan lapang di belakang pejabat sekolah.

Terima kasih kepada semua murid yang menunjukkan kesungguhan dan memberik kerjasama dalam menjayakan aktiviti pada kali ini.

Perkongsian Gambar

Murid mengambil kotak yang berisi kertas/kotak/sampul surat dari KOTAK BESAR 
(kotak besar itu, saya letak dalam bilik guru sebagai bekas untuk mengumpul bahan yang diperbuat dari kertas sahaja. Maka guru@kerani akan meletakkan bahan yang tidak digunakan (dari kertas) dalam kotak)

Murid diberi tugasan untuk menyatakan 2 perkara.

1. Benda/bahan/peralatan yang boleh diguna semula

2. Nyatakan kegunaan dan lukis gambar 




Selasa, 9 April 2013

KEMPEN KITAR SEMULA BAHAN DARI KERTAS

Sebentar tadi, saya baru pulang dari pusat kitar semula di Lahad Datu (terletak di Dynason tempat futsal) untuk menghantar 3 kotak kertas terpakai dari setor sekolah.

Terima kasih kepada murid tahun 6 Progresif yang membantu mengangkat 
kotak berisi fail dan kertas-kertas lama (terpakai) untuk dikitar semula.





Terima kasih kepada Ustazah Mastura dan Ustazah Hasmawati yang sudi menunggu saya sewaktu proses penghantaran barang kitar semula itu dijalankan.

Terima kasih juga kepada Puan Nelia yang mengumpulkan bahan-bahan itu di sekolah untuk saya bawa ke tempat kitar semula ini.

Atas sokongan daripada tuan Guru Besar En. Norazam bin Ahmad, program ini dapat dilaksanakan dengan baik (Beliau memberi kebenaran untuk kitar semula iaitu jual barang/kotak/kertas terpakai di sekolah ke pusat kitar semula). InsyaALLAH, satu program kitar semula secara peringkat demi peringkat akan dilaksanakan di sekolah.

Perkongsian gambar sewaktu di pusat kitar semula

Kertas itu diletakkan di atas timbangan (elektronik)


Bacaan menunjukkan 39.8kg (dibundarkan kepada puluh yang hampir iaitu 40kg)


Cara pengukuran jisim bagi kotak dan kertas di atas sebuah timbangan.



MURID DAPAT MEMPELAJARI KITAR SEMULA DAN 
JUGA ALAT TIMBANGAN ELEKTRONIK.

DI SAMPING ITU, MURID DAPAT MENGETAHUI TEKNIK MEMBUAT BUNDAR KAN NOMBOR DALAM MATEMATIK

SELAMAT BERKONGSI 



(SAYA TELAH MENDAPAT RM6.00 BAGI JUALAN KITAR SEMULA PADA KALI INI DAN 
AKAN DIMASUKKAN DALAM TABUNG KHAS IAITU KEMPEN KITAR SEMULA)



DIKEMASKINI KEMBALI 10 APRIL 2013


Rabu, 3 April 2013

Aktiviti Kelab Pencinta Alam (Membina Papan Tanda dan Kitar Semula)

Rabu
3 April 2013
12.30pm - 1.30pm (1 jam)
Anjung RMT SK Paris 3 Kinabatangan

Alhamdulillah, perjumpaan kelab kali ini mendapat sambutan yang sangat memberangsangkan dari semua ahli kelab dan juga warga sekolah (bukan ahli kelab).

Aktiviti pada hari ini

1. Membina papan tanda bagi tujuan keceriaan kawasan kantin sekolah dan anjung RMT.

2. Mempelajari kitar semula bahan yang diperbuat dari kertas khusus kotak-kotak lama.


Perkongsian gambar









Rabu, 13 Februari 2013

Carta Organisasi Kelab Pencinta Alam

Tahun 2013


CARTA ORGANISASI KELAB PENCINTA ALAM 2013
Jawatankuasa Induk
Penasihat                    : En. Norazam bin Ahmad                               Guru Besar

Pengerusi                    : En. Joenas Quirinus                                       GPK Kokurikulum

Naib Pengerusi            : 1) En. Zainudin bin Ahmad                           GPK Kurikulum
                                      2) En. Emran bin Sumanggil @ Anggir         GPK HEM

Setiausaha                   : Cik Maznie binti Sanin

Bendahari                   : Ustazah Harirah binti Mamat

Guru Penasihat           :   1) En. Mohd Mustakim bin Kamarudin (K)
                                      2) En. Nordin Nagormira Kamal
                                      3) En. Rahmat Ahmad
                                      4) En. Mohd Syahar bin Barkat Ali


Jawatankuasa Kelab Pencinta Alam 2013

Pengerusi                    : EDHAMSHAH JATIN (6PA)

Naib Pengerusi            : DANG INTAN BAIDURI (6PG)

Setiausaha                   : MOHAMMAD HAFSAM SHAH (6PG)

Bendahari                   : NURUL FATIN (5PA)

Ahli Jawatan Kuasa (AJK)
1. JERRY ROELAND (6PG)                               4. MARY LEIGH ANGELINE C (5PA)

2. NUR SYAZWANI KAHAR (5PG)                 5. HARYANNIE SYAFFIQA SAFRI (4PA)

3. MOHAMAD HASMIN (5PG)                        6. MOHAMMAD HAFIZ ROSLE (4PG)

Selasa, 12 Februari 2013

Senarai Fail / Dokumen dan Surat berkaitan Kelab Pencinta Alam

Dalam enteri kali ini, saya kongsikan beberapa perkara yang telah di usahakan sebelum ini untuk gerakan kokurikulum Kelab Pencinta Alam SK Paris 3 Kinabatangan.



Tanggung jawab guru penasihat (kelab / persatuan)



Surat Perlantikan Guru Penasihat (Kelab / Persatuan)




Surat Kelulusan Penubuhan (kelab / persatuan)




Perlembagaan Kelab Pencinta Alam 




Pelan Taktikal Kelab Pencinta Alam







TATACARA PENUBUHAN KELAB / PERSATUAN DI SEKOLAH




PENGURUSAN FAIL (KELAB / PERSATUAN) secara asas sahaja


DOKUMEN DI BAWAH DIGUNAKAN BERMULA TAHUN 2013



























1. SURAT PANGGILAN MESYUARAT KOKURIKULUM BIL. 1/2013
2. SENARAI NAMA AHLI KELAB PENCINTA ALAM 2013
3. FORMAT LAPORAN BAGI PERJUMPAAN PERTAMA (MESYUARAT AGUNG) 2013
3. FORMAT LAPORAN BAGI PERJUMPAAN SETERUSNYA SEPANJANG TAHUN 2013.


Alhamdulillah.

Terima kasih kepada En. Joenas selaku GPK Kokurikulum yang banyak membantu saya dalam perlakasaan aktiviti kelab dan juga cikgu Joenas selaku Setiausaha Kokurikulum yang membantu saya dalam menyediakan dokumen, fail, borang, format laporan yang berkaitan dengan aktiviti kelab, sukan dan juga unit beruniform PENGAKAP KANAK-KANAK.

Terima kasih kepada semua guru-guru penasihat yang membantu usaha kokurikulum setiap hari Rabu.

Sekiranya ada komen, sangat di alu-alukan.

Saya dalam proses pengemaskinian fail/dokumen untuk Kelab Pencinta Alam dan juga Pengakap Kanak-kanak dalam menyahut seruan peningkatan mutu pengurusan kokurikulum 2013 supaya bertambah baik berbanding sebelum ini. InsyaALLAH.

                                                                                          



SEKIAN









Rabu, 6 Februari 2013

Aktiviti Kelab Pencinta Alam

Rabu
Masa 2.00 - 3.00 petang
Tempat SK Paris 3 Kinabatangan (Kantin)

Alhamdulillah, pada hari ini perjumpaan pertama KPA telah diadakan mengikut masa yang dirancangkan.

Perlantikan AJK telah pun dibuat.

Perancangan aktiviti tahunan mengikut seperti takwim sebelumnya (2012).

Semoga usaha KPA pada tahun ini lebih meriah dengan kerjasama yang erat antara guru-guru dan murid-murid. InsyaALLAH

Perkongsian aktiviti bergambar

Murid diminta untuk membuat kad ucapan ringkass berkenaan dengan alam sekitar



Cikgu Nordin selaku guru penasihat turut serta sepanjang aktiviti ini.




Terima kasih kepada semua guru dan murid yang menjayakan perjumpaan pertama ini.

Moga kita jumpa lagi. InsyaALLAH


Jumaat, 30 Mac 2012

Aktiviti Kelab Pencinta Alam (Barang Kitar Semula)

Pada hari Rabu lepas (28-Mac-2012) Kelab Pencinta Alam telah mengadakan aktiviti dalam perjumpaan kokum kali ini yang bertajuk Barang Kitar Semula.

Beberapa gambar menjadi perkongsian kali ini.

Terima kasih kepada semua murid yang terlibat.







Sekian


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Klik Sini

Related Posts with Thumbnails