SILA KLIK SINI JUGA

FoLLow3rS

Iklan

Pertandingan Memasak 2015 SK Lahad Datu III

Selasa, 9 April 2013

KEMPEN KITAR SEMULA BAHAN DARI KERTAS

Sebentar tadi, saya baru pulang dari pusat kitar semula di Lahad Datu (terletak di Dynason tempat futsal) untuk menghantar 3 kotak kertas terpakai dari setor sekolah.

Terima kasih kepada murid tahun 6 Progresif yang membantu mengangkat 
kotak berisi fail dan kertas-kertas lama (terpakai) untuk dikitar semula.





Terima kasih kepada Ustazah Mastura dan Ustazah Hasmawati yang sudi menunggu saya sewaktu proses penghantaran barang kitar semula itu dijalankan.

Terima kasih juga kepada Puan Nelia yang mengumpulkan bahan-bahan itu di sekolah untuk saya bawa ke tempat kitar semula ini.

Atas sokongan daripada tuan Guru Besar En. Norazam bin Ahmad, program ini dapat dilaksanakan dengan baik (Beliau memberi kebenaran untuk kitar semula iaitu jual barang/kotak/kertas terpakai di sekolah ke pusat kitar semula). InsyaALLAH, satu program kitar semula secara peringkat demi peringkat akan dilaksanakan di sekolah.

Perkongsian gambar sewaktu di pusat kitar semula

Kertas itu diletakkan di atas timbangan (elektronik)


Bacaan menunjukkan 39.8kg (dibundarkan kepada puluh yang hampir iaitu 40kg)


Cara pengukuran jisim bagi kotak dan kertas di atas sebuah timbangan.



MURID DAPAT MEMPELAJARI KITAR SEMULA DAN 
JUGA ALAT TIMBANGAN ELEKTRONIK.

DI SAMPING ITU, MURID DAPAT MENGETAHUI TEKNIK MEMBUAT BUNDAR KAN NOMBOR DALAM MATEMATIK

SELAMAT BERKONGSI 



(SAYA TELAH MENDAPAT RM6.00 BAGI JUALAN KITAR SEMULA PADA KALI INI DAN 
AKAN DIMASUKKAN DALAM TABUNG KHAS IAITU KEMPEN KITAR SEMULA)



DIKEMASKINI KEMBALI 10 APRIL 2013


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Klik Sini

Related Posts with Thumbnails