SILA KLIK SINI JUGA

FoLLow3rS

Iklan

Pertandingan Memasak 2015 SK Lahad Datu III

Isnin, 28 Februari 2011

HEM Meeting-1 (2011)

Pada 26-Feb-2011 (sabtu) Meeting pertama HEM telah selamat dijalankan yang dipengerusikan oleh En.Emran Sumanggil selaku PK-HEM baru disekolah kami yang masuk pada tahun lepas menggantikan Puan Zaidah yang berpindah ke Sek.Keb.Sentosa Jaya.

Banyak agenda yang dibincangkan dalam meeting pertama ini.

Seterusnya GB memberikan kata-kata amanat kepada semua guru dan peringatan tentang beberapa perkara antaranya ialah MENGHANTAR BUKU REKOD MENGAJAR dan MENGEMASKINI BUKU KEDATANGAN MURID.

Sebelum ini, saya merupakan guru kelas bagi tahun 4 Proaktif. Banyak kelemahan dan kesilapan yang saya perlu tingkatkan dan perbaiki. InsyaAllah. Kata-kata GB dan En.Emran banyak mengingatkan saya akan beberapa perkara yang perlu dilaksanakan selaku tanggung jawab sebagai guru.

Setelah selesai meeting tersebut, saya dan cikgu Zul Haimy segera untuk mengemaskini setiap fail panitia sains dan dibantu oleh Puan Saedah. Rata-rata semua panitia mengambil tindakan yang sama. Dalam pada itu, saya juga mengemaskini Fail Meja (Ketua Panitia dan Guru Data) untuk tatapan PPDK yang bakal adakan lawatan Jalinan Permuafakatan pada 28-Feb-2011.

Entri ini dimasukkan kemudian atas faktr kekangan masa.

Walaubagaimana pun, meeting HEM adalah penting bagi semua guru untuk mengenal pasti akan tanggungjawab dan jalan penyelesaian sebagai satu wadah tempat bertanya sekiranya terdapat kemusykilan





dan beberapa perkara yang tidak pasti hendak dilaksanakan.

Sekian.

-MMK_

11.01pm (balik untuk rehat) Esok ada TEST untuk Sains tahun 6 dan Bahasa Inggeris Tahun 4 ;)

Good luck and may Allah bless u always... Amin (InsyaALLAH)

Projek Sains 2011



Pada Sabtu lepas 26-Feb-2011 Encik Hilman selaku Penyelaras Projek bagi Panitia Sains telah membuat tinjauan bagi tapak projek yang hendak dilaksanakan pada tahun ini. Projek tersebut ialah taman botani.

Adalah diharap semua pihak dapat memberikan kerjasama kepada panitia kami untuk memajukan projek yang bakal dilaksanakan pada tahun ini. Sumbangsaran idea semua pihak amat dialukan dan bleh kemukakan kepada En.Hilman selaku penyelaras projek bersama En. Zul Haimy.

Saya menyokong penuh akan niat murni En.Hilman. Syabas dan tahniah kerana memulakan langkah awal bagi memerhatikan tapak projek. Kerjasama En.Hilman dalam pembangunan pergerakan aktiviti panatia sains sekolah saya amat berbangga sekali.

Sekian.

Jalinan Permuafakatan

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua khususnya warga pendidik. Satu pertemuan JALINAN PERMUAFAKATAN telah selamat diadakan di sekolah saya pada hari ini (28-Feb-2011) mula jam 10.00pagi dalam Bilik Gerakan.

Kedatangan para jemputan (PPDK) sememangnya dinantikan sejak dari awal pagi lagi. Namun begitu saya tetap masuk ke kelas seperti biasa selepas tamat sesi perhimpunan untuk PNP Bahasa Inggeris bersama kelas 4Proaktif. Setelah tamat kelas (8.45am) pihak jemputan masih tidak hadir lagi, maka saya menuju ke kantin untuk bersarapan pagi dahulu(perut lapar) bagi membuat persiapan diri sekiranya ada persoalan yang perlu dijawab (dalam keadaan perut kenyang) maka tidak menjadi masalah bagi ku.

Puan Suzani memulakan majlis dan seterusnya meminta saya untuk membaca doa (ringkas padat) supaya majlis permuafakatan ini diberkati. Amin ya rabbal a-lamin.

Guru Besar En.Norazam Ahamad telah memulakan sesi pembentangan pertamanya dengan Maklumat, sejarah dan info serba sedikit tentang sekolah. Setelah hampir sejam, pada jam 11.00pagi GB membentangkan HEADCOUNT matapelajaran dan juga SOALAN yang biasa keluar. Perkara ini mendapat pujian dari PPDK kerana HEADCOUNT ini penting dalam mendapatkan data yang tepat dan merangka strategi untuk mengenal pasti masalah dan peluang kecemerlangan yang boleh dilonjakkan mengikut kemampuan murid, guru dan sekolah dalam mengatasi sesuatu masalah.

Banyak perkara yang dibincangkan dalam hari ini. Alhamdulillah, Panitia Sains masih tidak menerima komen dari PPDK namun saya menyerahkan Pelan Perancangan Strategik Panitia Sains kepada Penyelia PPDK bagi menyemak dan memberi komen sekiranya perlu. Terima kasih banyak diucapkan kepada semua yang hadir dan syabas kepada semua warga sekolah yang bertungkus lumus dalam menyiapkan semua perkara (Fail Meja, Fail Panitia, Carta Sekolah, Headcount, Kemasan Bilik Gerakan, Kemasan Sekeliling Sekolah dan lain-lain)

Sesungguhnya, pertemuan ini amat bermakna bagi saya kerana persoalan saya tentang AKTIVITI DAN PROGRAM SAINS PERINGKAT PPDKinabatangan terjawab iaitu pada tahun ini ada 2program sahaja(yang utama) iaitu Near Miss Cemerlang dan Near Miss Lulus termasuk juga Pasukan Gerakan SAGA.

UNTUK penulisan RPH, banyak perkara yang perlu saya perbaiki. Setelah masuk seminggu Format Penulisan RPH yang saya keluarkan untuk subjek sains, masih terdapat kelemahan dan terima kasih kepada semua guru-guru sains kerana menegur dan membantu saya selama ini. Saya masih lagi tidak dapat elakkan diri dalam berperasaan tinggi diri (ego) iaitu satu perkara yang perlu saya perbaiki. Ya! Saya BOLEH! InsyaAllah....Moga Allah Taala memberkati setiap usaha anda semua dan semoga kita termasuk dalam golongan yang berjaya di dunia dan di akhirat dengan berkongsi ilmu yang bermanfaat untuk semua.

Sekian.

(sambung kemudian untuk inti pati selanjutnya)







Update blog menggunakan WiFi Restoran Siti Khadijah (terletak di depan masjid Kg.Muhibbah Lahad Datu)

Ahad, 27 Februari 2011

BI Reading @ Library

Salam...enjoy ;) on 24th-February-2011 @ Library..thank you to Puan Saedah allowed my class to use some space in library (jika salah grammar, tlg beritahu)




Fail Peka

Pada 24-Feb-2011 Saya bersama Puan Saedah (Peyelaras PEKA) menyemak kembali fail-fail PEKA secara bersama. Alhamdulillah, atas inisiatif Pn.Saedah fail tersebut telah dikemaskinikan dan beberapa borang baru PEKA untuk kegunaan panitia.

Saya juga masih baru dalam pengendalian PEKA khususnya dan Panatia Sains amnya. Banyak perkara baru yang perlu saya pelajari. Syukur kerana semua guru-guru sains memberi banyak komitmen, teguran dan rangsangan kepada saya untuk terus perbaiki setiap kesilapan dan kesalahan yang sengaja mahup





un tidak sengaja.

Terima kasih kepada Pn. Saedah kerana telah bersusah payah untuk mengemaskinikan fail PEKA Sains bagi tahun ini. Adalah diharap semua guru-guru panitia dapat bekerjasama dan memberi cadangan kepada panitia untuk memajukan lagi pengurusan panitia (saya kurang pengalaman sebagai seorang guru baru).

Sekian.

Jumaat, 25 Februari 2011

Maulidur Rasul -Peringkat S.K.Paris 3 (2011)

Pada 19-Feb-2011 (Sabtu) Sek.Keb.Paris 3 tlah menganjurkan sambutan Maulidur Rasul yang julung kalinya secara bersama pihak masjid di Kg.Paris 3 Kinabatangan. AJK masjid cukup komited dalam membantu pihak sekolah sepanjang perancangan dan perlaksanaan sambutan ini.



Semua guru dan murid wajib hadir pada hari tersebut untuk menjayakan program buat pertama kalinya dalam sejarah sekolah kami. Syukur Alhamdulillah kerana pada hari tersebut hujan tidak turun dan Allah membantu untuk memudahkan segala urusan sekalipun diawal pagi agak kelam kabut Cikgu Syahar mengaturkan murid-murid untuk berbaris berarak dari kawasan sekolah ke masjid sambil menanti kedatangan tetamu VVIP dan VIP yang terdiri dari kalngan PIBG dan Ketua kg serta AJK nya.

Perjalanan agak terkawal dengan bantuan polis trafik yang turut berada dalam perjalanan perarakan dari seklah ke masjid. Ustaz Rahmat selaku ketua perarakan melaungkan selawat menggunakan pembesar suara (kepunyaan sekolah) diikuti dengan semua ajk PIBG, guru dan murid-murid menyemarakkkan lagi suasana perarakan yang menarik perhatian semua penduduk kampung Paris 3.

Perjalanan majlis dan program dalam masjid berjalan lancar sekalipun ini kali pertama diadakan cuma suara anak-anak kecil (murid) lebih tinnggi daripada suara pencermah yang dijemput khas dari S.K.Paris (suami ustaza Harirah).

Tahniah dan terima kasih kepada semua pihak yang melibatkan diri dalam program ini.

Atas faktor kesuntukan masa, maka laporan ringkas ini sahaja yang mampu saya kongsikan bersama.

Segala yang baik itu datang daripada Allah Taal yang Maha Agung, yang buruk itu atas kesilapan dan kelemahan diri saya sendiri. Saya mohon maaf sekiranya laporan ini tidak begitu memberangsangkan dan memuas hatikan banyak pihak (kepada nama, pihak yang tidak disebutkan nama)

Sekian.

-mus-










Lawatan Sambil Belajar 2010

Alhamdulillah pada tahun 2010, satu lawatan sambil belajar telah berjaya dilaksanakan anjuran Unit Bimbingan dan Kaunseling bersama Panitia Kemahiran Hidup.

Lawatan ini lebih mendekatkan warga sekolah terutamanya murid khususnya dan guru amnya terhadap kepentingan alam sekitar dan keindahan flora fauna yang terdapat di dalam Negara kita Malaysia. Usaha ini telah disambut baik oleh Unit HEM (PK-HEM En.Emran Sumanggil untuk turut bersama dalam lawatan ini atas tujuan keselamatan dan pendidikan murid menagadakan aktiviti di luar sekolah.

Terima kasih juga kepada En.Faizal, Ustaz Rahmat, dan En.Nordin kerana memberi sokongan kepada lawatan ini.



Pelbagai perkara baru yang saya pelajari dalam merangka dan melaksanakan aktiviti yang melibatkan murid untuk bergerak ke luar sekolah. Terima kasih kepada En.Fred selaku PK-Kokum S.M.K.Paris Kinabatangan kerana membantu saya dalam menyiapkan segala urusan kelulusan dan kertas kerja dari pihak sekolah kami kepada JPN-Sabah.

Aktiviti diselia sepenuhnya oleh pihak lembah danum yang mempunyai beberapa orang renjer yang dikhususkan untuk program pendidikan alam sekitar yang melibatkan murid/pelajar sekolah.

Rata-rata murid dapat memahami secara jelas akan kepentingan alam sekitar dan cara untuk memelihara dan memulihara alam semulajadi yang terdapat di sekeliling mereka. Dalam pada itu, para guru juga diberi peluang untuk memanjat sebatang pokok yang agak tinggi dalam kawasan lembah danum itu. Sungguh gayat rasanya apabila berada dalam ketinggian sebegitu.

Banyak perkara yang hendak dikongsikan di sini. Tetapi saya hanya mampu untuk memasukkan gambar sebagai corak jalan cerita kepada kita semua. Semoga aktiviti ini dapat diteruskan di masa akan datang.

Syabas dan tahniah kepada semua guru dan murid yang dpat melibatkan diri.

Terima kasih juga kepada Jabatan Perlingdungan Alam Sekitar Sabah yang telah menghantar wakil mereka seramai 3orang untuk menyampaikan ceramah alam sekitar. Walaupun tidak pernah bersua muka, mendengar kata, namun kerjasama yang diberikan diluar jangkaan. Semoga kita dapat teruskan hubungan ini dengan program yang akan datang.

Sekian.

Sila rujuk di sini


http://www.4shared.com/document/o4GQsn4m/JPN_Borang_Permohonan_Pelancon.html
http://www.4shared.com/document/TKD3DyR_/JPN_Jadual_Perjalanan.html
http://www.4shared.com/document/MfFh1yVf/JPN_JawatanKuasa_Induk.html
http://www.4shared.com/document/DiG3gD7j/JPN_KERTAS_KERJA.html
http://www.4shared.com/document/B7LXI-5G/JPN_lantikan_Ketua_Rombongan.html
http://www.4shared.com/document/IpQdPFUY/JPN_Lantikan_Pengurus_Kewangan.html
http://www.4shared.com/document/SjwgPkVI/JPN_Lantikan_Pengurus_Kewangan.html
http://www.4shared.com/document/-vMQToOJ/JPN_Nama_dan_Bilangan_Ahli.html
http://www.4shared.com/document/UiGzk9Zk/JPN_Surat_permohonan_Kebenaran.html
http://www.4shared.com/document/dF0ApseC/JPN_Tentatif_Program.html
http://www.4shared.com/document/XKE7XySe/LDK_1-CINTAILAH_ALAM_SEKITAR.html
http://www.4shared.com/document/Yd3T4czM/LEMBAH_DANUM_-_Lampiran_A.html
http://www.4shared.com/document/SWv_KADH/LEMBAH_DANUM_-BAS.html
http://www.4shared.com/document/C-k84NC2/LEMBAH_DANUM_-surat_Jemputan1.html
http://www.4shared.com/document/5w9GEW1_/LEMBAH_DANUM_Surat_Kebenaran_I.html








untuk mendapatkan beberapa maklumat yang boleh dikongsikan bersama samada kertas kerja dan lain-lain perkara.

-mus-

Khamis, 24 Februari 2011

Mesyuarat Sains -1

Mesyuarat Pertama PANITIA SAINS berjaya dilaksanakan dengan baik pada 23-Feb-2011. Terima kasih atas sokongan PK1 En.Zainuddin Ahmad di atas kehadiran beliau dalam mesyuarat ini. PK1 ambil berat!

Tahniah dan terima kasih kepada semua guru panitia sains yang dapat menghadirkan diri dalam membincangkan beberapa perkara bagi peningkatan akademik murid, profesionalisme guru dan kecemerlangan sekolah kita bagi masa kini dan akan datang.

Saya selaku Ketua Panitia meneruskan aka agenda yang hendak dibincangkan.

Perkara yang dititikberatkan dalam mesyuarat ini ialah

1) Pelan Perancangan Strategik Panitia Sains
2) Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PEKA)

Perancangan strategik mendapat pelbagai komen, kritikan dan perbincangan yang panjang. Walaubagimanapun, semua guru dapat menerima dengan seadanya dan semua guru panitia akan berusaha untuk mencapai KPI yang telah ditetapkan mengikut kehendak sekolah.

Terima kasih kepada Puan Saedah kerana banyak membantu saya dalam penyampaian maklumat PEKA kepada semua guru panitia. Semua Fail PEKA bagi tahun 3,4,5, dan 6 telah pun dikemaskinikan dan siap untuk digunapakai.

Adalah diharap kepada semua guru panitia terus berhubung kepada Penyelaras bagi setiap program/aktiviti yang telah dilantik dan rujuk kepada Ketua Panitia sekiranya terdapat sebarang permasalahan dan persoalan (cuba diselesaikan secara bersama) dalam merancang dan melaksanakan tugas yang diberikan.

Tahniah kepada En.Azizul dan En.Nordin kerana diberi tanggungjawab untuk menerajui bersama Panitia Sains bagi tahun ini 2011. Saya harap dengan kedatangan cikgu, dapat terus perkembangkan prestasi panitia dan akademik sains sekolah kita.

Sekian.





ABM dan BBM

Salam.....perkongsian BBM dan ABM antara guru dan panitia-panitia samda dalam sekolah atau di luar adalah penting untuk memperkembangkan dan meningkatkan lagi mutu PNP yang lebih berkesan dan bermakna selain mengeratkan lagi hubungan antara pelbagai pihak.

Terima kasih kepada Puan Nur Arsih kerana sudi berkongsi dan memberi kebenaran kepada saya bagi mengambil gambar BBM yang beliau sediakan ungtuk kelas matematik TAHAP 1.

BBM ini akan dijadikan rujukan bagi pihak kami (Panitia Sains) dalam terus memperbaiki dan membina BBM dalam PNP sains.

Adalah diharapkan semua guru (termasuk diri saya sendiri) untuk terus membina BBM sendiri selain berkongsi secara bersama.

Sekian.


Selasa, 22 Februari 2011

Pertemuan Permuafakatan Pengakap-SK.Paris






(23-Feb-2011) Selasa- Pertemuan antara Majlis Pesuruhjaya Pengakap Daerah Kinabatangan (ADC-Pentadbiran (Setiausaha) telah menemui Cik Ainah di Sek.Keb.Paris pada jam 1.45pm yang terletak lebih kurang 20km dari SK.Paris3 tempat bertugasnya saya sebagai seorang guru.

PK-Kokum sekolah en.Fitri tiada sebarang masalah untuk saya menemui beliau walaupun kedatangan saya sememangnya tidak diduga. Cuma makluman awal kepada Cik.Ainah telah saya buat (dalm facebook dan SMS pada pagi itu jam 10.40am)

Cik.Ainah asalnya merupakan seorang Setiausaha Pengakap sekolah yang sebelum ini diterajui oleh En.Jefree. Banyak perkara baru telag dibuat dalam program dan perlaksanaan pengakap. Pengesahan penubuhan pengakap di peringkat sekolah yang disahkan dan diluluskan oleh GB, telah menarik perhatian saya kerana prosedurnya mengikut ketetapan dan kehendak KPM.

Dalam pada itu, aktiviti pengakap giat dijalankan di sekolah ini setiap hari Rabu (hari Kokurikulum sekolah) bermula jam 3.00petang dan dibimbing oleh guru-guru penasihat dan pemimpin pengakap sekolah. Setakat ini masih tiada lagi wujud kerjasama antara pengakap Kelana bersama pihak sekolah dalam proses untuk menilai dan penambahbaikan aktiviti pengakap.

Syabas dan tahniah kepada pengakap sekolah ini yang sememangnya bergiat aktif sejak dahulu lagi (kira-kira 6tahun yang lalu). Tidak dinafikan lagi bahawa kepimpinan dan usaha guru-guru dan pihak pentadbir sekolah sentiasa mengambil berat akan murid dalam aktiviti pengakap, termasuklah proses pendaftaran ahli dan sekolah ke peringkat Persekutuan Pengakap Malaysia (kebangsaan) supaya setaip perjalan aktiviti yang dilaksanakan samada di dalam dan luar sekolah tidak menjadi RISIKO utama yang perlu di tangani.

Isu yang diberikan ialah, guru-guru memerlukan latihan kepengakapan supaya proses PNP kokurikulum Pengakap lebih terurus dan menjadi lebih menarik dengan pelbagai aktiviti yang tidak hanya tertumpu kepada nyanyian, ikatan, kawad dan perkhemahan.

Dalam pengakap juga, bleh dilaksanakan program AMAL BAKTI yang selalu di lakukan oleh mahasiswa universiti. Adalah diharap pihak sekolah juga dapat memberikan kerjasama dan respon yang positif bagi penambahbaikan segala perancangan Majlis Pengakap Daerah supaya wujudnya kerja berpasukan seperti kata pepatah melayu : BERAT SAMA DIPIKUL RINGAN SAMA DIJINJING. InsyaAllah.

Tahniah dan syabas kepada Cik Ainah yang telah dilantik sebagai Ketua Penyelaras Unit Beruniform Pengakap Sekolah walaupun beliau asalnya bukanlah seorang pengakap yang mendapat latihan secukupnya namun berkat usaha gigih dan kerjasama antara guru-guru di sekolah beliau, menjadikan kerja beliau mudah dan cepat bertindak. SYABAS!!!

PENGAKAP AMBIL TAHU

-Mustakim-
11.23pm (22-Feb-2011) Nur Niaga juga la kerana esok mahu meeting Panitia..siapkan laporan awal untuk laksanakan perkara yang....Tidak Bagus Bertangguh Kerja <<< Pesanan kepada diri saya sendiri yang selalu juga lewat dan leka ;)

Pertemuan Permuafakatan Pengakap -SK.Sandau

Salam Pengakap.

Pada 21-Feb-2011 saya sekali lagi pergi ke sebuah sekolah berjiran dengan SK.Paris3 iaitu Sek.Keb.Sandau yang mana Tuan Guru Besar iaitu Puan Salmah mengetahui akan niat saya untuk hadir ke sekolah beliau dalam menemui Guru Pengakap.

Selesai sahaja mesyuarat sekolah Sandau, saya sempat juga akhirnya menemui En.Shukor yang merupakan Guru Penasihat (K) Unit Beruniform Pengakap. Banyak perkara dan isu yang dikemukakan oleh beliau, dalam keramahan beliau itu juga menjadikan pertemuan ini lebih bermakna ditambah lagi dengan sokongan Guru Besar (Puan Salmah) yang sanggup membuka kembali pintu pejabat sekolah semata-mata penuhi niat saya untuk melihat dokumen kepengakapan yang ada di sekolah tersebut.

Alhamdulillah, berkat usaha keras semua guru pengakap di sekolah ini, aktiviti pada bulan Jan dan Feb telah dapat dilaksanakan dengan baik dan mempunyai LAPORAN yang lengkap. Isu yang timbul ialah PENDAFTARAN pengakap diperingkat sekolah untuk ke Persekutuan Pengakap Malaysia. Selain itu, bahan rujukan yang digunakan lebih berorientasikan buku panduan perkhemahan dan buku panduan pengakap untuk guru semata-mata yang belum lagi di perincikan kepada Ujian dan penilaian untuk murid(ahli pengakap).

Sekalipun bilangan ahli pengakap di sekolah ini agak sediit iaitu 28 orang (setakat ini), namun tidak menjejaskan aktiviti kepengakapan dalam sekolah disamping beberapa orang guru yang tiada tauliah dalam pengakap namun atas maksud menunaikan tanggung jawab dan sifat ingin belajar memajukan diri, murid, sekolah dan Negara, guru-guru ini sanggup belajar secara sesama sendiri. Isu yang lain ditimbulkan ialah ruang tapak perkhemahan yang terhad.

Dengan maksud kedatangan saya ke sekolah ini, sedikit sebanyak membuka mata kami(majlis pesuruhjaya pengakap) akan situasi yang berlaku di sekolah tersebut. InsyaAllah dalam beberapa jangka masa terdekat, PPMCSD-Kinabatangan akan cuba untuk membantu pihak sekolah dan sentiasa mengambil berat akan kebajikan guru penasihat dan pemimpin pengakap di peringkat sekolah.


Terima kasih kepada En.Shukor kerana sudi melapangkan masa bersama saya dalam memajukan pengakap daerah Kinabatangan seiring dengan kecemerlangan murid dan sekolah. InsyaAllah. Amin

PENGAKAP AMBIL BERAT





-MUSTAKIM-
10.58pm (22-Feb-2011)
Kedai Nur Niaga Bandar Sri Perdana (Wifi Yang laju dan pantas)





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Klik Sini

Related Posts with Thumbnails