SILA KLIK SINI JUGA

FoLLow3rS

Iklan

Pertandingan Memasak 2015 SK Lahad Datu III

Jumaat, 2 November 2012

Bilik Sains (Projek Kemas dan Ceria Susun Atur Peralatan / Bahan Sains)

Alhamdulillah, pada hari ini bermula jam 8.00 pagi hingga jam 9.30 pagi satu projek sains bersama murid tahun 6 telah dilaksanakan iaitu kekemasan dan keceriaan bilik sains (dahulu berupa bilik sains tetapi kini berkongsi ruang untuk peralatan bagi panitia lain atas faktor kekurang ruang).

Terima kasih diucapkan kepada semua murid tahun 6 yang terlibat secara langsung dan tidak langsung.

Adalah diharap melalui aktiviti ini, murid dapat mempelajari
1. mengenal pasti peralatan dan bahan sains peringkat sekolah rendah.
2. mengendalikan peralatan sains dengan baik, cermat dan selamat.
3. merekod dan menyimpan senarai peralatan sains dengan cara yang betul.
4. menyusun atur peralatan dengan baik dan selamat.


Perkongsian bergambar aktiviti.

Peralatan disusun dalam bekas (sementara)


Perbincangan dalam merekod maklumat


Menyusun peralatan mengikut jenis 



Membuat sistem penomboran bagi setiap alat sains


Proses penyimpanan semula dalam bilik sains (ruang)


Dua orang murid diberi tanggungjawab untuk mengawal susun atur keluar/masuk peralatan




Murid mengambil kesempatan untuk mencuba menggunakan teleskop dan mikroskop yang dijumpai set 2in1






Hasil kerja murid yang bersungguh-sungguh membantu dalam kemaskini ruang sains




Setelah selesai mengumpul alat mengikut jenis, sesi bergambar sebagai kenangan





Ketua murid dalam projek ini ialah Mohd Asyraf Gepelin.


Alhamdulillah.






Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Klik Sini

Related Posts with Thumbnails