SILA KLIK SINI JUGA

FoLLow3rS

Iklan

Pertandingan Memasak 2015 SK Lahad Datu III

Rabu, 7 November 2012

Perlaksanaan Majlis Anugerah Pelajar 2012 SK Paris 3 Kinabatangan

Alhamdulillah, pada hari ini bersamaan dengan 7 November 2012, satu majlis yang telah dirancang rapi sebelum ini dengan beberapa kali mesyuarat, telah membuahkan hasil yang baik.



MAJLIS ANUGERAH PELAJAR 2012 

telah selamat berlangsung dengan jayanya sekalipun pelbagai cabaran dan perkara diluar jangka berlaku seperti terputus tenaga elektrik di awal pagi sekitar jam 6.40 pagi hingga 8.20 pagi dan hujan renyai-renyai.

2 perkara ini tidak membantutkan perjalanan majlis ini.



Tindakan pantas dari jawatankuasa majlis telah menyediakan satu genset untuk menyalurkan tenaga elektrik buat sementara dalam menanti tenaga elektrik pulih kembali dari pihak SESB.

Hujan renyai-renyai turut bersama sekitar jam 9.30pagi ke atas. Hujan rahmat ini telah menyejukkan suasana majlis yang meriah. Semua penerima anugerah tidak terkesan dengan suasana itu malah bersemangat terus untuk mengambil anugerah masing-masing.






Terima kasih kepada Encik Kimaron wakil dari PPD Kinabatangan yang sudi hadir dalam merasmikan majlis ini. Alhamdulillah

ENCIK KIMARON
WAKIL PPD KINABATANGAN


Tahniah kepada semua penerima anugerah.

Syabas kepada semua pihak yang terlibat.

PUAN NORAH MARCUS 
PENGETUA SMK PARIS 





PEMBAHAGIAN MAKANAN DAN MINUMAN 
KEPADA MURID DAN IBU BAPA YANG HADIR


MURID TERBAIK 5A UPSR 2011



RIZWAN
MURID TERBAIK PENCAPAIAN KOKURIKULUM
PESERTA KE-8 DALAM PERTANDINGAN CATUR PERINGKAT KEBANGSAAN 2012






Perkara yang dapat saya pelajari sebelum dan semasa majlis ini ialah:
  • dapat pelajari awan larat dari cikgu Zul Haimy.
  • peluang belajar menyediakan hiasan pentas ringkas dari cikgu Maznie dan cikgu Flora.
  • berpeluang menyediakan keratan untuk awan larat.
  • peranan sebagai AJK Backdrope amat tinggi komitmen dan memerlukan kesabaran dan kerjasama yang tinggi dalam berkumpulan.
  • berpeluang membantu guru-guru lain ketika majlis berjalan
  • saya tidak lagi bertugas mengambil gambar dan membantu guru dalam sediakan ruang untuk agihan makanan.

Banyak lagi perkara yang dapat dipelajari ketika menyediakan backdrope, namun saya tidak dapat teruskan hingga tamat kerana pulang seawal jam 3.00 petang (semalam 6-Nov-2012).

InsyaALLAH, jika ada peluang saya akan cuba belajar lagi perkara yang baru untuk tingkatkan kemahiran dan kreativiti.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Klik Sini

Related Posts with Thumbnails