SILA KLIK SINI JUGA

FoLLow3rS

Iklan

Pertandingan Memasak 2015 SK Lahad Datu III

Memaparkan catatan dengan label RAMADHAN. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label RAMADHAN. Papar semua catatan

Selasa, 7 Julai 2015

10 Hari Terakhir Ramadan 1436H (2015M)

Alhamdulillah

Kini sudah masuk 10 hari terakhir bulan Ramadhan yang diberkati.

Moga semua amalan kita diterima Allah dan bertambah ketaqwaan kita kepada Allah.

Aamiin


Jumaat, 6 Julai 2012

Sambutan Israk Mikraj dan Ambang Ramadhan di SK Paris 3 Kinabatangan

Mesyuarat untuk menjayakan program ini telah dilaksanakan pada 3-Julai-2012.




Alhamdulillah semuanya berjalan lancar dalam mesyuarat ini dengan masa yang singkat dan bermaklumat padat. Juga diberitahu tentang perjalanan program Kem Bestari Solat yang akan dilaksanakan pada hari Sabtu dan Ahad ini. InsyaALLAH.





Program ini telah selamat dilaksanakan pada hari Jumaat (6-Julai-2012) di Astaka SK Paris 3 Kinabatangan. Alhamdulillah. Semuanya berjalan lancar dan baik. 

Bermula jam 7pagi saya diminta untuk mengumpulkan murid tahun 6 dalam surau. Setelah selesai program soalat hajat dan bacaan yasin. Saya segera memberi lembaran yang diperolehi dari Ustazah Harirah untuk murid-murid. Alhamdulillah. Segalanya berjalan lancar mengikut waktu yang dirancang.







Murid diminta untuk berkumpul di Astaka setelah sesi minum pagi selesai. Persiapan yang dibuat di astaka oleh guru-guru amat baik sekali. Malah, PA system telah diperolehi hasil dari kerjasama ibubapa. Turut memberi kejutan ialah hasil sumbangan ibu bapa untuk program Kem Bestari Solat mencecah RM 1000++ yang dikira oleh Ustazah Mastura (ustazah j-Qaf KPLI-LPBS).

Sesi ceramah telah disampaikan oleh Ustaz Yunus. Tidak banyak gambar dapat diambil kerana saya tidak membawa kamera sendiri (kamera telah dibawa pulang oleh isteriku untuk ambil gambar anak tersayang Siti Hajar).

Semuanya berjalan lancar. Alhamdulillah. 

Semoga program ini memberi suntikan semangat kepada semua terutama yang beragama Islam untuk terus bersatu dan berjaya di dunia dan akhirat. 









Lembaran yang disediakan cukup bermanfaat dengan maklumat. 
Sekalipun ceramah ringkas, namun padat dengan informasi dan nasihat untuk semua warga sekolah. YDP PIBG dan AJK PIBG turut hadir dalam program ini.

Cikgu Syahar selaku pengerusi majlis kali ini turut meriahkan dengan kata-kata nasihat dan pantun yang mencuit hati semua hadirin. Alhamdulillah. 




Rabu, 17 Ogos 2011

Tadarus Ihya Ramadhan

Panitia Pendidikan Agama Islam melaksanakan program tadarus al-quran.

Hanya 22 orang murid yang dipilih sahaja menyertai tadarus yang dilaksanakan pada waktu rehat bermula jam 9.45pagi hingga 10.00pagi.



Gambar di atas diambil pada 03-Ogos-2011

Tahniah kepada semua murid, ustaz dan ustazah kerana memeriahkan bulan ramadhan dengan bacaan alquran di surau sekolah ;)

Saya sehingga kini tak dapat ikut bersama kerana kekangan masa dan kerja....

InsyaALLAH bersamalah kita berdoa untuk anak-anak didik kita seterusnya diri sendiri keluarga, bangsa dan negara supaya sentiasa makmur sejahtera dan berjaya dirahmati Allah Taala. Amin.

Ahad, 23 Ogos 2009

RAMADHAN

Sabtu 2RAMADHAN1430 7.20p.m.

Selamat berbuka puasa

Dapatkan Mesej Bergambar di Sini


Selamat Berpuasa, Semoga puasa kali ini mendapat keberkatan yg lebih besar dan memberikan kita kesedaran dan menambahkan kekuatan iman.

Amin


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini


TAMAT (7.22p.m.)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Klik Sini

Related Posts with Thumbnails