SILA KLIK SINI JUGA

FoLLow3rS

Iklan

Pertandingan Memasak 2015 SK Lahad Datu III

Sabtu, 17 Oktober 2009

Wawasan 2020


Salam kepada semua.

Di sini saya ingin berkongsi kepada kawan-kawan secara ringkas berkenaan dengan Wawasan 2020. Idea ini telah diperkenalkan oleh Mantan PM kita iaitu Tun Dr. Mahathir Mohamad pada Februari 1991 seiring Mencapai Negara Maju (Negara berasaskan Industri). Maka dengan ini terbitlah suatu perkara yang membawa perubahan besar dalam negara kita bermula idea ini diperkenalkan sehingga akhirnya wujudnya Pusat Pentadbiran Negara (PUTRAJAYA), Bandar Intelek (CYBERJAYA) dan juga Multi Super Corridor (MSC) sebagai pemangkin bagi meneruskan hasrat murni ini.

Berikut carta yang saya sediakan dibantu sepenuhnya oleh teman hidup saya iaitu Elly Sofiana selaku isteri saya yang mencipta idea untuk membuat penyampai cerita wawasan 2020 dalam bentuk Peta Minda.

Sekiranya terdapat kesilapan, teguran dari anda selaku pembaca amat-amat sya harapkan dalam usaha memperbaiki mutu persembahan dan corak penulisan ini. Semoga dengan adanya Peta Minda ini dapat membantu sedikit kita semua dalam memahami konsep yang cuba disampaikan walaupun maklumat yang diberikan agak ringkas tetapi PADAT dengan makna yang tersirat!

LAGU

Bendera berkibar di angkasa
Lambang negara jaya

Rakyat sepakat sehati sejiwa

Dengan berbakti dengan megah

Hadapi cabaran masa muka

Penuh tenaga murni

Bakti dicurah sehara-sehala

Dengan wawasan yang suci

Wawasan meningkat kemajuan

Tiada lagi kepincangan

Kemewahan rasa-dirasai

Bersama kita nikmati
Wawasan 2020
Satu pandangan jauh

Bukan impian malah kenyataan

Bersama kita jayakan


Sekian.

*Sumber: http://apps.emoe.gov.my/bppk/nota/WAWASAN%202020/WAWASAN%202020%20VERSI%201.0.pdf

2 ulasan:

  1. Matlamat utama Wawasan 2020 ialah mewujudkan satu Bangsa Malaysia. Adakah ini bermakana pada tahun 2020, sekolah/institusi seperti MCKK, Tun Fatimah serta UiTM akan dibuka kepada SEMUA bangsa kerana kita semua adalah Bangsa Malaysia ?

    BalasPadam
  2. Benar kita semua adalah bangsa MALAYSIA, sebelum itu kita SENDIRI wajib TAHU apakah maksud dan tujuan bagi penubuhan/terbinana suatu usaha keras yang dibuat oleh mereka yang telah banyak berkorban untuk sesuatu. Janganlah kita dikatakan menjadi Insan yang mencari kesempatan ke atas peluang orang yang lain.

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Klik Sini

Related Posts with Thumbnails