SILA KLIK SINI JUGA

FoLLow3rS

Iklan

Pertandingan Memasak 2015 SK Lahad Datu III

Isnin, 29 Ogos 2011

Hari Raya 2011

Hari ini Isnin 29-Ogos-2011 (tepat jam 3.58pm) aku masih berada di lapangan terbang terminal 2 Airasia Kota Kinabalu bersama isteri EllySofiana.

Sekarang aku bermain internet sekejap sementara menanti flight jam 6.00pm menuju ke Senai Johor.

Selamat hari raya aidilfitri kepada semua rakan-rakan yang menyambutnya dan mohon maf zahir batin.

Dalam kehidupan manusia yang sementara ini, aku juga tidak lari dari melakukan kesilapan dan kesalahan. Samada sedar atau tidak bersama kita sesama insan berpesan dan tegur menegur bagi memperbaiki segala kekurangan kesilapan dan kesalahan.

Janganlah kita asyik bercerita perihal orang lain kerana rakan kita umpama cermin diri hidup kita (pepatah ini masih aku ingat lagi sewaktu Ustaz aku sampaikan dalam tazkirah waktu pagi di sekolah lama ku di Sg. Merab Luar)

Cuti raya kali ini tidaklah begitu la kerana hanya 1minggu, namun jika dapat digunakan dengan sebaiknya insyaAllah sudah cukup untuk menemui sanak saudara dan sahabat handai di sekitar semenanjung. Moga Allah Taala permudahkan.

amin.


Moga sambutan lebaran kali ini memberi makna yang lebih baik dan perubahan dalam hidup kita untuk menjadi insan yang lebih bertaqwa kepada Allah.

Bersedihlah kita pada hari ini kerana Ramadhan akan meninggalkan kita, dan kita bimbang jika tidak temui Ramadhan yang seterusnya maka hendaknya kita terus berharap dan berdoa kepada ALLAH Taala. Amin.


Jumaat, 26 Ogos 2011

MURAL SEKOLAHKU

Pada hari ini (Jumaat) 26Ogos2011

KLIK SINI LIHAT GAMBAR

Minggu Pusat Sumber sampai sudah di kemuncaknya,



Aktiviti pada hari ini ialah

mengecat melukis dan mewarna mural dinding sekolah antara guru dan murid.










Tahniah dan syabas kepada semua yang laksanakan tugas dengan baik dan terima kasih kerana sanggup korban masa tenaga dan daya pemikiran bersama dalam mencorakkan keceriaan warna warni sekolah kita.

Semoga Allah membalas budi baik semua cikgu dan murid dengan diberkati usaha yang membawa kejayaan di dunia dan akhirat.




Khamis, 25 Ogos 2011

Akta Rahsia

Semalam Rabu 24Ogos2011 saya menghadiri satu taklimat mengenai akta rahsia kerajaan.

Perkara yang perlu difahami ialah, apabila seseorang dilantik dalam tugas kerajaan dan memikul amanah, maka setiap tugas dan kerja itu dilaksanakan penuh dengan integriti dan tulus ikhlas. Semuanya dilakukan semata-mata kerana Allah tanpa mengharapkan ganjaran, imbuhan, nama, pangkat dan sebagainya.

Dalam dunia yang serba moden ini, banyak perkara yang mungkin dan tidak mungkin berlaku semata-mata kerana menurut hawa nasfu dan kelemahan diri serta perasaan yang sentiasa mengejar kepada kebendaan dan dunia yang bersifat sementara.

Pada waktu tengahari selepas selesai taklimat yang diberikan, saya segera menuju ke PPD Kinabatangan untuk temui bekas PK Kokum iaitu Puan Mariah Kulalu yang kini memegang protfolio sebagai Sumber Manusia di PPD. Saya mengambil beberapa maklumat penting yang perlu diuruskan dalam EMISonline dan mendapatkan cerita sedikit mengenai HRMIS.

Setelah pulang dari PPDK, saya segera ke sekolah pula untuk tujuan yang lain bagi laksanakan SAPS :)

Sekian dahulu untuk kali ini dan semoga  ramadhan kali ini lebih baik daripada tahun lepas dengan amalan dan peningkatan ketaqwaan kepada Allah Taala dari segi fikir, zikir, syukur dan sabar. InsyaALLAH

Rabu, 24 Ogos 2011

Bengkel Data Variable BARU

Merujuk kepada perkara di atas, saya hadir di PKG Kinabatangan tiba jam 9.15pagi.

Waktu itu, bengkel telah pun bermula. Maka saya merasakan telah lewat hadir.

Beberapa perkara baru dibincangkan dan diketengahkan untuk bersama dipraktikkan sebagai usaha untuk meningkatkan KUALITI data maklumat diperingkat PPD dan JPN Sabah.

Terima kasih kepada En.Alhassim kerana tunjuk ajar beliau dan juga cikgu-cikgu data lain maka saya kini semakin biasa dengan urusan data maklumat walaupun banyak lagi kekurangan yang perlu saya pelajari bagi tujuan memperbaiki dan meningkatkan mutu kualiti data maklumat di peringkat sekolah.

Berikut merupakan beberapa keping gambar yang sempat saya ambil...







Bengkel selesai pada jam 11.30pagi.

Sejurus selesai bengkel, saya menuju ke Pejabat Pos Kinabatangan untuk hantar surat kepada Ketua Pengarah Pejabat Keselamatan Kerajaan Malaysia bagi tujuan latihan/bengkel keselamatan untuk tahun 2011. Latihan yang saya mohon ialah
KURSUS KHAS KESELAMATAN SEKOLAH DAN PENGENDALIAN BAHAN PEPERIKSAAN (Kod SSE 1008)

Selepas itu, saya terus segera pulang ke sekolah dan uruskan beberapa hal lagi ;)

Macam-macam hal lah.....bukan nyer macam2 Aznil pun...

Sekian dan wassalam

(Jadikan hari ini lebih baik dari semalam dan hari ESOK lebih baik dari HARI INI)

Guru Bertugas Ogos 2011

Cikgu Mustakim dan cikgu Zuria bertugas sepanjang minggu ini bermula 22-Ogos-2011 hingga cuti sekolah bermula untuk raya merdeka.

Itulah perkara yang saya dapat pada awal pagi daripada PK HEM (Cikgu Emran) terima kasih kerana mengingatkan saya. Pada pagi Isnin tersebut, saya sibuk menyiapkan beberapa perkara mengenai EMIS dan data untuk dibawa dalam bengkel Guru Data yang akan dimulakan pada pagi ini (Isnin 22Ogos2011) di PKG Kinabatangan bagi tujuan Penerangan penggunaan variable baru dari En.Alhassim.

Pada perhimpunan pagi ini, Ustaz Zul menyampaikan dahulu laporan ringkas sepanjang beliau bertugas sebelum ini. Setelah itu, ucapan dari beberapa orang guru iaitu cikgu Saedah memaklumkan bahawa minggu pusat sumber masih berjalan hingga akhir minggu ini dan beberapa aktiviti telah dilaksanakan dan akan diadakan bagi beberapa pertandingan bagi minggu ini dan diharap semua kelas serta guru ambil bahagian dalam menceriakan ruang kelas bagi tujuan sambuta kemerdekaan.

Selain itu, Ustazah Salmah juga menyampaikan maksud tujuan beliau berucap untuk menyatakan bahawa beberapa pertandingan sepanjang Bulan Ramadhan telah diadakan yang dianjurkan oleh Panitia Agama Islam. Maka pada hari ini, penyampaian hadiah bagi para pemenang dari peserta yang menyertai hadiah dan aktiviti tersebut.

Berikut sedikit gambar....






Setelah selesai, maka perhimpunan diteruskan dengan ucapan dan amanat dari PK 1 (En.Zainudin Ahmad) Perkara penting yang masih saya ingat lagi ialah MURID TIDAK TAHU APA PERKARA YANG DIA TIDAK TAHU..ini adalah sangat bahaya....

Perhimpunan pada kali ini, amat panjang bagi saya. Selain itu terdapat ramai murid yang tidak dpat hadir dengan awal/pada perhimpunan. Selain itu teguran untuk menutup suis elektrik bagi elakkan pembaziran.

Sekian wassalam..



Majlis Berbuka Puasa SK Paris 3

Gambar di awal waktu...sempat sikit jer ambil gambar.....

Majlis dilaksanakan pada hari Sabtu bersamaan dengan 20-Ogos-2011 bermula jam 3.00petang hingga 8.30malam...









Tahniah kepada semua Ustaz dan Ustazah yang merancang program dan perlaksanaan yang berkesan... Terima kasih kepada semua warga sekolah yang dapat hadirkan diri dan menyumbang dalam majlis berbuka puasa untuk tahun ini (2011).



















Moga majlis sebegini dapat dilaksanakan setiap tahun (itulah harapan dari Ustaz Rahmat dalam pengakhiran katanya)

Sekian wassalam


Saya hadir bersama isteri (elly sofiana) membawa kuih berinti daging ;)

Kem Fokus Sains UPSR 2011

Sepanjang kenangan dalam kem fokus sains UPSR 2011 yang selamat dilaksanakan pada minggu lepas bersamaan dengan 18-Ogos-2011 pada hari Khamis.

Terima kasih kepada Cikgu Saedah, cikgu Nik Helmi Azuar, Guru Besar, PK 1 dan PK HEM serta tidak lupa kepada rakan-rakan pendidik yang lain dalam sekolah dan juga di luar.






Sesungguhnya berkat usaha dan doa anda untuk kejayaan anak murid sekolah kita semoga mendapat keberkatan daripada Allah Taala yang Maha Mendengar lagi Maha Penyayang






Guru Besar memberi amanat kepada semua murid yang penuh khusyuk mendengarnya ;) 















Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Klik Sini

Related Posts with Thumbnails