SILA KLIK SINI JUGA

FoLLow3rS

Iklan

Pertandingan Memasak 2015 SK Lahad Datu III

Rabu, 17 Ogos 2011

Cintai Alam Sekitar

Itulah tajuk yang cuba saya bawa untuk kali ini.

Alam sekitar atau lebih tepat alam semulajadi ciptaan ALLAH Taala dijadikan supaya manusia berfikir. Berfikir tentang kebesaran dan kekuasaan Allah Yang Maha Bijaksana dan Maha Besar. Sesungguhnya manusia ini hanyalah hamba yang tiada nilai melainkan dengan iman dan taqwa.

Sehubungan dengan itu, Kelab Pencinta Alam Sek.Keb.Paris 3 Kinabatangan di bawah bimbingan Guru Penasihat dan jawatankuasa (terdiri dari murid-murid tahun 4, 5 dan 6) telah merancang dan melaksanakan beberapa aktiviti yang berkaitan dengan alam semulajadi.







Pada hari Selasa bersamaan dengan 16-Ogos-2011, saya menemui PK HEM (En.Emran) berbincang mengenai aktiviti tayangan video alam sekitar yang hendak dilaksanakan. Beliau OK OK sahaja nampaknya dan menegur saya beberapa perkara yang perlu saya baiki. (Alhamdulillah...teguran itu penting bagi manusia yang selalu lalai dan silap).

Setelah Guru Besar menandatangani iklan bagi tujuan promosi untuk tayangan video (aktiviti Kelab Pencinta Alam) maka saya minta AJK (murid) untuk meletakkan iklan tersebut di setiap kelas.

Syukur, pada hari pertama menyaksikan ada sedikit sambutan walaupun tidak berapa ramai murid. Perkara paling penting ialah KUALITI berbanding KUANTITI (pernah digarap oleh rakan saya iaitu Cikgu Nik Helmi Azuar kepada saya pada tahun lepas 2010).

Masuk hari ini (Rabu 17-Ogos-2011) menyaksikan sambutan yang lebih ramai dan meriah dikalangan murid tahap 2 (sesi pagi) dan tahap 1 (sesi petang). Syukur Alhamdulillah.






Seterusnya, kini menanti proses dan hasil impak dari aktiviti tersebut ialah menulis kad ucapan dari murid (tahap 1 dan 2). hehehehe




(Terima kasih kepada Cikgu Syahar kerana sumbangan bahan video yang diberikan amat berguna dalam melaksanakan aktiviti yang dirancangkan ini)

Sekian dahulu dari saya untuk kali ini. Mahu buat SAPS sebentar nanti....


Sedikit Gambar ketika Kelab Pencinta Alam bermesyuarat di Bilik Gerakan...






Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Klik Sini

Related Posts with Thumbnails