SILA KLIK SINI JUGA

FoLLow3rS

Iklan

Pertandingan Memasak 2015 SK Lahad Datu III

Isnin, 15 Ogos 2011

Mercun

Pada hari ini (Isnin) 15-Ogos-2011

Perhimpunan seperti biasa diadakan pada waktu pagi.

Isu yang bawa ialah, terdapat murid yang membawa barang terlarang ke sekolah terutamanya MERCUN. Menurut maklumat yang diperolehi, mercun itu didapati dari rakan bukan sebaya mereka iaitu golongan yang lebih dewasa dengan memberikan mereka mercun.

Perkara ini, amat mencemaskan para guru dan pentadbir sekolah kerana jika tersilap langkah bangunan sekolah bleh terbakar. Manakala kesan kepada murid di khuatiri terdapat murid yang melecur mahupun terputus jari akibat bermain mercun.

Selain itu, beberapa pengumuman turut diberikan mengenai sambutan minggu pusat sumber yang dikendalikan oleh Pn. Saedah dan perhatian kepada semua murid untuk menghiasi kelas bagi mencantikkan kelas dalam memeriahkan suasana sambutan kemerdekaan sepanjang bulan Ogos ini.

Saya selaku penyelaras Kelab Pencinta Alam mengumumkan bahawa kempen mencintai alam sekitar telah bermula mulai esok. Semua murid dipelawa untuk menyerahkan hasil kreativiti menghasilkan bahan mahupun peralatan yang diperbuat daripada bahan kitar semula umpama kotak dan botol. Selain itu kad ucapan untuk menyatakan rasa hati bagi mencintai alam sekitar turut di adakan.

Adalah diharap semua murid dapat ambil setiap bahagian yang dirancangkan. Selain itu, Panitia Agama Islam turut melaksanakan program untuk Ujian Hafazan berbentuk pertandingan mengikut tahun 4, 5, dan 6. Juga terdapat KUIZ ramadhan yang akan diadakan bagi tahun 6.

Esok bermula peperiksaan percubaan UPSR yang mana kertas peperiksaan diperolehi dari MGB Sabah pada minggu lepas (12-Ogos-2011) dari PPD.Kinabatangan.

PK 1 sudah maklumkan kepada murid bahawa setiap ujian percubaan adalah penting dalam menilai prestasi murid dan meningkatkan pencapaian murid dengan lebih baik daripada sekarang. Beliau juga mendoakan agar semua murid tahun 6 akan menjadi insan yang berjaya. AMIN.

Sekian dahulu....dengar cerita bnus setengah bulan gaji sudah masuk di akaun...saya pun mahu segera pulang ke rumah kerana banyak keperluan mahu dibeli seperti itu dan ini (kurma sudah habis, dan juga rak buku serta rak peralatan sains)

Mahu pergi ke belakang sekolah amik tanah sikit untuk tanam pokok bunga dan sayuran di rumah ;) hehehehehe.....

Assalamualaikum dan selamat menyambut Nuzul Quran ;)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Klik Sini

Related Posts with Thumbnails