SILA KLIK SINI JUGA

FoLLow3rS

Iklan

Pertandingan Memasak 2015 SK Lahad Datu III

Ahad, 29 Ogos 2010

Majlis Iftar Jamaie -PUASA???-

Alhamdulillah....Majlis Berbuka Puasa peringkat Guru, kakitangan dan PIBG berjaya dilaksanakan dengan baik di hari yang mulia bulan mulia.... Segalanya Lancar...

Mari kita berbuka puasa dahulu...kemudian solat jemaah mahgrib dan sambung makan berat pula.....Ya Allah berkatilah majlis yang serba serbi banyak kekurangan ini semoga Dikau Ya Allah lengkapkan dan penuhkan dengan keberkatan dan satukanlah hati kami semua. Amin.





Sweet memory =)

MERDEKA???

Serba sedikit pada pagi yang indah permai itu....

Cikgu Nik Helmi Azuar merupakan penyelaras kepada Program Sambutan Hari Kemerdekaan untuk upacara perasmian dan penutupan...tetapi pada hari ini BELIAU cuba laksanakan tugas yang penuh berat dengan acara perasmian Sambutan Hari Kemerdekaan peringkat sekolah buat julung kali pertama di usahakan begini...Alhamdulillah....

Guru baru yang melihat telatah murid dan persediaan di tapak perhimpunan.

Amin....Amin....Amin....Amin.....baca doa baik-baik ya Azzah...
(Murid Tahun 4Proaktif)
Merdeka..Kami Ingin Merdeka...Kami Anak Merdeka...Hidup Malaysia...Selamanya...

GPK 1 En.Zainuddin memberikan ucapan dan merasmikan sambutan hari kemerdekaan.








TAHUN 6 BELUM MERDEKA SELAGI UPSR BELUM DI TERJAH!!!

KG. AIR LAHAD DATU

Salam. Akhirnya dapat juga saya menjejakkan kaki ke sini dengan beberapa orang teman. Namun tidak sempat untuk berbuka puasa bersama orang kampung di sini kerana perjalanan balik ke rumah di waktu malam menjadi keberatan untuk keluar dari tempat itu. Makanya saya ambil keputusan untuk bersolat zohor secara jemaah bersama jemaah kampung situ. Alhamdulillah, ramai pemuda dan warga emas yang turut solat bersama, tidak disangkai betul :)

Sedikit rasa syukur atas nikmat ALLAH yang diberikan kepada saya hingga saat ini walaupun hidup tidak semewah mana namun hatiku tetap riang bersama ingatan kepada-MU ya ALLAH ya Muhammad Rasul Allah.


Sekian

Surauku Syurgaku

Ini adalah sebahagian daripada aktiviti untuk mencantikkan dan menceriakan surau sekolah dengan cogan kata Surauku Syurgaku. Tahniah kepada semua murid yang terlibat. Namun di masa akan datang, akan mengambil cara yang terbaik dalam konsep pembahagian tugas dan masa.


GerakGempur BI 2010

Berikut merupakan sedikit analisis yang dapat saya buat untuk pencapaian Gerak Gempur BI selama 4 kali yang diadakan sebelum ini. Didapati peratusan untuk lulus, agak menipis walaubagaimanapun pencapaian murid ada sedikit peningkatan tetapi tidak memberangsangkan.

Banyak pembaharuan yang perlu dilaksanakan bagi tahun berikut. Dengan itu, Panitia BI S.K.Paris3 akan berusaha untuk memantapkan lagi akademik murid khususnya subjek BI ke arah 100% Lulus dan mencapai 30% A dalam UPSR dalam tempoh 2Tahun lagi. InsyaALLAH.

Kejayaan kita adalah milik semua

Bengkel Pedagogi SAINS


Pada Julai lepas, saya telah menghadiri Bengkel Pedagogi Sains Khusus Bagi Guru Tahun 4. Berikut merupakan hasil dan kerja yang mana kumpulan saya bentangkan. Ada juga mendapat pujian dan kritikan dari Puan Salmah... Tq Cikgu Salmah, banyak memberi tunjuk ajar.








Ini adalah suasana hari pertama ketika dalam bengkel. Tidak dijangka, kehadiran guru pada hari itu sangat memuaskan berbanding masa lepas. Tahniah kepada semua guru yang hadir mahupun guru lama dan guru baru seperti saya.

Sempat pula bergambar bersama teman lama sewaktu KPLI (sr) di IPTeknik Cheras. Seterusnya ialah penerangan tentang 4 langkah/cara PNP yang berkesan iaitu
  • Konstruktivisme
  • Konstektual
  • Inkuiri dan Penemuan (Discovery)
Hari kedua ialah pembentangan bagi setiap kumpulan mengikut pecahan kepada jenis & corak PNP yang cuba disampaikan dan diterapkan dalam kelas mengikut kaedah yang dipelajari dalam bengkel ini.

Kelihatan disana, Cikgu Salmah, amat telus dan serius dalam memerhatikan setiap konsep yang cuba diketengahkan oleh setiap kumpulan dalam sesi pembentangan mereka. Ini adalah kerana, Cikgu Salmah khuatir bahawa guru-guru lain yang hadir tidak dapat memegang dan memahami konsep yang cuba di berikan apatah lagi bahan yang dibentangkan akan dijadikan panduan bagi rujukan PPD Kinabatangan dan seterusnya menjadi bahan rujukan kepada semua sekolah dibawah naungannya.



Alhamdulillah, setelah selesai semuanya. Kami menanti ketua kumpulan yang akan berikan ucapan bagi wakil guru dalam bengkel itu namun Cikgu Christopher agak kelewatan dan saya diminta oleh Tuan Pengerusi majlis untuk mennyampaikan sepatah dua kata tapi malangnya, banyak pula yang saya katakan kerana saya berucap sambil merujuk kepada buku
UTAMAKAN YANG UTAMA....Ucapan sambil baca.. (saya cikgu baru belajar)



Pegawai PPD Kinabatangan menyampaikan cenderamata kepada semua Penceramah dan juga SIJIL penyertaan kepada setiap Ketua Kumpulan.

Sesi bergambar kenangan bersama rakan dalam bengkel!!!
Sekian

Kesimpulan: Setiap kejayaan memerlukan perngorbanan tanpa mengira rasa jemu dan tidak banyak memberikan alasan kepada ramai orang menjayakan diri lebih cekal untuk atasi setiap permasalahan!!!

Hidup Pengakap -Jamboree JOTA 2010-

Salam Pengakap 1Malaysia kepada semua. Sukacita dimaklumkan bahawa Jamboree ini telah berjaya menarik hampir kesemua ahli pengakap peringkat Negeri Sabah yang berlangsung dalam tempoh 3Hari. Berikut merupakan antara pengisian dan aktiviti yang dilaksanakan banyak berkisar tentang penggunaan radio dalam komunikasi.

Sempat juga bergambar dengan Dato Zaini.
Terdiri dari pengakap kanak-kanak, pengakap muda dan kelana turut menjayakan Jamboree ini.
Posing sikit bersama Pengakap dari Kinabatangan. Kami datang juga beb walaupun jauh. Tapi saya sekadar menjadi pemerhati sahaja. Maklumlah, banyak lagi yang belum dipelajari. Namun saya tetap berpuas hati dapat hadir ke sini pada hari Sabtu & Ahad ketika penutup rasmi.

Acara perasmian disudahkan oleh Bekas Tentera :)

Ini adalah modul latihan dan tugasan yang perlu dilaksanakan sepanjang jamboree ini yang membolehkan ahli pengakap menerima lencana.


Best betul lihat kawan-kawan ketika bermain Game Nerf ni. Saya difahamkan hanya boleh diperolehi di Ibu Pejabat Negeri Sabah sahaja. Jika kawasan daerah nak bermain sama, kena lah datang sini buat 'booking' agaknya :)


Majulah pengakap mengikut Undang-Undang Pengakap!!!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Klik Sini

Related Posts with Thumbnails