SILA KLIK SINI JUGA

FoLLow3rS

Iklan

Pertandingan Memasak 2015 SK Lahad Datu III

Memaparkan catatan dengan label Kelas SC-3. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Kelas SC-3. Papar semua catatan

Sabtu, 7 November 2009

Cahaya Kehidupanku






Glitter Text


Mustakim BLOGGER~ Glitter Graphics







Nyanyian Lagu Senyum -KISSM 6Nov2009



Improvasation video's collections 2009

Ahad, 1 November 2009

P0NiNg P@LerRrRrrr.......




Khamis yang bertarikh 29/10/2009
Aktiviti banyak tidak ingat dunia sampai rasa pening dan tidak mampu badan untuk teruskan pergerakan. Namun dengan berbekalkan makanan lauk ayam goreng+kuah kicap+nasi putih dari kantin +air Nescafe ais = memberi stamina kepada diriku ini dalam teruskan hidup sebagai pelajr di K.P.Teknik untuk mengikuti aktiviti yang bakal berlangsung.

Aktiviti

(1) Taklimat dari pihak PTPTN – beri panduan dan arahan untuk membayar hutang pelajaran.
(2) Taklimat dari pihak SPR (SuruhanJaya Pilihan Raya) – memberi pendaftaran kepada rakyat.
(3) Taklimat Peperiksaan Akhir (dari KUPP) – persediaan dan perancangan untuk peperiksaan.

Habis sudah aktiviti berkenaan, saya bersama rakan kelas menuju ke Bilik Bestari untuk meneruskan kelas sains bersama pensyarah yang sudah lama menunggu seawal jam 3.00Petang dan kelas berlangsung hingga lewat 4.00petang.

Perbincangan tentang persiapan untuk peperiksaan akhir dan soalan-soalan yang seakan-akan peperiksaan akhir sibuk diperdebatkan dan dikongsikan oleh rakan kelas bersama pensyarahku yang berwibawa. Setiap soalan dan kemusykilan dilayan dengan samarata oleh pensyarah sekalipun beliau penat mengharungi hidup hari ini dengan pelbagai mesyuarat. Akhirnya, semua rakan kelas sangat berpuas hati ditambah dengan suntikan semangat dari pensyarah mendoakan agar kami semua berjaya dan menjadi guru cemerlang ketika berkhidmat nanti menjadikan kami sekelas terharu dan gembira lantas dengan itu sempat juga saya mengambil gambar sekelas buat kali terakhir kelas sains dalam semester 2 ini sekalipun tiada orang/pihak lain yang dapat ambil gambar kami, saya menggunakan teknik ‘timer/timing’ dengan kadar 10saat dan kerana itulah gambar saya hanya sempat duduk sahaja.

Semoga setiap rakan kelas dan juga semua yang sedang bersedia menghadapi peperiksaan akhir akan berjaya dengan cemerlang dan mendapat kejayaan di dunia dan akhirat.

Sekian.
@J.B 1.56p.m.
1Nov2009

IMPROVASATION -KelasKu





Pada hari ini (28/10/2009-Rabu), kelas sains sepatutnya dilaksanakan bersama Puan Ellyza. Tetapi beliau mempunyai tugas dan tanggungjawab lain yang hendak dilaksanakan maka proses PNP diteruskan tanpa kedatangan beliau. Selaku ketua kelas dibantu dengan AJK SAINS (Mohd Fadzli), kami teruskan usaha untuk mengadakan kelas di makmal biologi supaya masa yang ada dapat terisi dengan aktiviti PNP yang bermanfaat.

Seterusnya, semua ahli kelas dapat hadri dengan kehadiran 100% pada hari ini. Maka aktiviti yang hendak dijalanka ialah pembentangan projek yang telah dirancangkan pada 3minggu dahulu iaitu ‘IMPROVASATION’.

Kumpulan yang buat pembentangan sebanyak 5 kumpulan dengan peralatan mereka yang agak mengujakan malah menarik minat kesemua ahli kelas sekalipun ada juga yang agak ringkas namun amat bermakna dalam penggunaannya sebagai salah satu bahan bantu mengajar dalam kelas.

Kump. (1) Lai dan Azmir

Alat yang digunakan untuk membuat model bagi pembentukan buruj berupa, belon, kertas, gam, mentol, wayar dan fius. Lai telah menerangkan bahawa beliau mengambil masa yang agak lama untuk penyediaan alat tersebut. Ketika membentangkan alatnya, Azmir menerangkan bahawa suatu bilik yang dalam keadaan gelap sangat diperlukan bagi menghasilkan kesan yang jitu.

Kump. (2) Syikin dan Yana

Syikin menerangkan bahawa alat yang dibuat juga berkait dengan tajuk buruj seperti man alai lakukan sebelum itu, tetapi alat yang dicipta oleh mereka lebih kepada berbentuk seperti teropong yang mana kita hanya perlu pandang ke dalam corong tersebut dan dapat melihat bentuk buruj yang kelihatan di belakang/hujung corong tersebut.

Kump. (3) Suhana dan Haslina

Sangat menarik cara yang ditunjukkan oleh Suhana kerana hanya menggunakan sayuran dan alat sekeliling sebagai alat untuk membuktikan kewujudan sifat keasidan dan kealkalian. Dengan menggunakan air daun sawi yang telah diperah, kemudian diletakkan dalam beberapa bekas untuk menentukan sifat asid dan alkali dengan meletakkan serbuk/bahan pencuci dan limau. Wujud perbezaan warna yang ketara setelah kedua bahan diletakkan secara berasingan yang mana ri daun sawi itu ditakrifkan sebagai bahan neutral.

Kump. (4) Shahrul dan Hazami

Letupan gunung berapi tercetusnya larva. Memang benar sebegitu tetapi bagaimana pula kita sebagai guru hendak menerangkan kepada murid. Kumpulan ini telah menunjukkan dengan baik bahawa penggunaan bahan harian dapat dijadikan sebagai model gunung berapi. Sekalipun model yang digunakan tidak begitu sempurna, tetapi atas desakan rakan-rakan, Shahrul tidak segan berkongsi idea dan pengalamannya dalam menyediakan satu model gunung berapi yang dibantu baik oleh kak.Emy.

Kump. (5) Noraein dan Zaimilah

Mereka telah siap menyediakan penerangan dalam bentuk kertas mahjung bagi penyediaan dan komimen mereka dalam 1kumpulan sediakan 1model ringkas berbentuk cermin serbaguna (teropong ajaib Doraemon) heheh…tambahan sahaja sekadar melawak untuk kelakar

Alhamdulillah, komitmen dan kesungguhan semua rakan kelas telah menjadikan kelas sains pada hari ini dapat dijayakan dengan baiknya dan kebertanggungjawaban selaku pelajar dan guru pelatih cemerlang tidak mensia-siakan masa yang ada sekali pun tiada pensyarah dalam kelas. Terima kasih dan penghargaan tidak terhingga kepada Puan Ellyza kerana memberi kami dorongan dan idea yang membina dalam usaha kami menyiapkan model ketika dari awal hingga proses penyediaan dalam projek ‘improvasation’.

Sekian.

Selasa, 27 Oktober 2009

HARI YANG HEBAT

Itulah tajuk yang paling sesuai untuk saya katakan berdasarkan kepada beberapa kriteria yang akan saya ceritakan.

Permulaan saya datang awal ke institut ternyata tidak sia-sia sekalipun ramai antara rakan-rakan yang tidak hadir atas sebab persediaan untuk menghadapi temuduga SPP. Perhimpunan berjalan seperti biasa tetapi pada minggu ini merupakan minggu kokurikulum peringkat IPGM K.P.Teknik dan pelbagai aktiviti telah dirancangkan oleh pihak KoKo yang diterajui kemas oleh En.Ghazali Ismail selaku ketua jabatan yang berwibawa.

Rata-rata semua yang hadir berpakaian uniform kemas dengan unit masing-masing. Saya terlupa bahawa pada minggu ini merupakan minggu kokurikulum.
Habis sudah perhimpunan kelas SAINS bersama pensyarah tersayang.

Dalam kelas sains kali ini kami didedahkan akan konsep-konsep ringkas PNP dalam sains serta teori-teori yang perlu diketahui sebagai salah satu cara untuk mengimbas kembali setelah ditinggalkan seberapa lama pada semester lepas. Alhamdulillah teori Piaget dan Ausubel masih lagi tidak lupa dari ingatan saya. Konsep kognitif dan konstruktivis amat penting dalam PNP sains. Selain itu dlam penyediaan RPH, guru sains harus menggunakan konsep 5E sebagai panduan dalam mencapai objektif dan matlamat pengajaran.


5E;
-Engage
-Explore
-Explain
-Elaborate
-Evaluate


Teaching skills @ RPH
1-Set induction
2-Explaining skills
3-Discussion of experimental results
4-Questioning techniques
5-Stimulus variation
6-Reinforcing
7-Use of resources
8-Closure


Strategi Pembelajaran yang perlu diketahui ialah;
Deduktif, Induktif, 5E, Konstruktivis, Koperatif, Kolaborasi, Direktif, Pemerhatian, Mediatif, Generatif, Konteks luar bilik darjah, Metakognitif.


Saya mendapati bahawa konsep dan strategi pembelajaran dalam sains jauh lebih mendalam dan bukan hanya semata-mata membabitkan teori-teori lazim seperti Behaviorisme, Bandura, Humanisme, Konstruktivisme, dan Kognitif. Seterusnya lebih diperincikan agar guru sains dapat membawa konsep dan objektif dalam PNP tercapai dengan berjaya dan berkesan. Semoga berjaya.

Jumaat, 23 Oktober 2009

Sains - Jangan Main Api



Pada hari khamis bersamaan dengan 22 Oktober 2009, buat pertama kalinya dalam hidup saya menggunakan alat pemadam api gara-gara kelas SAINS. Ceritanya bermula pada awal pagi itu tepat jam 8.10 kelas sains dalam makmal fizik telah mula seperti biasa. Pada awalnya hendak dibuat di makmal biologi tetapi ada kelas lain.

SAINS

“OK! Hari ini kita akan tengok alat pemadam api.” Dr. Norizan berkata kepada kami sambil tunjukkan beberapa jenis alat pemadam api.

---Sebelum masuk kelas, saya pergi ke kantin atas urusan tertentu, dan dapati ada kebakaran daun-daun kering di luar makmal. Saya curiga dan terfikir-fikir kenapa ini boleh berlaku. Rupa-rupanya…

“Semua orang boleh keluar sekarang dan kita hendak belajar bagaimana hendak menggunakan alat pemadam api dengan betul.” kata Dr.Norizan.

---semua pelajar sains 3 keluar dan bawa 1jenis alat pemadam api

-pelajar diberi peluang untuk menggunakan alat pemadam api

-pelajar cuba padamkan api mengikut pengetahuan masing-masing (saya menghidupkan api menggunakan pemetik api yang saya bawa atas tujuan untuk pembelajaran.)

-“Cuba lihat ke arah mana asap atau api itu bergerak?”tanya Dr.Norizan kepada pelajar.

-Asap/api bergerak mengikut pergerakan angin; maka untuk padamkannya kita perlu ikut lawan arah angin dan menghalakan muncung alat pemadam api tepat kea rah api dengan kaedah ke BAWAH sedikit.

-saya gunakan peluang ini untuk mencuba BAKAT yang terpendam menggunakan alat pemadam api dan hasilnya berjaya walaupun api tersebut sedianya telah padam tetapi saya berjaya juga mengangkat tong dan menekan alat pemadam api hingga mengeluarkan serbuknya yang keputihan itu.

-“Siapa lagi nak cuba? Aku nak ambil gambar dan video ni.” Kata saya kepada kawan-kawan kelas.

---Masuk sahaja dalam makmal kembali setelah sesi hands-on berjaya. Dr.Norizan kulihat suka menggunakan teknik explorer dan hands-on kepada kami sekelas berbanding tunjuk dan cakap. Teknik penyoalan juga ditujukan kepada kelas supaya kami pro-aktif dan berfikir. Saya amat suka dengan kelasnya tetapi masih terkial-kial hendak praktikkan semasa dlam praktikum dahulu.

---Saya belajar tentang pengurusan makmal dan bilik darjah.

---Setiap sekolah mesti ada pelan kebakaran mengikut pergerakan bermula dari dalam bilik darjah/makmal luar dari bilik darjah/makmal--->pergerakan di bangunan sekolah seterusnya ke tempat yang selamat untuk berkumpul.

-“The power is in your hand!” kata Ifwat dalam kelas. Memang betul sebagai cikgu, kita memang ada kuasa. Kuasa magik pun ada Cuma kita kena tahu bagaimana hendak menggunakannya.

---Maksud yang cuba disampaikan disini ialah; Dr.Norizan mengingatkan bahawa selaku guru---harus ada banyak kemahiran dan ilmu supaya guru tersebut sentiasa bersedia dalam hadapi pelbagai situasi. Contohnya;

(kemahiran menukang kayu, penukang air dan elektrik) sekurang-kurangnya ada kemahiran asas dan bleh didapati dikursus-kursus luar----dapat juga tingkatkan keprofesionalisme sebagai seorang guru yang mahir dalam pelbagai bidang tidak semata-mata SAINS sahaja!

---Pensyarah terus menunjukkan penggunaan Smarttech dan teknologi terkini dalam dunia pendidikan, Contoh pengajaran yang diambil sewaktu kat UM akan penggunaan smarttech(satu aplikasi pendidikan) dalam kelas.

---Amat menarik sekali dan sudah tentunya guru harus pakar dan mahir menggunakan komputer dan teknologi untuk memantapkan kaedah PNP yang berjaya menarik minat dan merangsang murid untuk terus belajar.

---Selesai sudah smarttech, masuk pula sesi perbincangan untuk menghadapi peperiksaan akhir bagi kertas subjek sains. Yang penting kena tahu konsep-konsep dan teori-teori yang pernah dipelajari.

---Sebelum habis kelas, Dr.Norizan berkongsi cerita pengalaman beliau semasa berada di Ranau----Keadaan sekolah dan situasi sebenar sekolah di luar Bandar.

---Perkongsian akan pengalaman beliau lalui sebelum mendapat DOKTOR (PhD) dan amat susah kerana kerajaan banyak habis duit memberi biasiswa tetapi tidak ramai yang berjaya. Galakan dan saranan pensyarah ialah supaya kami selaku guru jangan cepat berpuas hati dengan pencapaian yang ada sekarang

---Guru harus meningkatkan pengetahuan terutama dalam bidangnya sendiri dan meneruskan pelajaran ke peringkat lebih tinggi.

---GAJI??? Bukanlah satu perkara yang diUTAMAKAN kerana yang paling penting ialah berkat dari usaha dan ketinggian ilmu yang seseorang guru ada dapat memberikan kesan dan corak pengajaran yang lebih berkesan kepada murid-muridnya malah GANJARAN yang lebih besar akan diberikan di hari kemudian. Itulah kata-kata emas dari seorang pensyarah saya yang mana semua pelajar dalam kelas amat Kagumi dan Mencintai beliau selaku Pencinta Ilmu yang tidak kenal erti penat walaupun tiada projektor dalam makmal Fizik namun beliau bersungguh menunjukkan video, gambar dan bahan-bahan yang ada dari dalam laptop beliau.

---Cabaran harus dihadapi dan hidup perlu diteruskan. (The power is in your hand!)


Sekian

10.45malam

23/10/2009

(JB)

Khamis, 22 Oktober 2009

Sains, ilmu Pendidikan, Pend. Agama Islam





Pada hari ini bersamaan 21/10/2009, pembelajaran dalam kelas amat menyeronokkan.

SAINS
--Aktiviti membuat tanah liat 'playdough' yang dibuat sendiri
--Semua pelajar kelas saya membuat tanah liat sendiri menggunakan bahan-bahan yang dibawa oleh Puan Ellyza selaku Pensyarah Sains kami (pelajar kena bawa periuk).
--Seronok betul masa mula-mula nak gaulkan tepung gandum+air+garam+krim tartar sehingga menjadi sebati dan lembut. (garam=mendebukan/menghaluskan sebatian, krim tartar=melembutkan sebatian).
--Seterusnya kami memanaskan sebatian itu menggunakan penunu Bunsen dan di gaul hingga kering sekata dan diangkat untuk diuli-uli. Masa gaul dalam periuk agak memeritkan kerana saya tiada kepakaran menggaul sebatian sebegitu melainkan gaul nasi goreng atau maggee sahaja.
--Tanah liat yang telah diuli, kami gunakan pewarna dan seterusnya bina model mengikut tema kumpulan yang telah dibahagikan. Kumpulan kami kekurangan tenaga kerja kerana Ina tidak hadir atas sebab sakit. Tetapi kami berjaya juga membuat hidupan dan suasana ekosistem dalam laut. Manakala kumpulan lain yang agak hebat seperti kumpulan Syikin bertemakan ZOO, dapat membina suasana zoo yang paling menarik dengan pelbagai jenis binatang dan tumbuhan yang direka bentuk menggunakan tanah liat buatan sendiri.
--Akibatnya, tangan kami semua berwarna warni. Itulah bukti kesungguhan kami melakukan kerja sepasukan.

TAHNIAH kepada semua rakan-rakan. Walaupun kali pertama membina model, tetapi inilah pengalaman yang paling berharga!


Ilmu Pendidikan

--Pembelajaran ilmu pendidikan pada hari semalam(20/10/2009) berkaitan dengan kajian tindakan.
--Topik ini bagi saya amat menarik kerana melalui kajian tindakan ini kita dapat mengetahui, mengkaji dan menyelesaikan pelbagai masalah yang dihadapi dengan menggunakan kaedah dalam kelas dan dalam masa yang sama kita dapat berkongsi maklumat serta berkolaborasi bersama cikgu-cikgu yang lain.
--Kajian Tindakan juga dapat meningkatkan profesionalisme keguruan.
--Berikutan dengan cara yang ditunjukkan ialah
(Mengenal pasti isu/masalah --> Membuat Perancangan --> Implementasi/Tindakan --> Mengumpulkan Data(semasa melaksanakan tindakan)--> Refleksi)

--Pada hari ini 21/10/2009, saya memperolehi satu pembentukan skema pemikiran yang lebih baik dengan pemahaman konsep akan PJJ dan Keterbukaan melalui pembentangan kumpulan.
--Topik pada hari ini membincangkan tentang REFLEKSI dari segi definisi, konsep dan kepentingan dalam pendidikan sebagai guru.
--Menggunakan cara
(Rancang--> Bertindak --> Memerhati --> Refleksi)
--Refleksi akan berlaku secara berterusan dalam hidup kita dan sebagai guru ia akan berlaku samada dalam bilik darjah, bilik guru mahupun di bilik tidur.
--Skema pemikiran yang lebih baik ialah, penerangan rakan kelas iaitu Fadzli menerangkan akan maksud Pendidikan Jarak Jauh(PJJ) dan Pendidikan Terbuka serta memperbaiki pemahaman saya dalam konsep keduanya itu.
--Kini saya faham dan mengerti bahawa

Pendidikan Jarak Jauh (PJJ)
  • Pendidikan yang boleh berlaku di mana-mana sahaja
  • Tidak mengira masa dan tempat
  • Mudah untuk berinteraksi antara pensyarah,guru,tutor(tenaga pengajar) bersama dengan murid/pelajar.
  • Mengambil jurusan/program yang lebih khusus(skop lebih kecil).
Pendidikan Terbuka
  • Pendidikan yang memberi ruang dan peluang kepada sesiapa sahaja yang ingin meneruskan bidang pengajian atau pembelajaran.
  • Mendukung konsep dan keinginan FPK--Pendidikan berterusan sepanjang hayat.
  • Mengambil kira faktor pengalaman sebagai salah satu kelulusan untuk teruskan pengajian malah tidak mengambil kira FAKTOR tahap, pencapaian dan kelayakan yang khusus untuk teruskan pengajian kerana pengalaman yang ada menjadi FAKTOR UTAMA.
  • Mengambil jurusan/bidang yang mempunyai skop lebih besar.
PENDIDIKAN AGAMA ISLAM
--Pada hari isnin lepas kelas membincangkan akan topik SOLAT.
--Pada hari ini 21/10/2009, Ustazah minta semua pelajar membuat pembentangan mengikut JANTINA.
--Saya dan azmir membentangkan isu Penyembelihan. Manakala Fadzli dan Syafiq lebih membuat sesi soal jawab agama dalam topik Qorban. Ifwat dan Shahrul pula menceritakan tentang aqiqah dalam Islam.
--Banyak soalan dan perbincangan dalam sesi pembentangan lelaki yang mengambil masa 1jam30minit. Namun hasilnya amat memuaskan kerana masing-masing kaum ADAM dalam kelas kami berjaya menyelesaikan satu persatu soalan yang di ajukan.
--1Soalan yang bermain dalam fikiran ialah; Adakah daging aqiqah boleh diberi makan kepada orang bukan Islam? Sila jawab jika anda mengetahuinya berdasarkan hujah dan dalil/bukti.
--Kumpulan perempuan pula hanya sempat membuat pembentangan untuk tajuk PENGURUSAN JENAZAH sahaja manakal tajuk yang seterusnya akan dibawa dalam waktu lain.

SYABAS kepada semua ahli-ahli pembentangan.

Kesimpulan; Konsep pembelajaran berkumpulan dan permuafakatan dalam mencari ilmu amat digalakkan. Perkara ini terbukti dengan contoh---Melakukan solat secara berjemaah lebih baik daripada solat bersendirian dengan kelebihan 27darjat.(jika salah tolong betulkan).
Semoga, usaha sebegini dapat diteruskan ketika mana bakal-bakal guru telah ditempatkan di sekolah-sekolah.

Sekian.

Isnin, 19 Oktober 2009

Forum Alam Sekitar



Perkara: Forum
Tarikh: 19 Oktober 2009
Masa: 10.30pagi hingga 11.30pagi
Tempat: Bilik Kuliah Jabatan Kajian Sosial (IPGM K.P.Teknik)
Peserta: Pelajar Kelas KPLI(sr)-Sains 3 (20 orang)


Dalam usaha pelajar KPLI(sr) SAINS 3 mencintai alam sekitar, usaha untuk memelihara dan memulihara alam sekitar ini telah diterjemahkan dan disampaikan dalam bentuk FORUM yang hebat. Buat julung-julung kalinya FORUM sedemikian dilaksanakan sepanjang saya dalam KPLI dan ini merupakan langkah yang terbaik dalam mengenengahkan BAKAT dan USAHA setiap ahli kelas dalam menjayakan forum tersebut.

Majlis dipengerusikan oleh En. Lai dan didatangkan dengan 3 orang panel dari wakil kerajaan iaitu Encik Azmir dari Jabatan Alam Sekitar, wakil swasta iaitu Cik Ailin dari Syarikat Ajinomoto dan wakil NGO iaitu Dato' Ifwat dari WWF.

En.Lai mengutarakan soalan kepada semua panel hakim berupa;

1)Usaha dan peranan yang dilaksanakan dalam memelihara dan memulihara alam sekitar.

2)Keberkesanan usaha yang dilakukan dan program serta aktiviti yang bakal dilaksanakan 10tahun lagi.

3)Kepentingan dalam setiap wakil untuk memainkan peranan serta kempen-kempen yang dilaksanakan sejauh mana penglibatan dan sambutan serta keberkesanan dari kempen tersebut.

En.Azmir memberikan sedikit jawapan dan hujah yang bernas;
  • RMK-9 yang telah dirancang akan dilaksanakan dengan mengambil kira perkembangan dan penjagaan alam sekitar.
  • Hukuman dan denda yang lebih tegas akan dikenakan kepada pihak yang lakukan kesalahan.
  • Penggunaan baja kimia hendaklah terkawal dan galakan menggunakan baja organik dengan menggunakan SOM (Skim Organik Malaysia).
  • Mementingkan kerjasama antara pihak-pihak berkaitan dan masyarakat.
  • Kempen tidak menjadi kerana sikap TIDAK ACUH masyarakat dalam menjaga alam sekitar contohnya membuang sampah di laman rumah, di sungai dan longkang.
  • Kerajaan ada anjurkan pertandingan berupa Anugerah Alam Sekitar Lestari yang bermula tahun 2005 dan pada tahun tersebut negeri Pahang mendapat Johan!
  • Beliau menambah bahawa dalam masa sekarang kita TIDAK BOLEH mencegah tetapi BOLEH meminimumkan.
Dato' Ifwat memberikan sedikit pendapat dan hujahnya tersendiri;
  • Memberikan keterangan fungsi WWF dalam menjaga haiwan dan habitat (ekosistem) yang lebih baik serta kondusif.
  • Beliau menyatakan fakta berkenaan dengan suatu tempat di pertengahan Laut Sulu dan Laut Sulawesi terdapat suatu tempat yang penuh dengan karang, ribuan jenis ikan dan sistem ekosistem yang terbesar di dunia. (Ikan=2000spesis, Karang=50spesis).
  • Menyatakan peranan Malaysia, Indonesia dan Filipina dalam menjaga mutu kualiti alam sekitar terutama habitat haiwan liar maupun yang hampir pupus.
  • Dinyatakan juga bahawa Tiada pelancongan eko, jika tiada pemuliharaan.
  • Beliau menyatakan bahawa kempen dan aktiviti Kelab Pencinta Alam amat penting dan segala-gala bermula dari pendidikan samada dari rumah mahupun sekolah. Guru harus menerapkan nilai murni dalam mencintai alam sekitar dan sebagai contoh mengadakan aktiviti membersihkan kawasan sekolah, sungai dan longkang, menanam semula pokok bakau.
  • Jika tiada usaha maka sungai yang jernih bertukar menjadi air teh seperti yang berlaku di sungai bersebelahan Pasar Seni KL.
  • Beliau juga menyatakan artis dan selebriti patut turut sama dalam kempen yang diadakan sebagai contoh MAYA KARIN yang datang dalam kempen yang diadakan untuk kesedaran alam sekitar, sambutan dari orang ramai sangat menggalakkan!
Cik Ailin lantang dalam menyatakan
  • Peranan syarikat Ajinomoto yang mengikut ketetapan undang-undang Kerajaan!
  • Syarikat PETAMA yang membina Rawatan sisa air, pepejal yang dikenali sebagai COD (Chemical Oxygen Demand) dan BOD (Biological Oxygen Demand).
  • "Masyarakat tidak nampak kesan kesinambungan yang dilakukan oleh mereka(manusia)! Kempen perlu diteruskan!" itulah petikan yang dapat saya kongsikan bersama kawan-kawan.
***Kesimpulannya
Forum ini berjaya membuka mata dan memberi lebih kesedaran akan kepentingan individu serta masyarakat dalam usaha untuk memelihara dan memulihara alam sekitar.

Tahniah dan syabas kepada semua ahli panel kita. Mereka semua merupakan bakal guru dan pemimpin generasi di masa hadapan!

Sekian.

*semua watak dalam panel adalah lakonan semata-mata dan maklumat yang diperolehi dari sumber jabatan,pihak berkenaan samada dalam internet atau buku.Terima kasih.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Klik Sini

Related Posts with Thumbnails