SILA KLIK SINI JUGA

FoLLow3rS

Iklan

Pertandingan Memasak 2015 SK Lahad Datu III

Rabu, 20 April 2016

Dialog Prestasi antara Ibu Bapa di SK Lahad Datu III (Semester 1 / 2016)

Alhamdulillah

Dialog prestasi berjalan lancar bermula Rabu dan Khamis (20 dan 21 April 2016) untuk kelas 
6 Amanah dan 6 Bersih.

Dialog ini menumpukan kepada prestasi murid tahun 6 dalam pencapaian Ujian 1 (Mac) dan juga sasaran murid bagi menghadapi UPSR 2016.

Semoga usaha ini mendapat keberkatan dan kerjasama yang baik dalam menambah baik mutu akademik dan sahsiah murid khasnya dan warga sekolah umumnya.




Isnin, 11 April 2016

Program Gotong Royong Kebersihan dan Keceriaan Makmal Sains

Alhamdulillah



Program ini berjalan lancar pada Sabtu 9 April 2016.

Terima kasih kepada semua guru-guru sains yang banyak membantu dan murid-murid dari kelas 6 Bersih dan 6 Cekap yang turut sama.

Program bermula jam 9.30 pagi hingga jam 11.30 pagi (2 jam) selepas sesi kelas tambahan sains (7.30am-9.00am).

Pembahagian tugas-tugas guru:
1. Cikgu Mustakim : Peralatan dan bahan sains
2. Cikgu Lini : Keceriaan mengecat
3. Cikgu Nom : Disiplin murid
4. Cikgu Maini : Bahagian langsir tingkap dan peralatan
5. Cikgu Mindy : Kebajikan murid
6. Cikgu Ain : Keceriaan (Bahan bergambar)

Sediakan jamuan ringan disediakan iaitu air laici dan juga kuih muih yang dibawa oleh guru-guru sains.

Antara perkara yang diusahakan ialah:

1. Mengemaskini carta dan lembaran abm/bbm di lap dan disusun kemas.
2. Menyusun atur kedudukan meja dan kerusi dalam makmal.
3. Menyusun peralatan dan bahan sains dalam rak di dalam almari.
4. Memasang kain langsir tingkap.
5. Menceriakan bilik persediaan sains (untuk kegunaan guru)
6. Mengemop lantai makmal.
7. Mengemas buku-buku rujukan di rak yang disediakan.

Tahniah kepada semua yang terlibat terutama cikgu Maini selaku mantan ketua panitia sains yang banyak membimbing saya.

Kesimpulan
1. Usahasama yang digarap dalam setiap aktiviti telah mendatangkan impak yang lebih baik dan memendekkan masa pengurusan untuk sesuatu perkara dilaksanakn.
2. Kecenderungan murid untuk membantu dalam program ini mewujudkan suasana cintai kepada makmal sains.
3. Membentuk suasana ukhwah dan kerjasama yang baik antara murid-murid dalam melaksanakan tugas mengikut pembahagian yang diberikan.
4. Mewujudkan keceriaan dalam makmal dengan lebih harmoni dan selesa.

InsyaALLAH projek mural makmal akan dilaksanakan sepanjang bulan April.

Sekian.






Jumaat, 8 April 2016

Lawatan Team SISC+ PPD Lahad Datu ke Sekolah

Alhamdulillah


Pada 5 April 2016 (Selasa), kumpulan SISC+ dari PPD Lahad Datu telah mengadakan program bimbingan secara profesional bersama panitia sains dan matematik.

Saya selaku ketua panitia sains yang dilantik bagi tahun ini amat menghargai atas keprihatinan dan bantuan yang diberikan oleh kumpulan ini.

Dr. Hj. Suharpi (Ketua Unit Sains dan Matematik) yang mengetuai gerombolan ini banyak memberi idea dan input yang baik kepada peningkatan akademik.

Antara isu yang dibincangkan ialah

1. Pelan strategik panitia sains
2. Headcount setipa murid bermula tahun 1 hingga 6.
3. Analisis item (jawapan murid bagi setiap ujian)
4. Laporan pencerapan Pdp dari pentadbir
5. Bank soalan

InsyaALLAH moga usaha jalinan murni ini dapat mempertingkat mutu akademik dan keunggulan keguruan di persada dunia serta memperolehi berkat dalam rahmat Allah.



Aamiin.


Jumaat, 25 Mac 2016

Laman Panitia Sains SKLD3 dalam Frog 1Bestarinet

Sila log in dalam Frog (laman 1bestarinet) untuk akses ke dalam laman panitia sains.

Link:  http://xba3144.1bestarinet.net/panitiasains





EPSA : CARA MENDAFTAR KEAHLIAN

RUJUKAN : http://www.epsa.gov.my/lms/ManualPenggunaEPSA_A6.pdf

ASSALAMUALAIKUM

Dalam minggu ni maklumat pendaftaran epsa ini telah disampaikan melalui wasap bagi guru-guru mengemaskini profil dalam pengkalan data EPSA.

Bagi yang berkesempatan boleh juga untuk mendaftar kursus dan mengambil kursus secara dalam talian.

Berikut dikongsikan peringkat demi peringkat pendaftaran keahlian EPSA di kalangan guru-guru.





Jumaat, 11 Mac 2016

Cuti Sekolah Mac 2016

Alhamdulillah...
Tinggal sehari untuk menanti saat cuti seminggu.

Selamat bercuti dan moga mendapat rehat serta manfaat yang secukupnya.

InsyaALLAH

Sedutan video semasa Aktiviti Gerhana Matahari 10 Mac 2016 (Rabu)


Khamis, 4 Februari 2016

Kejohanan Balapan dan Padang 2016 SK Lahad Datu 3

Alhamdulillah

Program ini telah selesai pada 3 dan 4 Februari 2016 (Rabu dan Khamis).

Tahniah kepada si JUARA.

Terima kasih kepada semua yang menjayakan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Klik Sini

Related Posts with Thumbnails