SILA KLIK SINI JUGA

FoLLow3rS

Iklan

Pertandingan Memasak 2015 SK Lahad Datu III

Isnin, 11 April 2016

Program Gotong Royong Kebersihan dan Keceriaan Makmal Sains

Alhamdulillah



Program ini berjalan lancar pada Sabtu 9 April 2016.

Terima kasih kepada semua guru-guru sains yang banyak membantu dan murid-murid dari kelas 6 Bersih dan 6 Cekap yang turut sama.

Program bermula jam 9.30 pagi hingga jam 11.30 pagi (2 jam) selepas sesi kelas tambahan sains (7.30am-9.00am).

Pembahagian tugas-tugas guru:
1. Cikgu Mustakim : Peralatan dan bahan sains
2. Cikgu Lini : Keceriaan mengecat
3. Cikgu Nom : Disiplin murid
4. Cikgu Maini : Bahagian langsir tingkap dan peralatan
5. Cikgu Mindy : Kebajikan murid
6. Cikgu Ain : Keceriaan (Bahan bergambar)

Sediakan jamuan ringan disediakan iaitu air laici dan juga kuih muih yang dibawa oleh guru-guru sains.

Antara perkara yang diusahakan ialah:

1. Mengemaskini carta dan lembaran abm/bbm di lap dan disusun kemas.
2. Menyusun atur kedudukan meja dan kerusi dalam makmal.
3. Menyusun peralatan dan bahan sains dalam rak di dalam almari.
4. Memasang kain langsir tingkap.
5. Menceriakan bilik persediaan sains (untuk kegunaan guru)
6. Mengemop lantai makmal.
7. Mengemas buku-buku rujukan di rak yang disediakan.

Tahniah kepada semua yang terlibat terutama cikgu Maini selaku mantan ketua panitia sains yang banyak membimbing saya.

Kesimpulan
1. Usahasama yang digarap dalam setiap aktiviti telah mendatangkan impak yang lebih baik dan memendekkan masa pengurusan untuk sesuatu perkara dilaksanakn.
2. Kecenderungan murid untuk membantu dalam program ini mewujudkan suasana cintai kepada makmal sains.
3. Membentuk suasana ukhwah dan kerjasama yang baik antara murid-murid dalam melaksanakan tugas mengikut pembahagian yang diberikan.
4. Mewujudkan keceriaan dalam makmal dengan lebih harmoni dan selesa.

InsyaALLAH projek mural makmal akan dilaksanakan sepanjang bulan April.

Sekian.






Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Klik Sini

Related Posts with Thumbnails