SILA KLIK SINI JUGA

FoLLow3rS

Iklan

Pertandingan Memasak 2015 SK Lahad Datu III

Rabu, 31 Oktober 2012

Bengkel Teaching Multi-Skill Classes untuk Guru Bahasa Inggeris

Semalam (30-Okt-2012 Selasa) saya berada di PPD Kinabatangan dan telah mendapat surat jemputan untuk menghadiri satu bengkel bahasa inggeris. Alhamdulillah, akhirnya bengkel untuk pedagogi bahasa inggeris dapat juga saya hadiri.

(Maklumat Penting dari NKRA klik sini : NKRA Guru Bahasa Inggeris di Malaysia)

Beberapa perkongsian maklumat

Surat panggilan ke bengkel

Senarai peserta bengkel.


Pada hari ini 31-Okt-2012 Rabu, saya juga mesti menyiapkan tugasan penyediaan ABM Kewangan 2013. InsyaALLAH, moga dipermudahkan. 

Bengkel akan bermula jam 8.30pagi, tetapi saya telah dimaklumkan lebih awal bahawa awal pagi akan disediakan sarapan. Alhamdulillah.

Akan dikemaskini setelah saya selesai berbengkel ;)

---------------------------------------------------------------------------------------------------------

BENGKEL HARI INI MULA JAM 8.30PAGI DAN SELESAI PADA JAM 4.30PETANG

Banyak perkongsian dan maklumat yang disampaikan.

Cuma ingin berkongsi gambar dahulu..coretan akan dibuat kemudian
(kesimpulan: saya berasa gembira kerana banyak pendedahan untuk kemahiran mengajar murid yang lemah)












(Terakhir menulis pada 31-10-2012 @ 8.50pm)

Ahad, 28 Oktober 2012

Tengok TV3 Online





Majalah Sains dot Com

Selaku guru, banyak perkara yang (saya) perlu kembangkan dari segi ilmu pengetahuan dan kemahiran (amal). Dengan teknologi yang serba moden dan terus maju kehadapan, semua maklumat kini boleh didapati secara online di mana-mana sahaja tanpa mengira masa. Alhamdulillah.




Namun, berapa ramai antara kita yang manfaatka teknologi tersebut (online) untuk memperkembangkan ilmu pengetahuan dan nilai kehidupan yang lebih baik? Bersama kita berganding bahu dan sentiasa ingat mengingati dalam kehidupan yang sementara ini.

Konsep sains yang mudah ialah memerhati dari alam sekeliling.

Itulah jua yang digunakan oleh Nabi Ibrahim a.s. ketika mana baginda mencari tuhan yang mencipta alam ini. Dalam alquran juga ada menyebut, perhatikan kejadian siang dan malam dan juga alam sekeliling dalam kita memikirkan kebesaran dan keagungan Allah Taala pencipta alam semesta.



InsyaALLAH, moga kita semua diberi manfaat dan taufik hidayat daripada ALLAH taala melalui proses membaca dan mengamalkan ilmu yang kita tahu (samada kita sampaikan kepada orang lain) agar ia menjadi suatu bekalan di akhirat. Amin.


Jumaat, 26 Oktober 2012

Program Kem Membaca 1 Malaysia Peringkat SK Paris 3 (Perlaksanaan 2012)

Alhamdulillah, pada 24 Oktober 2012 (Rabu), satu program telah selamat dilaksanakan mengikut perancangan sekalipun terdapat beberapa perubahan dalam segi tentatif program.


Program Kem Membaca 1 Malaysia telah dilaksanakan di peringkat sekolah bermula jam 8.00 pagi dan berakhir jam 11.00 pagi.


Terima kasih kepada semua pihak yang terlibat terutama warga sekolah samada murid, guru, kakitangan bukan guru dan pekerja am serta warga kantin sekolah yang turut serta dalam program ini.

KLIK SINI UNTUK LIHAT : LAPORAN PELAKSANAAN KM1M 2012


Perkongsian gambar....


























Hari Raya Aidiladha 2012 di Lahad Datu

Beberapa siri bergambar sekitar masjid di Lahad Datu

Pada tahun ini saya mengambil bahagian korban (1 bahagian) di kampung Dengkil dengan diwakili oleh pakcik saya Aidil Azhari. Alhamdulillah, segalanya berjalan lancar.

Berikut perkongsian sewaktu saya pergi menuju ke masjid besar Lahad Datu.



Parking kereta sepanjang jalan raya yang sesak.










Suasana selepas solat sunat hari raya.





Ini ialah yasser.




Majlis Anugerah Pelajar (Meeting pertama 2012)

Mesyuarat Majlis Anugerah Pelajar 2012 Sekolah Kebangsaan Paris 3 Kinabatangan ini telah dilaksanakan pada hari Isnin bersamaan dengan 22-Oktober-2012 di Bilik Gerakan SK Paris 3 Kinabatangan. Penyelaras program MAP 2012 ialah Cikgu Omar.

Surat panggilan mesyuarat.



SMS panggilan mesyuarat



Cikgu Omar selaku penyelaras program menerangkan konsep perlaksanaan MAP 2012.






Sesi soal jawab dan perkongsian sebarang cadangan dan komen.



Mesyuarat ini telah ditangguhkan pada jam 2.00 petang.


Kali ini, saya ditugaskan sebagai AJK Backdrope yang diketuai oleh cikgu Zul Haimy.



Guru Besar kemungkinan tiada pada majlis tersebut kerana berkursus di Kota Kinabalu. 
Maka Cikgu Zainudin selaku GPK 1 akan mengambil alih tugas beliau.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Klik Sini

Related Posts with Thumbnails