SILA KLIK SINI JUGA

FoLLow3rS

Iklan

Pertandingan Memasak 2015 SK Lahad Datu III

Isnin, 22 Oktober 2012

Bengkel Data Emis Oktober 2012



Isnin 22-Oktober-2012 (mula jam 9.00 pagi hingga 4.00 petang) di Bangunan PPD Kinabatangan

Tajuk sebenar:

BENGKEL VERIFIKASI DATA EMISONLINE BAGI BULAN OKTOBER (KUTIPAN PERDANA) 2012 BAGI DAERAH KINABATANGAN




En.Alhassim selaku pegawai meja di PPD telah memulakan bengkel dengan beberapa penerangan penting kepada semua guru data yang hadir. Saya agak terlewat 15 minit sedikit dari bengkel bermula. Beberapa intipati awal yang diberikan ialah:

1. Utamakan JPMS (Jawatankuasa Pengurusan Maklumat Sekolah) dengan mengadakan 4 kali mesyuarat dalam tempoh setahun dan sekurang-kurang 2 kali. Simpan surat penggilan mesyuarat dan minit mesyuarat dalam fail data.

2. Penekanan terhadap Pekeliling Bilangan 4 tahun 2007 iaitu bilangan waktu mengajar bagi guru data. Guru data yang sudah mendapat 12 waktu mengajar seminggu, mesti melaksanakan tugas guru data iaitu peruntukan 2 jam dalam sehari untuk tugas kerja sebagai guru data.

3. Bestari.net = perkara ini diterangkan dengan panjang lebar namun saya dapat fahami bahawa perkara yang utama ialah, guru data perlu bersiap sedia dengan gelombang perubahan pendidikan yang mana sistem Bestari.net dari YTL akan masuk @ hubungi sekolah bagi tujuan perubahan dalam perhubungan internet dan penggunaan optimum internet dalam pnp dan pengurusan pentadbiran sekolah. Maka guru data dikehendaki untuk membuat research (mengkaji) mengenai bestari.net kerana guru data akan menjadi orang pertama dalam sekolah untuk mengaplikasikan sistem/program tersebut dalam bengkel yang akan diadakan pada masa akan datang (kerana En.Alhassim sudah menghadiri bengkel tersebut dan akan diadakan bengkel bestari.net dalam daerah bersama semua guru-guru data).

4. Tapak untuk kemaskini Penyediaan ABM Kewangan 2013 dalam microsoft excel akan diberikan dan taklimat akan diberikan selepas selesai bengkel data emisonline.

5. Perlantikan guru data baru bagi tahun 2013. Unit di JPN Sabah telah bertukar nama kepada SEKTOR PENGURUSAN MAKLUMAT DAN ICT, yang menunjukkan bahawa betapa pentingnya pengurusan maklumat. Surat lantikan guru data akan ditandatangani secara tangan oleh Yang Berbahagia Datuk Pengarah.

6. Staf terapung : perlu diselesaikan dalam tempoh 10 hari bekerja jika tidak surat tunjuk sebab akan dikeluarkan kepada guru data yang cuai dalam laksanakan tugas.

7. Aktiviti log-in iaitu masuk ke dalam sistem emisonline hendaklah selalu dan jangan langsung tidak masuk hanya kerana tidak ada internet. 

Beberapa perkara lain turut diibincangkan namun saya simpann sebagai dorongan untuk terus berusaha.


Guru yang bersongkok merupakan Cikgu Mazlan dari SK Tidung Tabin. Rakan kerja saya yang penuh iltizam untuk sambung belajar. Saya seronok dapat bersama beliau sepanjang bekerja sebagai guru data.



Surat panggilan bengkel yang dikeluarkan  yang boleh digunakan untuk menuntut elaun perjalanan jika perlu dan juga sebagai bukti untuk kehadiran ke bengkel.


Catatan ringkas yang tidak berapa ringkas kerana saya hanya suka mencatat dan menulis perkara yang saya hendak faham, sudah faham dan perlu faham bagi tujuan tindakan selanjutnya.

Penggunaan layar putih dan projektor memudahkan urusan dalam penyampai maklumat ketika berbengkel. Alhamdulillah talian internet juga agak OK walaupun ada ketikanya agak PERLAHAN.

Saya bergambar bersama pegawai meja untuk kali terakhir berbengkel pada tahun 2012.
InsyaALLAH bertemu lagi pada bengkel akan datang yang belum pasti masa dan ketikanya.


Tugas lain yang perlu dilaksanakan selepas ini ialah

Berbincang dengan kerani kewangan di sekolah bagi menyiapkan tugasan dalam penyediaan ABM kewangan 2013 yang mana tugasan ini perlu disiapkan sebelum atau pada 31-Oktober-2012. Ini ialah latihan kepada kemahiran mengira dan menaakul kebolehan guru data.


Lampiran

ELAUN


KETERANGAN ELAUN



Garis Panduan Penyediaan ABM Perjawatan 2013 (Sumber: PPDKBB)

Garis Panduan Bagi Penyediaan Cadangan (ABM) Perjawatan Tahun 2012 KPM

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Klik Sini

Related Posts with Thumbnails