SILA KLIK SINI JUGA

FoLLow3rS

Iklan

Pertandingan Memasak 2015 SK Lahad Datu III

Sabtu, 30 Jun 2012

Khamis, 28 Jun 2012

Aktiviti 1 Keadaan Bahan Pepejal Cecair Gas (powerpoint)

Pada hari Selasa 26-Jun-2012, saya telah laksanakan satu aktiviti pertama.

Berikut merupakan bahan yang digunakan dalam kelas untuk aktiviti tersebut.














































Penulisan ini, akan ditulis kembali dengan kaedah yang digunakan dalam kelas.

Sekian.

(Kumpulan sasaran : Murid tahun 6)
Skop: Ulangkaji



Latihan Kajian Tindakan : Kajian Eksperimen

Assalamualaikum.

Perkongsian kali ini, suka untuk saya ketengahkan hasil perbincangan dan pendapat dari seorang bekas pensyarah saya iaitu Doktor Norizan (IPGM-KP Teknik KL) sewaktu dalam perbualan telefon pada hari Selasa lalu.

Isu: Kajian tindakan adakah memerlukan ujian pra dan post???

Pendapat yang diberikan dari beliau ialah, kajian tindakan yang hendak saya lakukan hendaklah mengikut format yang diberikan oleh EPRD (Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan). Dalam panduan yang diberikan lebih di ambil perhatian akan perkara berikut:

1. Isu/masalah yang dihadapi dijelaskan dengan baik dan mudah difahami dan boleh diselesaikan mengikut kaedah yang akan dilaksanakan oleh guru.

2. Aktiviti yang hendak saya jalankan, telah dirancang dan dilaksanakan dalam kelas. Seterusnya, guru akan membuat pemerhatian sepanjang aktiviti tersebut dilaksanakan samada respon daripada murid dan impak kepada guru ketika mana laksanakan aktiviti tersebut. Dalam pemahaman saya yang cetek ini, seorang guru yang telah merancang dan laksanakan aktiviti, laksanakan satu refleksi terhadap setiap tindak tanduk murid yang mengikuti aktiviti tersebut. Manakala bagi guru, melihat hasil kepuasan dalam kaedah penyampaian soalan, maklumat, aktiviti terancang, dan perbincangan yang dilaksanakan dalam bentuk yang mudah difahami. Guru akan menilai kembali kaedah yang digunakan samada 

SOALAN : menepati kepada isu/masalah yang hendak dikaji dan diselesaikan

MAKLUMAT: kaedah penyampaian guru dinilai kembali secara kendiri samada berkesan atau tidak, murid memberi perhatian atau tidak, murid memberi maklumbalas atau tidak, dan perasaan yang guru itu alami (pengalaman yang dilalui sebelum PdP dan yang kini PdP terancang).

AKTIVITI TERANCANG: guru lihat kembali samada perlaksanaan aktiviti mengikut perancangan yang dilaksanakan seterusnya adakah guru dapat mengawal setiap aktiviti tersebut dengan mengurangkan gangguan dan situasi luar jangka yang dapat beri kesan kepada aktiviti yang dilaksanakan (contoh:pengumuman dalam kelas / murid keluar masuk kelas / ketiadaan elektrik).

PERBINCANGAN: Penglibatan murid dalam sesi ini direkod dengan jumlah murid yang cuba menjawab, boleh menjawab, kemukakan soalan dalam sesi ini dan kaedah guru dalam mengawal sesi ini serta hasil yang diperolehi diakhir PdP di nilai.

3. Doktor Norizan seterusnya menerangkan bahawa saya hendaklah menggunakan kaedah Kajian Eksperimen dalam melaksanakan kajian tindakan dalam kelas sewaktu pdp. 
(Tindak balas: seterusnya, saya membuka kembali buku yang pernah dibeli iaitu Kaedah Penyelidikan Pendidikan yang ditulis oleh Dr. Mohd. Majid Konting adalah Profesor Madya di Jabatan Asas Pendidikan, Fakulti Pengajian Pendidikan, Universiti Putra Malaysia sejak 1982.) Beliau telah menerangkan dengan jelas dalam bukunya ini kaedah yang hendak digunakan dalam laksanakan Kajian Ekseperimen 
(klik sini untuk lihat biodata http://www.educ.upm.edu.my/direktori/majid.htm .)

Alhamdulillah.

Terima kasih kepada Doktor Norizan yang banyak memberi sokongan dan pendapat dalam saya laksanakan kajian tindakan bagi projek rintis untuk tahun ini (2012).

**** Guru perlu laksanakan beberapa aktiviti dalam menyelesaikan isu/masalah yang cuba diselesaikan. Setiap aktiviti ditulis PEMERHATIAN dan refleksi. Samada satu-satu aktiviti berjaya atau tidak, hendaklah ditulis dengan jujur dan ikhlas supaya tidak mengganggu kajian tindakan yang cuba hendak diselesaikan dan dikongsikan.

Sekian.




Isnin, 25 Jun 2012

Perbincangan sampel rawatan dan kawalan

Tajuk: Kajian Tindakan

Masalah/Isu : Sampel

(Pada pagi tadi dalam kantin, sesi perbincangan ringkas da bernas telah dilaksanakan tanpa dirancang dengan menggunakan masa rehat sebentar dalam kantin sebagai tempat untuk proses percambahan idea)

Perbicangan :

1) Saya kemukakan perkara ini kepada cikgu Emran mengenai latihan/aktiviti pertama yang saya hendak laksanakan (pada esok hari 26-Jun-2012) setelah dirancang (minggu lepas). Saya hendak beri set latihan kepada murid kelas saya (6PA) dan beliau (6PG). Tetapi kelas saya, akan memperolehi abm/bbm untuk aktiviti kelas/kumpulan dan latihan individu. Manakala, untuk kelas cikgu emran akan laksanakan PdP seperti biasa.

2) Cikgu Emran menyatakan bahawa, perkara yang sedang saya laksanakan ialah pembahagian sampel. Untuk kelas saya dinamakan sebagai sampel rawatan manakala kelas beliau (6PG) dinamakan sampel kawalan.

3) Untuk kelas saya (6PA) sampel rawatan adalah kumpulan yang akan saya gunakan kaedah kontekstual dalam penyampaian PdP dalam kelas. Manakala kelas 6PG akan menggunakan kaedah konvensional atau PdP berjalan seperti biasa yang dilaksanakan oleh cikgu Emran.

Terima kasih kepada cikgu Emran kerana sudi memberi idea dan pendapat dalam saya laksanakan kajian tindakan di peringkat perlaksanaan.

InsyaALLAH..untuk langkah seterusnya ialah, mulai esok, sesi pertama dalam kajian tindakan akan dilaksanakan dengan menggunakan aktiviti pertama iaitu penggunaan 'Pilih & Padan'.

Sekalipun saya tidak berapa mengerti Kajian Tindakan yang sebenar bagaimana rupa bentuknya, namun saya cuba mendapatkan beberapa info dari sumber bertulis dan juga perseorangan serta perbincangan.

Sekian untuk sesi perkongsian Kajian Tindakan kali ini.


Ahad, 24 Jun 2012

Latihan Kajian Tindakan Soalan Ramalan Sains UPSR 2012

Dalam mendapatkan soalan ramalan sains UPSR 2012, di sini saya cuba ketengahkan beberapa elemen yang dapat membantu guru dan murid untuk memantapkan lagi kefahaman konsep sains secara asas dalam bahagian B. InsyaALLAH.

Ini ialah siri 1 dalam latihan kajian tindakan saya. Harap mendapat maklum balas sekiranya ada kekurangan.





Siri perkongsian Lesson Study turut dimuatkan.



SEKIAN...

SELAMAT MENCUBA

Status Guru Berijazah dilantik ke gred baru (dari Diploma)

Lihat saja berita ini, semua orang seperti sudah biasa mendengar...melihat..dan bercerita...


Semoga semuanya dipermudahkan oleh Allah Taala... Allah lebih Maha Mengetahui akan sesuatu yang kita tidak ketahui. Bersangka baik atas setiap perkara. InsyaALLAH.

Moga Allah beri petunjuk dan hidayat kepada kita dalam memahami sesuatu. Amin.

Khamis, 21 Jun 2012

My Baby Siti Hajar

DOB 16-Jun-2012 Sabtu (Hospital Lahad Datu Sabah)


Ketika di hospital selepas selamat dilahirkan...

Dah sampai umah pun....


Baby tengah tidur ;)

Wake up!!! I'm coming

Yahooo....
(At 12.50am 21-Jun-2012)

Sekian....


Rabu, 20 Jun 2012

Rekod SAPS Pertengan Tahun 2012

Alhamdulillah, rekod pengisian markah dalam SAPS sudah selesai



Melihat memo di bawah, sangat mengujakan. Tentu perkara ini dipandang serius.


Saya mendoakan agar rakan-rakan guru yang berada di pendalaman (tiada internet) dipermudahkan segala urusan untuk key-in markah SAPS. InsyaALLAH. Saya belum ada pengalaman menjejakkan kaki di sekolah pendalaman. InsyaALLAH, ada rezeki nanti sampai juga di sana. Amin.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Klik Sini

Related Posts with Thumbnails