SILA KLIK SINI JUGA

FoLLow3rS

Iklan

Pertandingan Memasak 2015 SK Lahad Datu III

Isnin, 25 Jun 2012

Perbincangan sampel rawatan dan kawalan

Tajuk: Kajian Tindakan

Masalah/Isu : Sampel

(Pada pagi tadi dalam kantin, sesi perbincangan ringkas da bernas telah dilaksanakan tanpa dirancang dengan menggunakan masa rehat sebentar dalam kantin sebagai tempat untuk proses percambahan idea)

Perbicangan :

1) Saya kemukakan perkara ini kepada cikgu Emran mengenai latihan/aktiviti pertama yang saya hendak laksanakan (pada esok hari 26-Jun-2012) setelah dirancang (minggu lepas). Saya hendak beri set latihan kepada murid kelas saya (6PA) dan beliau (6PG). Tetapi kelas saya, akan memperolehi abm/bbm untuk aktiviti kelas/kumpulan dan latihan individu. Manakala, untuk kelas cikgu emran akan laksanakan PdP seperti biasa.

2) Cikgu Emran menyatakan bahawa, perkara yang sedang saya laksanakan ialah pembahagian sampel. Untuk kelas saya dinamakan sebagai sampel rawatan manakala kelas beliau (6PG) dinamakan sampel kawalan.

3) Untuk kelas saya (6PA) sampel rawatan adalah kumpulan yang akan saya gunakan kaedah kontekstual dalam penyampaian PdP dalam kelas. Manakala kelas 6PG akan menggunakan kaedah konvensional atau PdP berjalan seperti biasa yang dilaksanakan oleh cikgu Emran.

Terima kasih kepada cikgu Emran kerana sudi memberi idea dan pendapat dalam saya laksanakan kajian tindakan di peringkat perlaksanaan.

InsyaALLAH..untuk langkah seterusnya ialah, mulai esok, sesi pertama dalam kajian tindakan akan dilaksanakan dengan menggunakan aktiviti pertama iaitu penggunaan 'Pilih & Padan'.

Sekalipun saya tidak berapa mengerti Kajian Tindakan yang sebenar bagaimana rupa bentuknya, namun saya cuba mendapatkan beberapa info dari sumber bertulis dan juga perseorangan serta perbincangan.

Sekian untuk sesi perkongsian Kajian Tindakan kali ini.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Klik Sini

Related Posts with Thumbnails