SILA KLIK SINI JUGA

FoLLow3rS

Iklan

Pertandingan Memasak 2015 SK Lahad Datu III

Khamis, 14 Jun 2012

Kempen Menabung Agrobank 2012

Alhamdulillah pada pagi tadi (14-Jun-2012) Khamis, program khass yang dibawa oleh pihak Agrobank Kinabatangan di SK Paris 3 telah membuka minda baru kepada warga sekolah khususnya murid-murid dan ibu bapa.


Bermula program jam 10.00pagi..dengan ucapan perasmian oleh Tuan Guru Besar Encik Norazam bin Ahmad. Beliau menyatakan bahawa, ini adalah program pertama dalam kempen menabung yang diadakan pada tahun ini (2012). Dengan kehadiran pihak Agrobank yang muda-muda dan segak, ternyata membawa imej yang begitu membanggakan. Ucapan terima kasih juga diberikan kepada pihak Agrobank yang sanggup hadir ke sekolah untuk mengadakan program sebegini sekalipun jarak yang jauh dari Bukit Garam ke Paris 3 Kinabatangan mengambil masa dalam 45 minit dengan jarak 50km.

Seterusnya, ceramah kempen menabung disampaikan oleh wakil pihak Agrobank.

Selesai ceramah, majlis kemuncak ialah penyerahan insentif dari pihak Agrobank kepada pihak sekolah iaitu wang berupa cheque bernilai RM 1000.00. Ini adalah kerana, simpanan yang dilakukan oleh murid-murid SK Paris 3 dalam bank pada tahun lalu (2011) merupakan simpanan yang terbanyak dalam semua sekolah di daerah Kinabatangan. Terima kasih Agrobank. Semoga banyak lagi sumbangan yang dapat diberikan dari pihak bank selain daripada wang ringgit, kemungkinan sumbangan berupa peralatan pengajaran dan pembelajaran yang dapat manfaat terus kepada murid dapat diberikan. Wang itu saya difahamkan diberikan kerana murid menyimpan wang yang banyak dalam bank tersebut. Secara tidak langsung, insentif yang diberikan (RM1000) itu adalah untuk murid juga. InsyaALLAH.

Program telah selamat ditangguhkan pada jam 11.00 pagi. Murid yang hendak membuka akaun bank dikehendaki untuk menunggu di Anjung RMT manakala murid yang tidak terlibat masuk ke kelas masing-masing untuk belajar seperti biasa.

Alhamdulillah. Segalanya berjalan lancar.

Tahniah kepada pihak Agrobank dan juga semua murid dan guru-guru. 


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Klik Sini

Related Posts with Thumbnails
jssdk'));