SILA KLIK SINI JUGA

FoLLow3rS

Iklan

Pertandingan Memasak 2015 SK Lahad Datu III

Khamis, 28 Jun 2012

Latihan Kajian Tindakan : Kajian Eksperimen

Assalamualaikum.

Perkongsian kali ini, suka untuk saya ketengahkan hasil perbincangan dan pendapat dari seorang bekas pensyarah saya iaitu Doktor Norizan (IPGM-KP Teknik KL) sewaktu dalam perbualan telefon pada hari Selasa lalu.

Isu: Kajian tindakan adakah memerlukan ujian pra dan post???

Pendapat yang diberikan dari beliau ialah, kajian tindakan yang hendak saya lakukan hendaklah mengikut format yang diberikan oleh EPRD (Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan). Dalam panduan yang diberikan lebih di ambil perhatian akan perkara berikut:

1. Isu/masalah yang dihadapi dijelaskan dengan baik dan mudah difahami dan boleh diselesaikan mengikut kaedah yang akan dilaksanakan oleh guru.

2. Aktiviti yang hendak saya jalankan, telah dirancang dan dilaksanakan dalam kelas. Seterusnya, guru akan membuat pemerhatian sepanjang aktiviti tersebut dilaksanakan samada respon daripada murid dan impak kepada guru ketika mana laksanakan aktiviti tersebut. Dalam pemahaman saya yang cetek ini, seorang guru yang telah merancang dan laksanakan aktiviti, laksanakan satu refleksi terhadap setiap tindak tanduk murid yang mengikuti aktiviti tersebut. Manakala bagi guru, melihat hasil kepuasan dalam kaedah penyampaian soalan, maklumat, aktiviti terancang, dan perbincangan yang dilaksanakan dalam bentuk yang mudah difahami. Guru akan menilai kembali kaedah yang digunakan samada 

SOALAN : menepati kepada isu/masalah yang hendak dikaji dan diselesaikan

MAKLUMAT: kaedah penyampaian guru dinilai kembali secara kendiri samada berkesan atau tidak, murid memberi perhatian atau tidak, murid memberi maklumbalas atau tidak, dan perasaan yang guru itu alami (pengalaman yang dilalui sebelum PdP dan yang kini PdP terancang).

AKTIVITI TERANCANG: guru lihat kembali samada perlaksanaan aktiviti mengikut perancangan yang dilaksanakan seterusnya adakah guru dapat mengawal setiap aktiviti tersebut dengan mengurangkan gangguan dan situasi luar jangka yang dapat beri kesan kepada aktiviti yang dilaksanakan (contoh:pengumuman dalam kelas / murid keluar masuk kelas / ketiadaan elektrik).

PERBINCANGAN: Penglibatan murid dalam sesi ini direkod dengan jumlah murid yang cuba menjawab, boleh menjawab, kemukakan soalan dalam sesi ini dan kaedah guru dalam mengawal sesi ini serta hasil yang diperolehi diakhir PdP di nilai.

3. Doktor Norizan seterusnya menerangkan bahawa saya hendaklah menggunakan kaedah Kajian Eksperimen dalam melaksanakan kajian tindakan dalam kelas sewaktu pdp. 
(Tindak balas: seterusnya, saya membuka kembali buku yang pernah dibeli iaitu Kaedah Penyelidikan Pendidikan yang ditulis oleh Dr. Mohd. Majid Konting adalah Profesor Madya di Jabatan Asas Pendidikan, Fakulti Pengajian Pendidikan, Universiti Putra Malaysia sejak 1982.) Beliau telah menerangkan dengan jelas dalam bukunya ini kaedah yang hendak digunakan dalam laksanakan Kajian Ekseperimen 
(klik sini untuk lihat biodata http://www.educ.upm.edu.my/direktori/majid.htm .)

Alhamdulillah.

Terima kasih kepada Doktor Norizan yang banyak memberi sokongan dan pendapat dalam saya laksanakan kajian tindakan bagi projek rintis untuk tahun ini (2012).

**** Guru perlu laksanakan beberapa aktiviti dalam menyelesaikan isu/masalah yang cuba diselesaikan. Setiap aktiviti ditulis PEMERHATIAN dan refleksi. Samada satu-satu aktiviti berjaya atau tidak, hendaklah ditulis dengan jujur dan ikhlas supaya tidak mengganggu kajian tindakan yang cuba hendak diselesaikan dan dikongsikan.

Sekian.




Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Klik Sini

Related Posts with Thumbnails