SILA KLIK SINI JUGA

FoLLow3rS

Iklan

Pertandingan Memasak 2015 SK Lahad Datu III

Isnin, 11 Jun 2012

Adab Mengajar dan Belajar

Adab Mengajar
7 syarat menjadi guru iaitu
(a)kemahiran yang lengkap tentang subjeknya;

(b) suatu kehidupan amalan yang selaras dengan ilmu;

(c)penerimaan akan tidak adanya upah bagi pengajarannya;

(d) layanan kepada pelajar seolah-olah mereka anak-anaknya;

(e) suatu keyakinan yang mendalam tentang kecemerlangan ilmu dan amalan yang
dimaklumkan dari ilmu, begitu juga keinginan untuk  menanamkan keyakinan ini dalam diri pelajarpelajarnya dan dengan itu memimpin mereka ke arah kebahagiaan;

(f) lembut dan sabar dengan pelajarpelajarnya; dan

(g) menggunakan kurikulum yang bertingkat-tingkat yang disesuaikan dengan kemampuan
mental dan tahap perkembangan pelajar

Salam

Adab dan Tugas-tugas Guru

Dalam menjalankan tugasnya sebagai seorang guru, Islam telah menggariskan beberapa panduan
dari segi adab yang harus diikuti iaitu:

(a) Guru hendaklah mempunyai rasa belas kasihan kepada pelajar-pelajar dan anggaplah mereka
sebagai anak sendiri. Rasulullah S.A.W bersabda yang bermaksud “Sesungguhnya aku ini
bagimu adalah seumpama seorang ayah bagi anaknya”;

(b) Tugas guru adalah amat besar iaitu melepaskan pelajar-pelajarnya dari api neraka, manakala
biasanya usaha kedua-dua ibu bapa melepaskan anak dari neraka dunia;

(c) Guru hendaklah sentiasa ingat bahawa tugas mengajar ilmu, sama ada ilmu akhirat atau ilmu
duniawi adalah semata-mata bertujuan untuk mencapai ke arah kebahagiaan abadi di akhirat;

(d) Mengajar dengan tujuan dunia, maka akhirnya akan binasa dan membinasakan. Berlindunglah
dengan Allah daripadanya;

(e) Tidaklah layak bagi guru itu mencari upah, balasan dan terima kasih hasil dari mengajar itu.
Mengajar itu kerana Allah dan mendekatkan diri kepadaNya;

(f) Guru hendaklah mengajar pelajar-pelajar mengikut susunan dan tertib ilmu pengetahuan,
contohnya ajarlah pelajar-pelajar itu dengan ilmu yang terang dahulu kemudian yang
tersembunyi

(g) Guru hendaklah sentiasa menjelaskan kepada pelajar bahawa maksud menuntut ilmu adalah
untuk mendekatkan diri kepada Allah Ta’ala dan bukan kerana ingin menjadi pemimpin,
kemegahan dan perlumbaan. Terangkan juga akan keburukan sifat-sifat di atas; 

(h) Dalam memberi teguran ke atas pelajar yang bersalah, lakukan dengan cara sindiran dan tidak
dengan berterus-terang. Menegur dengan kasih sayang, tidak mengejek-ejek. Teguran yang
terang menyebabkan pelajar hilang takut kepada guru, berani menentang dan suka
meneruskan sifat yang jahat itu;

(i) Seorang guru yang mengajar sesuatu mata pelajaran, tidaklah boleh mempersendakan mata
pelajaran lain di hadapan pelajarnya. Sebaliknya guru hendaklah menggalakkan pelajarnya
mempelajari mata pelajaran lain dengan seluas-luasnya, dan sentiasa mengajar kemajuan
pelajarannya;

(j) Janganlah diajar pelajaran yang belum sampai peringkat pemahaman pelajar, kerana ditakuti
pelajar akan putus asa atau otaknya akan tumpul. Rasulullah S.A.W bersabda yang
maksudnya "Kami para Nabi disuruh menempatkan masing-masing orang pada tempatnya
dan berbicara dengan mereka mengikut tingkat pemikirannya”;

(k) Jika didapati pelajar telah faham terhadap pelajaran, kembangkanlah lagi ilmu pengetahuan
itu hingga mendalam;

(l) Pelajar yang singkat atau lambat pemahamannya terhadap pelajaran, berikanlah penjelasan
yang terang dan peringkat yang layak baginya;

(m) Sekiranya ada sesuatu perbahasan yang tidak layak diterangkan kepada pelajar itu, maka
janganlah diberitahu kepadanya tentang adanya perbahasan yang lebih mendalam. Kerana ia 
akan menimbulkan kurang keyakinannya dan keinginannya kepada huraian yang ringkas itu,
dan menganggap gurunya kikir (kedekut);

(n) Guru haruslah beramal dengan ilmu pengetahuan itu sepanjang masa kerana tindak-tanduknya
itu sentiasa dilihat oleh pelajar-pelajarnya, menjadi contoh dan keyakinan kepada pelajarnya
pula untuk beramal. Allah Ta’ala berfirman (al-Baqarah:44) yang maksudnya "Adakah kamu
menyuruh orang lain dengan berbuat baik dan kamu lupakan dirimu sendiri”.

(o) Tidak melakukan maksiat kerana dosa orang yang berilmu adalah lebih besar dari dosa orang
bodoh melakukan maksiat. Jika orang berilmu (guru)  melakukan maksiat, nescaya orang
ramai (pelajarnya) mengikuti tanpa ia sedar bahawa itu dosa. Ali r.a berkata “Ada dua orang
yang mendatangkan bala bencana kepada kita, iaitu orang yang berilmu tidak menjaga
kehormatan dan orang yang bodoh kuat beribadat. Orang yang bodoh itu menipu dengan
peribadatannya dan orang yang berilmu itu menipu manusia itu dengan kelengahannya”


Sumber-sumber ilmu
Dalam ajaran Islam, al-Quran dan hadis adalah sumber utama ilmu pengetahuan. Prof. Syed
Muhamad Al-Naquib Al-Attas (1976) telah membahagikan ilmu kepada dua iaitu ilmu yang diberi
oleh Allah s.w.t. sebagai kurniaNya kepada insan iaitu melalui wahyu dan kedua ilmu yang dicapai dan  diperolehi oleh manusia itu sendiri berdasarkan daya usaha aqliahnya yang berpunca daripada
pengalaman hidup, indera, jasmani dan nazar-aqali berdasarkan pemerhatian, penyelidikan dan
pengkajian. 

Berdasarkan kenyataan di atas, sumber-sumber utama  ilmu dapatlah dikategorikan seperti
berikut; iaitu dari sumber agama, pancaindera, penaakulan, intuisi dan autoriti. Ilmu yang utama dalam Islam sudah pastilah ilmu yang satu yang berasal dari Allah Ta’ala (wahyu) dan hadis-hadis Rasulullah  S.A.W. Ilmu dari Allah disalurkan kepada RasulNya untuk mengatur tindakan manusia agar wujud  keharmonian antara manusia dalam kehidupan mereka.  Melaluinya manusia  memperolehi pengetahuan agama, akhlak dan alam ghaib. 


Adab Belajar

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Klik Sini

Related Posts with Thumbnails