SILA KLIK SINI JUGA

FoLLow3rS

Iklan

Pertandingan Memasak 2015 SK Lahad Datu III

Khamis, 7 Februari 2013

Bengkel Kutipan Data Operasi Sekolah Rendah (DOSR)

Pada hari ini 07-Februari 2013 (Khamis) bermula 8.00 pagi hingga 5.00 petang (insyaALLAH), bengkel DOSR telah diadakan di PPD Kinabatangan.

Alhamdulillah, banyak perkara yang dapat dipelajari. Sebarang kemusykilan dapat di selesaikan dengan lebih baik dan berhemah. Terima kasih kepada pihak PPD Kinabatangan dan wakil JPN Sabah yang banyak memberi kerjasama dan taklimat yang bermakna.

Sedikit perkongsian untuk perhatian dan rujukan bersama

Bengkel Sesi Pertama

Isu dan perkara yang dibentangkan untuk diperbincangkan
1. Isu perjawatan guru yang mendapat kenaikan pangkat (time based / gred PPLD - PPPS), hakiki / KUP

2. Jawatan Guru INTERIM / LPBS (sudah dimasukkan untuk tagging)

3. Penggunaan LOG IN dalam sistem e-operasi adalah rahsia. Guru Data boleh membantu.

4. Kemaskini maklumat staf (selepas tarian singa)

5. Permohonan EG-Tukar di Sabah sebanyak 1204 mohon masuk ke Sabah dan 1022 mohon untuk keluar pindah dari Sabah dan daerah Kinabatangan merupakan daerah ke-4 tertinggi permohonan untuk pindah bah.

6. Jenis Guru (tagging) untuk Guru Besar masih diletakkan dalam kumpulan Guru Akademik Biasa. (?)

7. Jenis Lantikan untuk LPBS khas bagi guru dalam latihan sahaja. Manakala guru j-Qaf ialah yang dilantik oleh SPP untuk perjawatan di sekolah sebagai Guru j-Qaf.

Maklumat tambahan bagi lantikan guru j-Qaf akan dimasukkan kemudian bah....

Masa rehat dulu....dapat makan mee goreng 








Sistem log in di PPD Kinabatanfgan
Canggih bah




Kemaskini kembali 10 Feb 2013



Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Klik Sini

Related Posts with Thumbnails