SILA KLIK SINI JUGA

FoLLow3rS

Iklan

Pertandingan Memasak 2015 SK Lahad Datu III

Sabtu, 7 Mac 2009

Model Pengajaran

Kh4s uTk y4Ng T3rTeNtu =)
Atas dasar keperihatinan utk tugasan yg telah diberikan oleh Pn.Chin kepada kelas aku, aku telah amik inisiatif utk menyediakan beberapa nota untuk sedikit kefahaman bersama dan sekiranya terdapat sebarang kekurangan, kuharap kalian dapat membantu, menegur dan memberi tunjuk ajar krn diriku di ambang keawang-awangan melata di langit dan bumi mencari erti sebenar kehidupan utk terus berjaya dan mencapai misi menjadi guru cemerlang dan insan yg berjaya bahagia dunia akhirat (kata2 aluan dulu beb...)
-Model Ekspositori
-Model Pemerosesan Maklumat
-Model inkuiri
-Model Projek

1) Model Ekspositori

Ia bermaksud penerangan yang jelas dan terperinci. Dalam konteks pengajaran ekspositori merupakan penyampaian maklumat atau isi kandungan pelajaran secara langsung kepada murid-murid di dalam kelas.Oleh itu,kaedah ekspositori ialah cara penyampaian pelajaran melalui penerangan,bercerita atau demonstrasi dengan tujuan mengajar sesuatu.Dalam model ekspositori ini,guru memberi penerangan terlebih dahulu dan murid mendengar dengan teliti hingga mereka memahami dan mengingatinya atau merekodkan isi pentingnya dalam buku rekod mereka.Guru boleh menggunakan model ini untuk menerangkan konsep, fakta,hokum,prinsip atau teorem matematik.Dari segi implikasi sesuai untuk peringkat perkembangan.Guru juga mendapat manfaat dari segi menjimatkan masa ketika menyampaikan pelajaran kerana dengan kaedah ini guru dapat terus menyampaikan semua maklumat tentang konsep dalam masa yang lebih singkat dan murid-murid hanya duduk diam dan mendengar sahaja.

Contoh:-Model Resepsi Ansubel (David P.Ansubel 1961).

2) Model Inkuiri

Menekankan proses soal selidik untuk mendapatkan maklumat.
Aktiviti soal selidik ini memerlukan murid mengenal pasti bentuk-bentuk soalan ,membentuk hipotesis,merancang dan menjalankan aktiviti kajian dan akhir sekali membuat rumusan.

Contoh:

a) Model Inkuiri Sains (Model Dewey)
-digunakan untuk mengkaji prinsip,fenomena dan cirri-ciri unsur sains.
-berlandaskan kepada 5 langkah:

MENGENAL PASTI MASALAH > MENCARI MAKLUMAT RUMUSAN > MEMBUAT HIPOTESIS > MENGUJI HIPOTESIS > MENILAI DAN MEMBUAT RUMUSAN

b) Model Inkuiri Sosial
-Mengkaji topik-topik yang berkaitan dengan bidang kemasyarakatan dan kemanusiaan.
-Proses kajian berlandaskan kepada aktiviti pemerhatian,temubual atau soal selidik.
-Merangkumi 6 langkah:

PEMBENTUKAN MASALAH OLEH GURU > PEMBENTUKAN HIPOTESIS OLEH MURID > MEMBERI DEFINISI KEPADA HIPOTESIS > PERBINCANGAN KESAHAN HIPOTESIS > MENCARI SOKONGAN UNTUK HIPOTESIS > MEMBUAT KESIMPULAN ATAU RUMUSAN




c) Model Inkuiri Jurispudential
-Digunakan untuk mencari kebenaran dan ketepatan isu-isu.Ia juga berlandaskan kepada aktiviti perdebatan.
Contoh:Belajar Sains adalah lebih berguna daripada belajar Sastera.

Terbahagi kepada 3: -
i) Inkuiri Terbimbing*Melalui bimbingan guru*Sesuai digunakan untuk peringkat Sek.Rendah dan Menengah.

ii) Inkuiri Terbuka
*Tidak di beri sebarang bimbingan .Segala proses dijalankan olehmurid sendiri.
*Sesuai digunakan pada peringkat sekolah menengah atas dan peringkat yang lebih tinggi.

iii)Inkuiri Suchman
*Berlandaskan andaian bahawa strategi –strategi yang digunakan oleh ahli sains boleh juga digunakan sebagai model pengajaran dalam mata pelajaran sekolah,khasnya mata pelajaran sains.

3) Model Projek
-Diperkenalkan oleh Professor William Kilpatrick (1871-1965).
-Menekan konsep pembelajaran murid untuk menambah minat ketika melaksanakan aktiviti pembelajaran yang dirancang.
-Menyarankan bahawa murid-murid belajar melalui aktiviti permainan,kerja praktik,kajian luar dan lawatan.

4) Model Pemperosesan Maklumat

Contoh Model:
a)Teori Pemerosesan Maklumat R.M Gagne.
-Teori ini menjelaskan bagaimana maklumat dalam sesuatu proses pembelajaran diperolehi.
-Rangsangan dari persekitaran luar diterima dalam system saraf melalui deria,selepas itu maklumat akan ditafsir dalam satu ingatan,kemudian ia di hantar kepada stor jangka panjang dan akhirnya kepada penggerak tindak balas melalui system saraf.
-Fasa-fasa proses pembelajaran menurut teori Gagne.

Fasa motivasi – Jangkaan
Fasa kefahaman – Pemerhatian –Simpanan Persepsi
Fasa Perolehan – Pengekodan – Simpanan Awal
Fasa Penahanan – Penyimpanan – Stor Ingatan
Fasa Ingatan Kembali – Mengingat Kembali – Mencari
Fasa Generalisasi – Pindahan
Fasa Prestasi – Gerak balas
Fasa Maklum balas – Peneguhan



Lapan jenis Pembelajaran Untuk Memperolehi Maklumat
Pada tahun 1977,Gagne cuba menghuraikan lapan jenis pembelajaran daripada peringkat yang mudah kepada peringkat yang kompleks:
1) Pembelajaran Melalui isyarat
-Berbentuk primitif.
Contohnya: Manusia melalui pengalaman,mempelajari isyarat asap seperti kebakaran.
2) Pembelajaran stimuli-tindak balas
-Menghubungkaitkan stimuli yang dirancang dan dirangsangkan dengan tindak balas individu.
Contoh:Guru menunjukkan sesuatu benda konkrit,murid menyebut namanya.
3)Pembelajaran Melalui Rantaian
-Merujuk kepada pelbagai hubungkait daripada pembelajaran stimuli-tindak balas selepasnya.
Contohnya:Membuat ayat dengan menghubungkaitkan perkataan-perkataan .
4)Pembelajaran Melalui Asosiasi Verbal
-Merupakan bentuk asas pembelajaran bahasa.
Contohnya:Mengaitkan nama orang dengan alamatnya.
5)Pembelajaran Melalui Pelbagai Pembezaan.
-Merujuk kepada pembelajaran untuk memilih satu sahaja tindak balas terhadap pelbagai rangsangan.
Contohnya:Sebutan e dan e,murid akan menggunakan satu sahaja sebutan seperti semak,bela.
6)Pembelajaran konsep
-Merujuk kepada pembelajaran membentuk konsep dengan perwakilan symbol berdasarkan cirri-ciri yang sama.
Contohnya:Beg,buah-buahan,buku.
7)Pembelajaran prinsip.
-Merujuk kepada pembelajaran perkaitan dua atau lebih konsep yang telah dipelajari.
Contohnya:Air mengalir ke tempat yang lebih rendah.
8)Pembelajaran penyelesaian masalah
-Merupakan pembelajaran melalui proses berfikir,iaitu memikir cara penyelesaian masalah dengan menggunakan konsep dan prinsip yang telah dipelajari.
Contohnya:Menyelesaikan masalah matematik.

Model Taba
Menekankan pembentukan Konsep;konsep boleh dibentuk dengan tepat melalui penyusunan bahan-bahan pengajaran dalam suatu sisitem yang sesuai.
Sesuatu konsep haruslah dilakukan melalui 4 peringkat utama,iaitu:
1) Peringkat penyusunan data
Menyusun fakta-fakta dengan memerhatikan cirri-ciri persamaan dan perbezaannya.
2) Peringkat membentuk konsep
Menggolongkan dan mengelaskan fakta-fakta berdasarkan cirri-ciri persamaan supaya menjadi kategori tertentu.
3) Peringkat membentuk hokum
Membuat kesimpulan atau generalisasi ke atas hubungan-hubungan di antara kategori-kategori yang dibentuk dalam peringkat 2.
4) Peringkat aplikasi
-Penggunaan generalisasi atau kesimpulan dalam situasi baru.

KONSEP PEMBELAJARAN

Pembelajaran merupakan satu proses mengakumulasi maklumat dan pengalaman secara berterusan. Proses pembelajaran melibatkan pelaksanaan strategi supaya pelajar dapat mencapai matlamat dan perubahan tingkah laku tertentu serta memperoleh kebiasaan,pengetahuan dan sikap yang positif.

Pembelajaran biasanya diertikan sebagai perubahan tingkahlaku yang kekal dan stabil disebabkan oleh pengalaman atau latihan yang diteguhkan.

Proses pembelajaran bukan disebabkan oleh factor kematangan atau factor-faktor perubahan konstitusi badsan. Sebarang penggunaan tenaga untuk pembelajaran bahan baru dan penyelesaian sesuatu masalah boleh dianggap sebagai sebahagian dsripada prosese pembelajaran.

Ciri-ciri pembelajaran

-Ia adalah proses yang berterusan.
-Ia boleh berlaku secara disedari atau tidak disedari.
-Ia melalui proses yang spesifik seperti rajah dibawah:
Proses pembelajaran
-Rangsangan dan persekitaran
(guru, buku, ibu bapa, rakan, filem)
-rangsangan sesuai dipilih oleh organ deria.
(rangsangan positif dan bermakna)
-rangsangan diproses dalam otak untuk diberi makna dan diterima.
(pemikiran dan pengalaman, pemikiran refleksi, analisis, dan penilaian)
-pembentukan pengalaman atau pengetahuan dalam ingatan.
(diterima dan kekal dalam ingatan untuk dipanggil semula)
-mengamalkan pengalaman atau pengetahuan baru dalam suatu situasi yang sesuai dan sepadan.
(pemindahan pelajaran dalam situasi yang sama).
-Perubahan tingkah laku.
(pembelajaran sebenar)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Klik Sini

Related Posts with Thumbnails