Makmal Komputer 2
Melangkah kakiku masuk ke dalam makmal komputer sekolah itu memberikan ku sedikit kejutan kerana alat teknologi komputer dan sumber maklumat yg sebegitu canggih berbanding sekolah yg lain dalam pandangan ku selama ini. Aku dan shahrul rakan ku memberi salam kepada cikgu shahrul yg sudah pun berada terlebih dahulu dalam makmal tersebut kerana membuat persediaan utk PNP bg subjek SAINS tahun 3 yg bakal di ajarnya sebentar lagi menggunakan konsep yg baru iaitu penggunaan EDUWEBTV sbg bahan PNP. Seketika kemudian, terdengar suara2 kecil yg berkeroncong di luar jendela dan daun pintu membuatkan ku terpandang akan murid2 kecil yg beratur utk masuk ke dalam makmal ini.
Kesemua murid mula memasuki ruang makmal memenuhi tempat duduk dalam makmal sambil menanti cikgu shahrul utk memulakan pengajaran.Cikgu shahrul mengarahkan murid2 tersebut supaya hanya menanti dgn penuh kesabaran dan bukannya membuat bising maupun mem'buka' komputer. Setelah hampir 5minit berlalu cikgu shahrul pun mulakan video mengenai 'PLANT' melalui internet dlm laman sesawang eduwebtv tersebut.Sambil mengarahkan kesemua pelajar mengambil perhatian dan diam ketika video tersebut dimainkan. Video tersebut dilakonkan oleh seorang murid yg kecil dan byk soalan2 berkaitan sains melalui 'inquiry & discovery' sementara itu ada juga penterjemah bg mereka yg kurang upaya iaitu BAHASA PEKAK (byk la jejari tgn yg digunakan utk memberi makna dalam setiap perkataan video terbabit).
Kuperhatikan kesemua murid2 mengambil sepenuh perhatian terhadap video yg dimainkan,wpon menggunakan internet tetapi tidak tersekat2 video tersebut dan talian internet berada dalam keadaan yang sangat baik (Alhamdulillah).Setelah 30minit berlalu, video tersebut masih belum habis ditayangkan malah aktiviti2 dlm video terbabit sgt menarik perhatian murid2 sbg cth ditunjukkan berapa byk penggunaan air yg diperlukan oleh tumbuhan dan apakah kesan2nya jika air tersebut terlalu kurang dan berlebihan.Tetapi mata2 ku mula menunjukkan tanda2 kelesuan dan bintang2 mula mampir dtg di minda ku sambil teringat akan bantal sarung biruku yg menjadi teman tidurku. Ahhh...ini semua mainan syaitan. Kugagahkan diriku utk terus memperjuangkan semangat dan masa SBE ini demi menimba seberapa byk ilham,pengalaman,ajaran didikan, dan corak fikiran supaya aku dapat menyiapkan TASK2 yg diberikan disamping mencapai MISI dlm SBE spjg 2minggu ini.
'OPEN YOUR BOOK AND CHECK FOR VOCABULARY OF SCIENCE, SPEAK AND SPELL LAUDER!' cikgu shahrul memberikan arahan secara tetiba,rupa2nya video tersebut sudahpun tamat riwayatnya sambil rakanku shahrul memerhatikan aku yg sebentar td agak terhangguk2 umpama mengIYERkan sesuatu (paham lah konon) dlm keadaan mata yg agak berair kemerahan spt org putus cinta. Kusedarkan diri dari lamunan mimpi dan perhatikan kembali murid2 tersebut masing2 sibuk mencari perkataan2 sains utk diluahkan kepada cikgu shahrul sambil memberi makna dan maksud dlm setiap perkataan tersebut. Amat berbeza sekali dengan kelas yg aku masuk sebelum ini iaitu kelas yg di ajar oleh cikgu kamisah yg mane cikgu kamisah byk membantu murid utk memberi keterangan dan makna bagi setiap perkataan yg diberikan/dicari.Inilah perbezaan ketara bagi kelas pertengahan dan kelas terakhir. Bukan salah cara cikgu tetapi atas daya usaha dan kebolehan murid tersebut utk memahami sesuatu perkataan sains.
Pendekatan PNP yg ditunjukkan oleh cikgu shahrul hanya menggunakan buku teks sepenuhnya sebelum mengaitkan dgn VIDEO yg ditunjukkan. Setelah selesai sesi mengenal pasti perkataan2 yg perlu difahami oleh pelajar, cikgu shahrul mula bertanya tentang 'PLANT' dan apakah yg mereka (murid) dapat dari video yg ditunjukkan. Dengan mudah dan santai murid kelas tersebut dapat menjawab dgn penuh perasaan dan berlumba2. Cikgu shahrul teruskan PNP dgn mengemukakan
TYPE OF PLANT (FLOWER & NON FLOWER)
MOST PLANT HAS GREEN LEAVE. WHY?
CHECK SOME PICTURE OF PLANT AT GOOGLE
Salah satu perkara yang membuatkan hati ku berguling2 ialah, cikgu shahrul bertanya kpd murid2 bagaimanakah rupa bentuk petai? hampir kesemua murid2 dlm kelas tersebut tidak mengetahuinya. Ini menunjukkan bahawa pengetahuan am luaran murid sgt terhad untuk mengenali tumbuhan tempatan atau sayuran yg krg popular di kelompok mereka mungkin kerana fenomena persekitaran yg hidup dgn penuh kecanggihan dan makanan2 yg alaaa kebaratan gitu (khasiat sgt ker camtu???)
Maka dengan ini, cikgu shahrul telah mengerahkan kesemua murid utk mencari gambar2 bg jenis2 tumbuhan yg telah disenaraikan di hadapan 'white board'. Mereka hendaklah mencari di laman sesawang GOOGLE.COM
Kujadikan segala bentuk PNP cikgu shahrul sbg pengajaran dan panduan serta menjadi ikhtibar agar menerapkan pengetahuan KAMPUNG kepada anak2 didik bilamana mereka dikawasan bandar tp kurang pendedahan akan tumbuhan tempatan. (its important or not??? Lu pikirlah sendiri~)
kepada dr. Norizan & Rakan2 ku terutama fadzil terima kasih kerana membaca blog ku dan memberi KOMEN secara halus dan sokongan utk kuteruskan jua menulis blog ini. Biase lah, pertama kali wat blog...maybe next time akan kucuba mewujudkan blog yg agak FORMAL bg santapan semua. Blog ini agak bercampur2 tp yg penting tiada kaitan selain dari Pendidikan dan waktu2 ku belajar (unsur2 perasaan peribadi dan hidup berdiari xder ler....hehe)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan