Seketika ku berfikir di waktu pagi kali ke-2 nk jejakkan kaki sekali lagi utk SBE. Apelah agaknya nk dibuat sdgkan PLAN SBE telah dirancangkan oleh jbtn sains utk kami yg pergi SBE. Dgn penuh harapan yg agak menggunung dan doa yg tidak putus2 spjg perjalanan ke sekolah bertemankan Eva ku, ku memecut laju ke sekolah kerana jam sudah hampir menunjukkan wktu 7.15pagi. Semua ni gara2 kerana melayan buletin pagi Tv3 yg aku minati.
Sesampainyer di sekolah, mcm biasa lah kena check in dgn gunakan thumbprint (canggih tol) yg disediakan dlm pejabat. Permulaan pagi yg agak mengarut kerana sepatutnya dah tau ape yg perlu dibuat, tp aku masih terkial2 memikirkan bagaimanakah corak yg perlu dilakukan utk menarik hati dan perhatian cikgu2 disitu supaya membenarkan aku masuk ke kelas BI dan juga Sains. Dgn penuh kemaluan dan kemahuan aku menggagahkan diri utk bertemu dgn Ketua Panitia Bahasa Inggeris yg kebetulan pd waktu itu ada dlm bilik guru sambil dia memegang cawan dan kuih di tgn2nya. Sebaik sahaja dia menyirup air milo tanpa pelawa aku, aku terus menegurnya dgn nada yg agak perlahan kerana ku percaya permulaan pagi merupakan mood yg agak baik utk setiap insan dan jika kita mulakan dgn senyuman pastinya akan di balas dgn senyuman. Taktik ku berjaya krncikgu tersebut membenarkan aku dan kwn2 yg lain utk mengikuti kelas BI yg akan diadakan di Makmal Komputer.
Tepat jam 8.40 kami bergegas pergi ke Makmal komputer utk mulakan aktiviti melihat, memerhati, menyibuk dan memikirkan apekah corak2 PNP yg bakal berlaku dlm kelas cikgu tersebut. Tp dgn selamba nyer cikgu tue menghubungi cikgu yg lain kerana ingin menempatkan setiap sowang dari kami dlm kelas BI yg berlainan (mentang2 KP, so juz guna Hp jer la). Maka aku telah diletakkan dlm kelas tahun 5 yg merupakan kump.terakhir di ajar oleh seorang cikgu yg bernama Pn.Zamzuriah. Setibanya aku di hadapan kelas, cikgu zam (senang sket nk panggil) mengalu-alukan kedatangan aku dgn penuh semangat dan menempatkan aku di tempat duduk belakang disusuli dgn beberapa buku latihan yg digunakan dlm PNP yg dijalankan.Cara yg digunakan agak tradisional tanpa menggunakan sbrg ABM maupun BBM krn bg dia cara tradisional lagi berkesan utk murid2 yg kelas terkebelakang sekali.Ntah betul ataupun tidak ku teruskan aktiviti melihat2 dan mengkaji2 apo lah agaknyer yg cuba ditunjukkan kepada aku spjg PNP dia maklumlah dia merupakan salah sowang cikgu yg agak senior dalam sek tu. 30minit sudahpun berlalu, ucapan terima kasih sahaja dapat kuberikan kpd dia sbg tanda penghargaan kerana sudi menerima kehadiran ku sbg mata dan telinga dia ketika mengajar dlm kelas tersebut walhal pepagi sebelum dia masuk kelas BI tu, kwn aku yg majr math tu cuba mendapatkan kebenaran utk masuk kelas dia, tp xdpt. Itu lah yg dikatakan bahawa tuah ayam nampak di kaki tapi tuah aku ade dlm hati terluah dgn kata2 diterima dgn cikgu zam yg baik hati =)
Setelah cikgu zam keluar dari kelas, aku masih lagi duduk di belakang kelas sambil diperhatikan oleh murid2 kelas yg agak kekok tgk aku hanya menunduk sahaja seolah2 byk pulak ditulisnya berbanding mereka yg hanya tulis berdasarkan ape yg ade di 'whiteboard'. Peliknyer mereka hanya salin tp xpaham ape yg ditulis berdasarkan pengamatan aku terhadap beberapa org pelajar (aku xplain dlm next topik). "SEMUA ORG TURUN KE DALAM MAKMAL SAINS 3 SEKARANG!!!" tersentak dgn suara yg keluar dr luar bilik darjah, murid2 kelas semua terhegeh2 keluar menghadap blok sebelah didapati cikgu sains mereka sedang menunggu dgn penuh HARAPAN utk mengajar mereka di makmal sains. Secepat pantas murid2 dlm kelas itu beraksi umpama cacing yg kepanasan bergrak ke makmal. Itu lah dia cikgu sains mereka iaitu cikgu Kamisah.
Aku pun dgn selamba pun turun bersama2 murid kelas dan masuk dlm makmal tersebut (xgtau dulu yg nk join) cikgu kamisah telah tercongok di meja makmal bersama2 sebatang rotan di tgn sambil memerhatikan murid2 yg masuk lalu terpandang aku (mak ai..besar nyer rotan). Sambil dia memegang rotan tersebut, aku mengatakan ingin masuk ke kelas dia krn nk belajar dan lihat cara PNP yg dijalankan dalam Makmal bg subjek SAINS selaku subjek major aku. Cikgu Kamisah kata OK jer, fuhhhh...lega rasenye lalu aku menempatkan diriku jauh di belakang makmal kerana taknak mengganggu konsenterasi murid2 lain.
Rupe2nye PNP sains utk kelas tu selama 1jam 30minit (lame gile). Habis sahaja kelas tersebut aku betul2 rs lega dan berlapang dada kalau tidak banyak lah bende nk di tulisnya berdasarkan pengamatan2 PNP yg cikgu kamisah buat. Caranya agak mudah dan tidak juga menggunakan sebarang ABM BBM. Setelah abis kelas sains tue, ku meneruskan ke ruang pusat sumber utk melihat2 ade ke tidak ABM BBM yg bleh digunakan utk kelas SAINS yg dijalankan tadi berdasarkan tajuk dan topik yg berkaitan iaitu pengelasan haiwan berdasarkan sumber makanan dgn kata lain nyer KARNIVOR, HERBIVOR DAN OMNIVOR. (akan dibincangkan dlm topik seterusnya). Setelah abis meninjau keadaan di pusat sumber, sekali lagi paluan kompang kahwin dan gendang cina org mati kedengaran tidak jauh dari lubang telinga ku, rupa2nye perut ku agak kelaparan tidak terhingga lalu ku mencari teman2 yg lain utk menikmati hidangan di kantin. Tetapi amat malang bagi ku kerana mereka sume sudah makan bersama sewaktu aku dlm makmal sains tadi. Nak tak nak, aku kena jugak gi makan kalo tidak aku tidak dapat berfikir dgn baik apetah lagi diwaktu itu panas semakin hangat dan titisan peluh mula membasahi diriku.
Pada hari ini, sekola tu hanya mengadakan PNP hingga jam 11.15pgi sahaja kerana selepas itu aktiviti utk pertandingan melukis dan mewarna telah diadakan dan semua murid dan guru2 terlibat sama utk memastikan potret dan lukisan tersebut disiapkan dan dihantar sebelum tamat sesi persekolahan.
Sementara aktiviti tersebut berjalan, kami yg SBE ni duduk dlm bilik guru sambil membincangkan sesuatu yg agak bernas utk dikongsikan bersama atas ape jua pemerhatian yg dibuat spjg hari ini berlandaskan TASK KKBI dan SBE SAINS yg diberi. Cukup syukur dan Alhamdulillah kerana kesemua task tersebut boleh dikatakan kami perolehi dgn suksesnyer...yeahhh chaiyuk mustakim~ (cewah)
Dgn hati yg agak riang dan gembira aku melangkah kuar dari sekola sambil memikirkan perkara2 yg bakal aku lalui utk esok ari. HuHu...
Gembiranya hati ini dikala kawan2 ada bersama ku..dikala keseorang ku menjadikan sbg satu peluang utk membina daya pikiran mencipta dan mereka2 blog serta perkara2 yg boleh dilakukan dlm kelas nnt. Camne lah agaknyer ek kalo dah jadi cikgu betul2...hopely semuanye Ok jerk
Tq 4 u all 2 b my frend...(foreBer)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan