HARI YANG KU TAK TERDUGA
Alhamdulillah syukur kehadrat Ilahi dgn rahmat kasihnya ku mampu lagi meneruskan menjalankan rutin SBE mcm biasa pada hari ni. Seperti yang dirancangkan, dalam minggu ini aku, shahrul dan kak.amy ingin membuat wawancara kepada cikgu2 sains bagi memenuhi keperluan TASK yang diberikan.
Pagi itu ku meluncur laju berkejar masa utk masuk ke dalam pintu pagar sekolah sambil sebuah kereta persona mengekori ku dengan rapat. Huh, tidak ku sangka rupa2nya kereta itu kepunyaan hasniza (budak kpli-math) yang turut lewat dtg ke sekolah pada pagi itu. Setelah masuk ke bilik guru dan mengambil tempatku, segera aku mencari2 sasaran cikgu utk diwawancarakan pada hari ini kalau lah dapat. Sementara itu shahrul dan kak amy, ku minta kerjasama dari mereka utk menemui GURU BESAR dan PK HEM selaku guru sains yg paling lama di sekolah itu utk di temuramah dari aspek2 sejarah pnp sains di sekolah itu serta perancangan2 dan projek2 yg dijalankan di sekolah itu serta mengenal pasti prestasi murid dari tahun ke tahun mengikut bahan dan program yg dilakukan khasnya utk subjek sains.
Dengan pantasnya ku berlari menerkam cikgu kamisah bt jantan selaku guru sains yg agak senior jugak la kerana dia sudahpun berkhidmat lebih kurang dalam 6 tahun masuk tahun ini. "Cikgu, jika cikgu berkelapangan hari ni boleh tak cikgu melapangkan masa utk membantu saya dalam mencari maklumat yg diperlukan bg program SBE?" kata ku kepadanya dlm keadaan yg agak kelam kabutan "BOLEH! Jumpa saya selepas rehat kerana saya ada kelas hingga jam 10.45pagi. Kita leh bincang dalam jam 12.00 tengah hari ke atas." kata cikgu kamisah kepadaku dengan penuh semangat dan tegas. Cikgu kamisah mmg dikenali di kalangan murid2 sbg seorang guru yg agak tegas tetapi amat mengambil perhatian terhadap setiap anak muridnya. Ku bertanya lagi boleh kah masuk ke dalam kelas sains nya sebentar lagi bg tahun 5 aveora (lebih kurang bunyi nye camtu), dia kata ok jerk. Mmg spoting cikgu kamisah dan tiada masalah. Sementara itu shahrul dan kak.amy tidak berpeluang berjumpa dgn GB kerana GB ada kelas pd waktu tersebut lantas kupelawa mereka berdua utk masuk bersama dalam kelas sains cikgu kamisah yg akan diadakan di makmal sains.
"korang abis kelas jam berapa?" kata hasniza kepada kami sebelum kami pergi berlalu pergi masuk ke dlm kelas sains yang akan berakhir jam 10.45pagi (sains 3masa=90minit utk tahap 2). Kesian pula lihat hasniza kerana terpaksa menunggu kami pula sebelum pergi rehat bersama. Kami katakan jumpa kat kantin jer nanti tanpa tunggu kami kalau dah lapar. Nanti sakit kan susah =)
Kelas sains telah pun bermula dalam makmal sains yg agak besar. Terdapat 4kumpulan pelajar yg mana lelaki 3kump dan perempuan 1kump sahaja. Perkara ini amat mengjanggalkan saya dan kawan2 yg lain (lelaki pulak lagi ramai dari pompuan). Cikgu kamisah meneruskan pelajarannya dgn mengulang dan mengingatkan kpd semua murid tentang isi pelajaran sebelum ini utk mengenal pasti bhw pelajar dapat mengaitkan isi pelajaran yg lalu dgn pelajaran yg bakal di beri pada hari ini. Ada sebahagia murid yg ingat tentang konsep2 jenis kumpulan haiwan yg pernah diterangkan sebelum ini manakala ada juga yg tidak ingat dan lupa apakah kumpulan2 haiwan dan maksudnya. Ini semua bergantung kepada murid itu sendiri kerana mereka telah di amanahkan oleh cikgu kamisah utk mengulangkaji di rumah dan ingat setiap vocabulary yang berkaitan serta maksud dan maknanya.
Kelas diteruskan dengan Food Chain. Di sini nampak byk sgt perubahan dari segi interaksi murid dan cikgu kerana cikgu kamisah menyatakan akan memberi peluang menonton vieo cipataannya yg hanya satu di dunia paling menarik tertarik kepada kumpulan yg berjaya menjawab soalan dan beri kerjasama ketika sesi pelajaran di adakan. Kelihatan di sini, byk soalan2 yg di ajukan oleh cikgu kamisah di sambut baik leh murid2 sekalipun murid2 hanya mencuba menjawabnya namun cikgu tidak menyekat peluang utk mereka menyuarakan pendapat, jawapan dan idea yg ingin di sampaikan. Ini memberi byk peluang kepada murid dlm setiap kumpulan utk berlumba2 menjawab soalan FOOD CHAIN yg tertentu boleh dijawab. Sekiranya semua murid tidak dapat menjawabnya, cikgu kamisah akan memberikan sedikit KLU dan perkaitan yg membolehkan mereka berfikir.
C0nToH =)
(Plant is a producer. Why we call plant as a producer? Murid menjawab= because plant not eat anything. Kemudian cikgu kamisah terangkan bahawa Plant make their own food. Thats why plant we call as a producer while the rest is a consumer. Consumer in malay we call PENGGUNA. Do u know what is a PENGGUNA? Murid menjawabnya dengan spontan iaitu PENGGUNA BIJAK, ini memberi makna bhw murid belajar dari pengalaman utk menjawab soalan yg diberikan berdasarkan pengetahuan sedia ada. Cikgu kamisah terangkan bahawa Consumer is eat the others either plant or other animal.) Kemudian cikgu menunjukkan bentuk2 rantaian makanan bg setiap hidupan dengan gambarajah di white board. "Soalan mcm ini biasa masuk periksa dan jika kamu nak lukis mesti mempunyai anak panah begini dan begini serta setiap rantaian makanan bermula dengan tumbuhan@PLANT" kata cikgu kamisah kepada muridnya. Hrp2 lah dirang tu paham dan ingat kerana ini merupakan kelas tahun 5 bg kumpulan terakhir sekali di belakang. Kelas ini amat2 memerlukan latihan dan ulangan yg berkesan bg setiap sesi pelajaran yg dibuat krn sikap mudah lupa dan bermain2 dlm kelas. Apa2 pun cikgu kamisah percaya bahawa murid2nya mmg dapat lakukan yg terbaik dan dapat ikuti cara pengajaran yg disampaikan sekaligus dpt mencapai kefahaman dan objektif PNP.
Habis je kelas di makmal, aku meluru pergi berjumpa dan wat temujanji dengan cikgu kamisah utk adakan sesi wawancara dan cikgu kamisah kata jumpanya terus di pusat sumber jam 12.15 tghari nnt. Wow...bestnya..akhirnya dapat juga cikgu utk di temuduga.
Dlm sesi temuduga byk soalan2 yg aku kemukakan, tetapi cikgu kamisah terlebih dahulu byk bercerita sebelum aku bertanya. Dengan selamba aku mengeluarkan kamera sony mak aku dan mengatakan hendak mengambil rakaman video. Cikgu kamisah tak kesah semua itu krn paham akan tugas2 aku.
Antara soalan2 yg aku tanya kepada cikgu kamisah ialah....
- CERITAKAN SEDIKIT LATAR BELAKANG CIKGU
- PENGALAMAN SUKAR SEPANJANG MENGAJAR SAINS DARI SEGI PELAJAR, PERALATAN DAN PENTADBIRAN SEKOLAH
- WHAT IS THE SCIENCE PROGRAM IN YOUR SCHOOL
- HAS THE SCIENCE PROGRAM CHANGE EVERY YEAR
- HOW MUCH DO YOU USE THE LABRATORY IN SCIENCE TEACHING
- WHAT IS THE BEST TEACHING AID YOU USE IN SCIENCE TEACHING AT YOUR CLASS
- IS STUDENT INTEREST HIGH? LOW? (teaching aid, ABM, BBM)
- WHERE YOU GET A TEACHING AID / LESSON MATERIAL? CREATE OWNSELF, BORROW, SPONSOR
- WHAT DO YOU WANT TO DO WANT TO DO IF YU GET A OPPURTUNITY TO CHANGE A NEW WAY FOR SCIENCE STUDY AT YOUR SCHOOL (tak sempat lak cikgu kamisah nak jawab tadi)
- WHAT IS SCIENCE TEACHING LIKE
Wawancara ku agak terhad kerana ms amat mencemburui aku...huh tak sangka dah masuk jam 1.15tghari dan semua cikgu2 kena pergi ke dalam bilik mesyuarat kerana ada taklimat yg akan dibuat oleh Guru Besar.
esok kena jd cikgu latihan hoki bg peringkat perwakilan sekolah utk perlawanan di peringkat sekolah2 putrajaya. Tak sangka pula cikgu di situ beri peluang kepada aku utk melatih dan memilih murid utk bermain wakil sekolah. Mmg berbaloi utk diriku krn di K.P.Teknik aku mengambil permainan HOKI bersama En.Shan dan dalam ms yg sama bleh la aku selitkan aktiviti2 ini dalam folio hoki yg bakal ku siapkan. Waduh.....bestnya la kalo dapat teruskan mengaja di sekolah tue...mcm2 aktiviti nk dibuat tapi harus ku sedar bahawa SKILL2 aku belum cukup mantap dan lengkap utk mjd guru sains dan guru cemerlang yg terbaik dalam pembangunan modal insan
To Be Continue...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan