Rabu 11MAC2009
Hu.....
Mlm tadi penat layan hati dan perasaan yg amat gundah gulana dek kerana TASK2 yg kurasakan makin sukar pula nk difikirkan dan membentuk ayat2 prosa yg agak janggal bahasa inggeris yg akan kugunakan..
Pagi ni puas aku melatih kanak2 tahun 4 bermain hoki utk pemain sekolah itu. Namun esok masih ada lagi tugas yg akan menanti hidupku menerjah kanak2 lain pula utk tahun 5 dan akhirnya pada hari jumaat, aku dan beberapa cikgu jurulatih hoki sekolah akan membuat pemilihan bagi pemain hoki dlm permainan peringkat mssm. Alhamdulillah, kerana ustaz yg mengambil aku sbg jurulatih, byk membantu dalam mengajar murid2 bermain serta memberikan ku beberapa contoh kertas kerja utk menganjurkan OLAHRAGA. Aku amat berbesar hati sesgt kerana kertas kerja itu akan ku masukkan dalam folio GERKO sptmana yg telah diamanahkan kepada kelas aku sblum cuti yg mana kumpulan aku kena sediakan kertas kerja bagi penganjuran OLAHRAGA.
Punya lah penat ms kat padang hoki td krn mengajar budak2 td, jam sudah pun menunjukkan 9.50pagi, wah! sudah tiba ms utk makan. pd ms tue mmg terasa sgt la perut aku yg agak lapar sgt2......waduh waduh...ketika hendak menyuapkan nasik dlm mulut, seorang cikgu menyergah aku.. "Adik...adik, kelas akak nanti jam 12.15tgh ari sains kelas tahun 1 nuri" kata cikgu rafidah kepadaku. Alhamdulillah, kerana dpat juga peluang masuk kelas pd hari ini. Sains pulak tu, takpayah la susah2 nk carik kelas pasni. Cuma yg perlu difikirkan ialah mencari siapa lagi mangsa keadaan aku utk kena temuramah =)
sementara menunggu ms 12.15pm aku pun pergi berjalan2 sekitar dlm pejabat menemui beberapa rg cikgu dan kakitangan pejbt sekolah utk mendapatkan beberapa sumber maklumat utk menyiapkan task 6,7,8,9. Amboi..dasat gak kan...dalam tempoh satu hari nak dapatkan byk maklumat..hehe sebenarnya kita kena la tanye2 dulu kepada siapa nk rujuk, kemudian wat la temujanji atau bertanya bila dia dapat bg maklumat dan bahan yg kita perlukan. Segalanya berjalan lancar kerana secara kebetulan sewaktu aku berlegar2 di pejabat, P.K Puan Nik Sabariah menegurku kerana melihat diriku yg mundar mandir seolah2 mencari sesuatu. "Esok awak boleh jumpa saya dan kita boleh bincang tentang perkara itu serta awk boleh dapatkan maklumat dan bahan yg awk cari itu." kata Pn. Nik yg amat dikenali sbg seorang cikgu yg ramah dan amat mengambil berat akan kebajikan staf2 di bawahnya.
jam pun dan masuk 12.15pm dan aku bergegas ke kelas 1nuri utk bersama2 dgn cikgu sains td dalam proses menyiapkan TASK utk maklumat tambahan jerk. Hari ini cikgu hnya membincangkan tentang soalan dan mengulang kembali pembelajaran ms minggu lepas, kiranya minggu ni nk wat latihan pengukuhan dan kefahaman murid. Kebanyakan murid kelas ini amat lemah dalam sains, bhs inggeris dan ada juga yg tidak pandai membaca,mengeja bahasa melayu. Mmg memeerlukan latihan yg berterusan (DRILL) jer la nampaknya kata cikgu rafidah kepadaku. Apa2pun cikgu kena byk bertanya kepada murid2 supaya mereka boleh ingat samada bertanya dlm bentuk kumpulan, individu dan secara beramai2 seterusnya dengan memanggil beberapa murid utk menjawab soalan di hadapan dan melukis serta mengeja jawapan tersebut. Latihan sains ialah PART OF MY BODY (ourselves) mcm telinga,hidung, mata, rambut, mulut, kaki, tgn.
setelah habis je kelas sains, aku terus bergegas berjumpa dgn cikgu rafidah dan bertanya kesediaannya utk membuat wawancara bersamanya. "Awat tak habaq awal2" kata cikgu rafidah kepadaku. Wah, tak sangka rupanya cikgu rafidah mmg ternanti2 utk diwawancarakan leh aku. Kerana setau aku, sebelum ini ada rakanku pernah berkomunikasi dgn cikgu rafidah dan cikgu tu seolah2 seprti hendak mengelak2...tp Alhamdulillah dengan berkat doa dan senyuman manis ku..cikgu rafidah bleh memberikan kerjasama yg baik dalam aku menyiapkan tugasan SBE iaitu kena INTERVIEW 2 org cikgu sains. Ada juga kata2 sumbang yg mengatakan, kenapa kena wat sume itu dan ini, anda semua menyeksa kami (dgn nada gelak) namun aku nyatakan bhw ini adalah proses pembaharuan yg baru dlm KPLI k.p.teknik utk menaikkan lg pengetahuan kpd bakal2 guru yg akan masuk ke sekolah sekaligus dpt berinteraksi dgn lebih dekat dalam kalangan cikgu yg sedia ada.
malam ni nak siap kan ape2 yg patut....esk kena tunjuk kat shahrul dan kak.amy ape yg dah aku wat utk dikongsi bersama...ini lah yg dikatakan semangat sehati sejiwa bersama dlm ape jua yg berlaku sanggup berpanas hujan =)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan