Blogku buat tatapan sendiri dan rakan2 mengenang peristiwa2 yg kulalui bermulanya aku ingin menjadi seorang pendidik
Halaman
SILA KLIK SINI JUGA
FoLLow3rS
Iklan
Pertandingan Memasak 2015 SK Lahad Datu III
Selasa, 3 Mac 2009
Refleksi??? Maybe...
huuu....
1st Day- Tiada byk nyer leh diceritakan ms hari pertama kat sini. Yang pentingnyer kena ade hubungan yg baik antara cikgu2 dan staf. Refleksi dari segi murid2 pula, ms masuk kelas ganti tue aku wat diskusi ttg perkara2 subjek sains yg mereka (tahun 6) dah pun belajar. Aku minta, seorang pelajar terangkan topik untuk 'Push and Pull' dalam bentuk lukisan, akhirnya terciptalah satu lukisan yg agak unik kuterima dari seorang pelajar.
Apepun tak dapat dinafikan bahawa konsep PNP skrg byk berubah berbanding dahulu krn murid2 lebih terdedah dgn kemudahan ICT dan pelbagai alat yang canggih manggih serta byk pameran2 yg leh dikunjungi secara umumnya bg sekolah yg berdekatan dgn bandar terutama sekitar KL.Murid yg hantar gmbar utk topik push and pull menyatakan bhw permainan bola sepak ade kaitan dengan sains. Sgt reatif cara pemikirannya wpon cikgu sains hnya mengajar cth tarik kotak sptmane dlm buku teks.
Utk subjek sains, semestinya cikgu akan membawa murid2 masuk ke makmal sains ketika ms pnp utk membiasakan murid dgn situasi pembelajaran di makmal disamping byk ABM dan BBM yg boleh digunakan ketika PNP dijalankan.Yang pasti, sekolah putrajaya lebih menekankan penggunaan makmal multimedia (bilik komp) utk setiap subjek sekurang2nya sekali dlm seminggu mesti masuk bg mendedahkan pelajar kpd kemahiran melakukan latihan secara maya (online) dlm setiap perisian2 yg ada samada yg diberikan dari KPM atau usahasama pihak luar dgn sekolah.
Hari pertama aku di sekolah tersebut merupakan hari yg agak sibuk bg guru2 di situ kerana berlaku perubahan jadual waktu dan ada sesi peperiksaan untuk murid tahun 6.
Kesimpulannya, GB memaklumkan kpd kami semua yg SBE supaya dptlah berkongsi apa2 jua ilmu dlm kaedah ' Win Win' sepanjang 2 minggu SBE di sekolah tersebut dan menekankan kepada kami yg dtg ke skolah itu bahawa, teknik penggunaan ICT dlm pendidikan akan digunakan secara meluas di sekolah2 KPM dan berharap cikgu2 yg baru dapat menggunakan kemudahan yg ada dgn sebaik2nya utk meningkatkan mutu PNP dan sistem pendidikan negara.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan