SILA KLIK SINI JUGA

FoLLow3rS

Iklan

Pertandingan Memasak 2015 SK Lahad Datu III

Memaparkan catatan dengan label PENGAKAP. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label PENGAKAP. Papar semua catatan

Khamis, 14 Mei 2015

Rabu, 15 April 2015

Majlis Serah Tugas ADC dan Program Khidmat Sosial Pengakap Kinabatangan

Semalam 14 April 2015
Saya telah secara rasminya menyerahkan tugas sebagai Penolong Pesuruhjaya Pengakap Daerah Kinabatangan (unit pentadbiran) dalam satu majlis ringkas di SK Kota Kinabatangan bersama rakan sepengakap SKIP Masran, SKIP Shopian dan SKIP Nazim.

Terima kasih atas segala tunjuk ajar dan perkongsian ilmu serta bantuan yang diberikan sepanjang saya berada di Kinabatangan. 

Seterusnya, selepas selesai majlis ringkas.

Pengakap Kinabatangan mengadakan program khidmat sosial.

Program ini bagi membantu mangsa kebakaran yang berada di Kampung Buang Sayang Kinabatangan (jalan menghala ke Pengakalan Bukit Garam).

Rumah yang terbakar ini dihuni oleh 6 keluarga yang berjumlah 20++ orang yang tinggal secara bersama.

Alhamdulillah, tiada kemalangan jiwa dilaporkan.
Ini merupakan program pertama yang pernah diadakan sebelum ini.
Dan ini adalah program terakhir saya bersama Pengakap Kinabatangan.


Majlis Serah Tugas ADC













Rakan seperjuangan yang masih muda berjiwa kental




Program berakhir jam 11.50 pagi.




Isnin, 6 April 2015

Laporan Kursus Manikayu di Sandakan Sabah Sesi April 2015

Alhamdulillah

Kursus 3,4,5 April 2015
Scout Nature Park
Pengerusi Kursus Skip Lasama Lai (Jurulatih Antarabangsa)
Ketua Kursus Skip Barmuli (Jurulatih Kebangsaan)














Segalanya berjalan lancar.

Kursus yang diadakan bermula pagi Jumaat hingga petang Ahad membuahkan hasil yang sangat membanggakan.

Dengan kehadiran 52 orang peserta kursus dari Telupid, Beluran, Sandakan, Kinabatangan, Lahad Datu dan Tawau menjadikan kursus kali ni lebih meriah dengan sambutan yang menggalakkan.

Lebih dari 10 orang Jurulatih yang datang menyertai kursus kali ini.

Cuaca dan suasan yang amat baik, menjadikan kursus ini lebih berjalan lancar dan ditambah lagi dengan peristiwa yang jarang ditemui iaitu Gerhana Bulan pada malam terakhir kursus.

Beberapa amal dilaksanakan dengan bimbingan peserta kursus yang terdiri daripada 3 orang ustaz.

Saya boleh katakan bahawa kursus ini membawa keunikan yang tersendiri.

Selain dari mementingkan ilmu pengetahuan dan kemahiran berpengakap, namun perkara kerohanian dan kepentingan dalam melaksanakan sesuatu ibadah tidak ditinggalkan dan diberatkan lagi.

Begitu juga dengan sambutan Good Friday bagi mereka yang menyambutnya dibenarkan untuk terus laksanakan ibadah dengan meninggalkan sementara sidang untuk teruskan amal ke Rumah Ibadah.

Kongsi gambar sikit....

*Saya sampai sakit urat kepala dan hadir ke sekolah (isnin) seperti biasa tetapi dinasihatkan oleh para guru untuk jumpa doktor kerana muka nampak pucat. Alhamdulillah, petang tadi jam 2pm tersedar dari tidur selepas makan ubat. Terima kasih kawan-kawan yang banyak bantu kelas ganti ni hari.




Sabtu, 21 Mac 2015

Kurus Pengakap Untuk Pemimpin Kursus Kepimpinan Manikayu (Penerangan, Peringkat 1 & Peringkat 3B)

Alhamdulillah...
Kursus ini bermula hari Ahad 14 Mac hingga 19 Mac.

Saya sempat datang pada hari Rabu dan Khamis untuk bersama dengan Jurulatih, pemimpin dan ahli-ahli kursus.

InsyaALLAH pada 3, 4, dan 5 April kursus untuk Pemimpin bagi Manikayu 3A 
akan diadakan di Scout Nature Park Sandakan.

Kongsi gambar sikit...











Ahad, 2 Mac 2014

Sumbangan Pengakap SMK Paris membantu mengecat

Alhamdulillah
Semalam 1 Mac 2014 bermula jam 9.00am hingga 11.00am proses kerja mengecat dapat dilaksanakan dengan baik dalam cuaca yang sangat baik.

2 tong cat saya ambil dari setor dibantu oleh Pn.Nelia beserta dengan 4 batang kayu.

Semoga usaha tenaga pengakap begini dapat ditingkatkan untuk pembangunan dan kemajuan diri, keluarga, masyarakat dan negara. Inshaaallah.  Amin.

Pada jam 11pagi, pengakap ini teruskan mengecat hingga cairan cat terakhir.




Rabu, 22 Januari 2014

Mesyuarat Pengakap Daerah Kinabatangan bil.1 / 2014

Alhamdulillah. 
Pada hari ini 22 Januari 2014 bermula jam 9.30pagi, pertemuan para pemimpin pengakap sekolah di ppd kinabatangan bersama pesuruhjaya Zon dan Daerah.

Berikut merupakan perkara yang dapat saya kongsikan.

















Alhamdulillah. ..saye dilantik sebagai biro agama @ kerohanian




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Klik Sini

Related Posts with Thumbnails