SILA KLIK SINI JUGA

FoLLow3rS

Iklan

Pertandingan Memasak 2015 SK Lahad Datu III

Khamis, 5 Mac 2009

Wednesday Sweetday Coolday...

Hari rabu yg mengasyikkan hatiku tidak sabar2 rasenya nk pergi ke sekolah utk PBS dan menjalankan aktiviti menghendap2 utk menyelesaikan tugas2 yg telah disenarai pendekkan utk aku spjg PBS samada subjek SAINS,Ilmu pendidikan maupun B.Inggeris.

Memulakan dgn meninjau2 keadaan sekitar padang bola sepak sekolah yg tidak jauh dari bilik guru. Ku mengekori cikgu shahrul selaku cikgu yg akan mengajar PJ pd pagi itu menuju ke bilik peralatan sukan utk mengambil alatan yg berkaitan utk digunakan dlm kelas PJK. Beliau juga merupakan cikgu sains dan yg paling lama berkhidmat di sekolah tersebut. Atas kebertanggungjawaban beliau, byk la tugas2 yg perlu dipikul. Bermula dgn cerita jejak2 kaki beliau melangkah ke alam pendidik hingga lah terpacak di sekolah tersebut. Beliau amat senang utk didekati n spoting sgt orgnyer. Ku utarakan hasrat utk wawancara bersama dia utk melangsaikan salah satu tugas ku, tetapi dia tidak mempunyai kesempatan utk meluangkan ms kerana bermula khamis higga minggu depan dia mempunyai kursus dan program di luar sekolah. Lalu dia mencadangkan utk wawancara cikgu kamisah iaitu cikgu sains yg aku masuk kelas dia sebelum ini.

Setelah habis berbicara, ku melangkah maju setapak dan setapak dan setapak (berapa tapak pun tak tahu) menuju ke padang bola sepak bersama cikgu shahrul dan rakan ku shahrul jua (sibuk je nama same).Macam biasa la kelas PJ mesti la dimulakan dgn pemanasan suhu badan agar molekul2 dlm setiap saluran darah menyalurkan oksigen yg secukupnye ke seluruh anggta badan (yg pernah diterangkan dlm kelas PJ kat Institut). Kelas PJ yg diajar ialah tahun 5. Kaedah memberi arahan yg jelas dari cikgu shahrul kpd murid2 menampakkan ketegasan yg mane menjadikan para pelajar lebih menurut perintah.Byk lagi yg kupelajari spjg berada dlm kelas PJ tersebut. Aktiviti secara berpasangan dan berkumpulan di bahagikan kpd lelaki dan perempuan. Jelas menunjukkan tiada aktviti yg dilakukan secara bersama berlawanan jantina (byk implikasi kot). Perkara yg ingin kutekankan disini ialah, permainan kecil yg dilaksanakan oleh cikgu shahrul amat berkesan dan menggalakkan pelajar utk memberi komitmen yg positif. Bagi murid perempuan bermain balingan bola umpama permainan bola jaring. Manakala murid lelaki pula bermain bola sepak 2 sebelah pada peringkat awal. Tetapi setelah kesuntukan masa, cikgu shahrul menukarkan dgn perlawanan sepakan penalti sahaja dan setiap murid bertukar ganti utk menyepak bola dan menjadi penjaga gol. Setelah semuanya selesai, cikgu mengerahkan murid2 utk menyejukkan badan dan melakukan aktiviti melonggarkan otot2.

Cikgu shahrul menyatakan bhw masa PJ merupakan ms yg paling terhad dan sbg cikgu harus pandai menguruskan ms. Jika tidak,ms utk PNP PJ hanya berjalan selama 45minit sahaja kerana byk menghabiskan ms dgn menunggu murid dtg ke padang, membawa keluar masuk peralatan dan arahan2 yg dikeluarkan utk sesuatu aktiviti tidak berapa jelas.

Lantaran itu, kumemikirkan bhw secara realitinya utk mengajar PJ bukanlah mudah seperti yg disangka krn byk lagi kelemahan ada dalam diriku yg perlu diperbaiki utk mengawal murid2..nampak senang tetapi perlukan KETEGASAN dan KEKUATAN jiwa yg kuat (kalo jiwang boleh ke tak??). Apepun aku tetap enjoy dgn corak PNP cikgu shahrul yg agak kecindan orgnyer....

Waduh..pasni masuk kelas dia lagi tapi utk subjek SAINS pula...seperti yg dia maklumkan hari ini dia akan memulakan PNP dlm bilik komputer dgn menggunakan internet sbg bhn penyampaian....bahan ini baru sahaja hendak diketengahkan dalam sistem pendidikan BESTARI (cewah..nmpk HEBAT kalo dilaksanakan). Projek itu berkerjasama dgn Intel,Microsft dan KPM manakala sekolah yg aku berada sekarang merupakan sekolah perintis utk projek tersebut dan lebih mengUJAkan ialah konsep PNP baru itu buat JULUNG2 kali di praktikkan oleh cikgu shahrul dlm kelas SAINS utk tahun 3 (tapi praktik yg tak rasmi lah..hehe). Laman web yg digunakan ialah WWW.EDUWEBTV.COM dan pengguna perlu mendaftar sebelum bole mengAKSES kedalam laman tersebut....

Itu lah sedikit intro yg diberikan oleh cikgu shahrul sebelum aku dan rakan seperjuangan ku SHAHRUL bersama2 utk mengikuti kelas dia dalam bilik komputer nanti. Intro pun dah abis, kelas PJ pun dah habis, nk tggu kelas sains cikgu shahrul lambat lagi kerana hanya bermula tepat jam 11.15pagi nnti. Aku dan shahrul pun melangkah masuk ke bilik guru utk beristirehat sebentar dan membincangkan apelah yg kami perolehi spjg pemerhatian yg dilakukan utk mengetahui perBEDAAN antara kami krn manalah tahu pandangan rakan ku dan diriku lain ada baik dan buruknye dan mana lah tau jua ade yg memandang ka arah lain ketika membuat pemerhatian PJ td (pandang ape la tu agaknyer).Atas keperihatinan aku terhadap kawan2 aku yg lain iaitu kak.amy dan hasniza yg kebetulan ada di situ,aku amik keputusan utk mempelawa rakan2 menuju ke kantin utk menjamah sedikit hidangan bersama tetapi mengeluarkan duit simpanan sendiri ketika membayarnyer ini adalah kerana duit elaun kami masih tidak masuk lagi dan aku bukanlah anak taukeh kebun cili atau kebun petai yg kaya.

Perut kenyang..hati pun senang....nak rehat kejap lah...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Klik Sini

Related Posts with Thumbnails