SILA KLIK SINI JUGA

FoLLow3rS

Iklan

Pertandingan Memasak 2015 SK Lahad Datu III

Jumaat, 4 Mac 2011

Sinopsis Buku - RUJUKAN KPM

GARIS PANDUAN
PELAKSANAAN KAEDAH LATIHAN SECARA
PEMBACAAN BUKU BAGI MENGGANTIKAN KURSUS LDP
SECARA SCHOOL BASED DI SEKOLAH
BAGI
PEGAWAI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN
KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA



BAHAGIAN PENDIDIKAN GURU
KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA


----------------------------------------------------------------------------------

Contoh 


1. Sinopsis buku yang disampaikan diperingkat tertinggi (dengan pembentangan)



2. Sinopsis buku yang hanya disampaikan melalui penulisan (tanpa pembentangan)


atau


------------------------------------------------------------------------------------------------------------




GARIS PANDUAN PELAKSANAAN KAEDAH LATIHAN SECARA
PEMBACAAN BUKU BAGI MENGGANTIKAN KURSUS LDP
SECARA SCHOOL BASED DI SEKOLAH

1.0 PENGENALAN

Pelaksanaan Latihan Dalam Perkhidmatan (LDP) bagi Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) di sekolah telah dilaksanakan secara School Based oleh Bahagian Pendidikan Guru sejak Tahun 2008.

Pada Tahun 2009, seramai 321,000 guru telah mengikuti kursus secara School Based. Daripada bilangan tersebut, sebanyak 33% guru telah mengikuti kursus kurang daripada 3 hari, 63% guru telah mengikuti kursus antara 3 hingga 7 hari dan 5 % guru telah mengikuti kursus lebih dari 7 hari.

Dapatan pemantauan yang dilaksanakan pada Tahun 2009 juga mendapati 92.8 % guru memberi respons yang positif terhadap pelaksanaan latihan guru secara School Based. 96.6 % guru tersebut menyatakan latihan guru secara School Based dapat meningkatkan profesionalisme mereka.

Bagi Tahun 2010 Unit KDP telah merancang sebanyak 159 kursus dengan bilangan peserta seramai 664632 orang guru yang menggunakan anggaran perbelanjaan secara keseluruhan sebanyak RM 126 juta. Walau bagaimanapun disebabkan peruntukan Latihan Dalam Perkhidmatan (LDP) telah dikurangkan, latihan yang akan diberi penekanan adalah kepada dasar-dasar berikut :
Dasar Latihan Sumber Manusia Sektor Awam
– Pekeliling Perkhidmatan Bil. 6 Tahun 2005
– Siaran Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam 23 Julai 2009 bertajuk Pendekatan Dasar Latihan Sumber Manusia Sektor Awam Tahun 2010 dan 2011 secara Blended Approach, Mentor-Mentee, Coaching, Book Review dan Sesi Perkongsian Ilmu Melalui Mesyuarat Panitia.

Sehubungan itu, Mesyuarat Pengurusan KPM Bil 19 / 2009 yang dipengerusikan oleh Y.Bhg Tan Seri KSU pada 18 November 2009 meminta kursus 7 hari digantikan dengan pembacaan 7 buah buku ilmiah oleh setiap orang guru mulai tahun 2010. Setiap buku ilmiah yang telah dibaca oleh guru perlu dibentangkan untuk dikongsi bersama, iaitu pembentangan sebuah buku (Book Review) adalah bersamaan 1 hari kursus untuk guru tersebut.

2.0 DEFINISI “BOOK REVIEW”

“Book Review” berasal dari bahasa Latin “ revidere atau recensere” yang bermaksud melihat kembali, menimbang atau menilai. Tiga istilah itu menjurus kepada maksud yang sama iaitu pengulasan buku.

Dalam ertikata lain, ulasan buku atau “book review” ialah memberi huraian ringkas mengenai isi buku serta penilaian tentang kekuatan dan kelemahan isi buku kepada masyarakat umum .

Aktiviti yang terlibat semasa mengulas buku ialah:
mengungkap kembali isi buku
membahas isi kandungan buku
menganalisa buku secara kritis
memberikan penilaian terhadap maklumat yang terdapat di dalam buku
mengulas implikasi dan kegunaan maklumat.
(Online: Los Angeles Valley College Library)




3.0 OBJEKTIF

Objektif pelaksanaan kaedah latihan secara pembacaan buku bagi menggantikan kursus LDP secara school based di sekolah adalah untuk:

3.1 menyemaikan budaya membaca di kalangan guru

3.2 berkongsi ilmu dan pengetahuan untuk diaplikasikan dalam Pengajaran Dan Pembelajaran (P&P)

3.3 meningkatkan profesionalisme keguruan

3.4 mendedahkan guru-guru kepada inovasi terkini dalam bidang pendidikan

3.5 meningkatkan pengetahuan dan kemahiran profesionalisme keguruan secara berterusan

3.6 mewujudkan dan memantapkan nilai dan amalan profesionalisme keguruan dalam kalangan warga pendidik

3.7 memartabatkan profesion keguruan


4.0 KOMPONEN BACAAN

Buku-buku yang dibaca hendaklah berfokus kepada 3 bidang iaitu:

1. Pengetahuan Profesionalisme ( 60% )

· Ilmu Pengetahuan Pendidikan dan Mata Pelajaran

· Kandungan dan Kaedah Pedagogi

· Pengurusan Kurikulum

· Kreativiti dan Inovasi Pedagogi



2. Kemahiran Profesionalisme ( 20% )

· Kejurulatihan

· Penulisan ilmiah

· Kajian Dan Penyelidikan Ilmiah

· Kepimpinan

· Pengurusan Kewangan

· Pengurusan Strategik



3. Amalan dan Nilai Profesionalisme Keguruan ( 20% )

· Nilai Dan Etika

· Komunikasi Berkesan

· Soft Skills



Guru dikehendaki membaca sekurang-kurangnya 4 buah buku dari Bidang Pengetahuan Profesionlisme, 2 buah buku dari Bidang Kemahiran Profesionalisme dan sebuah buku dari Bidang Nilai Dan Amalan Profesionalisme Keguruan. Setiap buku ilmiah tersebut mestilah mengandungi sekurang-kurangnya 50 halaman.







5.0 PELAKSANAAN LATIHAN
5.1 JANGKAMASA PELAKSANAAN
5.1.1 Pembacaan Buku
· Guru dikehendaki membaca 7 buah buku ilmiah mulai dari bulan Februari hingga bulan November.
· Sebelum pembacaan, setiap buku yang dipilih mestilah mendapat pengesahan daripada pihak pentadbir. (Lampiran A)


5.1.2 Perkongsian Ilmu

· Sesi pembentangan yang pertama mestilah bermula selewat-lewatnya pada minggu pertama bulan Mac.

· Jangka masa minima untuk setiap pembentang adalah 30 minit.

· Ulasan buku mestilah merangkumi 3 aspek iaitu

(i) sinopsis buku

(ii) pengetahuan / pengajaran yang boleh diperolehi

(iii) aplikasi ilmu dalam organisasi / P&P

· Kehadiran guru-guru untuk mendengar pembentangan-pembentangan tersebut selama 12 jam dinilai sebagai 1 hari berkursus.

Contoh Pengiraan:

Bil. Guru Mengikut Panitia
Jumlah buku
Jumlah Pembentangan
Jumlah sesi
(1 sesi ada 4 **pembentangan)
Perjumpaan
(bulan)
Mac - Nov

10 org

7 buah

70


70 ÷ 4 ≈ 18 sesi

2 atau 3 kali sebulan
** 1 pembentangan = 30 minit 1 sesi = 2 jam



Pengiraan Menghadiri Sesi Pembentangan (Pendengar)
(Berdasarkan jadual diatas)

18 sesi X 2 jam = 36 jam (di mana 12 jam = 1 hari kursus)
à 36 jam ÷ 12 jam = 3 hari kursus
5.2 KUMPULAN SASARAN
· Semua guru termasuk pihak pentadbir dan kaunselor sekolah wajib membaca sekurang-kurangnya 7 buah buku ilmiah.
· Pihak pentadbir bermaksud Pengetua / Guru Besar, Penolong Kanan Pentadbiran, Penolong Kanan HEM, Penolong Kanan Ko-Kurikulum dan Penyelia Petang.

5.3 TEMPAT PEMBENTANGAN
· Pembentangan dijalankan di premis sekolah sendiri .

5.4 PERANAN PELAKSANA
· Peranan Pentadbir / Guru / SU LDP di sekolah adalah seperti berikut:

BIL
JAWATAN
TINDAKAN

1.

Pentadbir sekolah
(Pengetua/Guru Besar, Guru-guru Penolong Kanan dan Penyelia Petang)

Ø Mempengerusikan mesyuarat jawatankuasa LDP dan memberi taklimat pelaksanaan
Ø Menetapkan giliran pembentangan (Lampiran B)
Ø Mengesahkan bahan bacaan guru.
Ø Mengesahkan sinopsis buku (Lampiran C)
Ø Memantau perjalanan pembentangan (setiap kali pembentangan) (Lampiran F)
Ø Menetapkan tarikh pembentangan yang berikutnya bagi guru pembentang yang tidak dapat hadir
Ø Memberi markah Prestasi Tahunan guru dengan mengambil kira jumlah pembacaan 7 buah buku dan kehadiran semasa pembentangan rakan sekerja
2.
SULDP
Ø Menyediakan borang-borang (Lampiran A – F)
Ø Menyediakan jadual pembentangan (Lampiran B)
Ø Menguruskan surat-menyurat
Ø Menyediakan minit mesyuarat
Ø Menyediakan jadual pembentangan gantian bagi
guru pembentang yang tidak dapat hadir
Ø Memastikan pengurusan fail dikemaskinikan
Ø Mengumpul Borang Sinopsis (Lampiran C)
Ø Menyelaraskan kutipan Kad Pelaporan LDP dan salinan sijil LDP
Ø Menyediakan laporan dan laporan KMLDP
mengikut ketetapan BPG
Ø Menghantar laporan dan laporan KMLDP (3 kali setahun – April, Julai, Oktober)
3.
Semua Guru
Ø Memilih bahan bacaan dan mendapatkan pengesahan pentadbir sekolah (Lampiran A).
Ø Membaca dan melengkapkan Borang Sinopsis (Lampiran C)
Ø Membentangkan ulasan bahan bacaan.
Ø Mendapatkan pengesahan untuk pembentangan (Lampiran C)
Ø Menyerahkan Lampiran C kepada SU LDP



5.5 MEKANISME PERLAKSANAAN

5.5.1 Semua guru di sekolah dikehendaki membaca 7 buah buku ilmiah setahun
(Februari hingga November). Buku yang dibaca mesti berdasarkan kepada
3 bidang:

A. Pengetahuan Profesionalisme (4 buah buku)
· Ilmu Pengetahuan Pendidikan dan Mata Pelajaran
· Kandungan dan Kaedah Pedagogi (Pedagogical Content Knowledge)
· Pengurusan Kurikulum
· Kreativiti dan Inovasi Pedagogi

B. Kemahiran Profesionalisme (2 buah buku)
· Kejurulatihan
· Penulisan Ilmiah
· Kajian dan Penyelidikan Akademik
· Kepimpinan
· Pengurusan Kewangan
· Pengurusan Strategik

C. Amalan Dan Nilai Profesionalisme (1 buah buku)
· Nilai dan Etika
· Komunikasi Berkesan
· Soft Skills
5.5.2 Pembentangan pertama mesti bermula selewat-lewatnya minggu pertama
bulan Mac 2010.
5.5.3 Pembentangan harus mengikut jadual yang disediakan oleh SULDP.
5.5.4 Pembentangan boleh dibuat semasa:
· Mesyuarat Guru
· Mesyuarat Panitia
· Taklimat profesional
· Perhimpunan sekolah
· In- house training
5.5.5. Cadangan cara pembentangan adalah seperti berikut:
a) Sekolah Biasa.
Pembentangan akan dijalankan mengikut panitia / bidang.
(Contoh : Panitia Bahasa Melayu – Guru-guru Bahasa Melayu).
Bil. Guru Mengikut Panitia
Jumlah buku
Jumlah Pembentangan
Jumlah sesi
(1 sesi ada 4 **pembentangan)
Perjumpaan
(bulan)
Mac - Nov

10 org

7 buah

70


70 ÷ 4 ≈ 18 sesi

2 atau 3 kali sebulan
* * 1 pembentangan = 30 minit, 1 sesi = 2 jam

b) Sekolah Jenis Sekolah Kurang Murid (SKM)
Pembentangan boleh dijalankan secara bergilir-gilir semasa:
· Mesyuarat Guru
· Mesyuarat Panitia
· Perhimpunan
· Taklimat Profesional

Bil. Guru Mengikut Sekolah
Jumlah buku
Jumlah Pembentangan
Jumlah sesi
(1 sesi ada 4 **pembentangan)
Perjumpaan
(bulan)
Mac - Nov

8 org

7 buah

56


56 ÷ 4 ≈ 14 sesi

1 atau 2 kali sebulan
* * 1 pembentangan = 30 minit, 1 sesi = 2 jam

5.5.6 Langkah-langkah perlaksanaan.

Bil.
Perkara
Tindakan
1.










2.












3.






4.
Sebelum Pembentangan (Pembacaan Buku)
Ø Guru megenalpasti buku yang hendak dibaca berdasarkan bidang profesionalime yang telah ditetapkan.
Ø Guru melengkapkan Borang Rekod Pengesahan Dan Pembacaan serta mendapatkan pengesahan daripada pentadbir sekolah (Lampiran A).
Ø Guru menyemak giliran dalam jadual pembentangan
( Lampiran B).
Ø Guru membaca dan melengkapkan Borang Sinopsis (Lampiran C).

Semasa Pembentangan
Ø Guru diberi masa 30 minit untuk membentangkan ulasan buku kepada guru-guru lain.
Ø Ulasan buku mestilah merangkumi 3 aspek iaitu
i) sinopsis buku

ii) pengetahuan / pengajaran yang boleh diperolehi

iii) aplikasi ilmu dalam organisasi / P&P

Ø Semua guru diminta untuk mengisi borang kehadiran (Lampiran D)
Ø Pendengar menilai pembentangan yang telah dibuat (Lampiran E ).
Ø Pentadbir memantau pembentangan (Lampiran F).

Selepas Pembentangan
Ø SU LDP dikehendaki mengumpul borang-borang berikut:-
1. Borang Sinopsis (Lampiran C)
2. Borang Penilaian Pembentangan (Lampiran E)
3. Borang Pemantauan (Lampiran F)
4. Rekod Kehadiran Pembentangan (Lampiran D)

Laporan LDP
Ø Menyediakan Pelaporan selepas pembentangan
Ø Menghantar Laporan Kursus & laporan KMLDP ke
JPN/PPD (3 kali setahun - April, Julai dan Oktober)

Guru

Guru dan pentadbir

Guru / SULDP

Guru



Pembentang

Pembentang



Semua guru

Semua guru

Pentadbir


SU LDP






SU LDP

SU LDP


8.0 PENSIJILAN DAN PENGHARGAAN

· Jumlah pembacaan 7 buah buku dan kehadiran semasa pembentangan rakan sekerja diambil kira bagi pemberian markah Prestasi Tahunan.

Sijil LDP disediakan oleh BPG pada akhir tahun (setahun sekali) dengan menyatakan tarikh pembentangan dan judul-judul buku.

9.0 PENUTUP

Program ini hanya akan mencapai objektif sekiranya semua pihak yang terlibat mengikuti Garis Panduan yang ditetapkan.
10.0 KHIDMAT NASIHAT
Sebarang kemusykilan berkaitan dengan Garis Panduan ini bolehlah dirujuk kepada :
1. Bahagian Pendidikan Guru
Kementerian Pelajaran Malaysia
Aras 2, Blok E 13, Kompleks Kerajaan Parcel E,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62604 PUTRAJAYA
( U.P. : Unit Kursus Dalam Perkhidmatan )
Tel: 03-88841307 / 03-88841291 , Faks : 03-88893570 ATAU

2. Jabatan Pelajaran Negeri / Pejabat Pelajaran Gabungan / Pejabat
Pelajaran Daerah yang berhampiran.

SUMBER>>> http://smkpantai.freevar.com/garis.htm

Sekian






Dikemaskini kembali pada
1.11p.m.
18-Dec-2011
Ahad


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Klik Sini

Related Posts with Thumbnails