SILA KLIK SINI JUGA

FoLLow3rS

Iklan

Pertandingan Memasak 2015 SK Lahad Datu III

Ahad, 21 November 2010

KOROBORI PKK DAERAH TELUPID 2010









Apakah itu korobori??? Itu lah perkataan pertama yang saya dengar dan hendak ambil tahu setelah dimaklumkan oleh cikgu Azuar bahawa beliau bersama beberapa ahli pengakap sekolah hendak pergi ke korobori di Telupid terletak di Sek.Keb.Kopuron (15minit dari pekan Telupid). Korobori juga dikatakan bagi ‘term’ yang digunakan untuk perkhemahan pengakap kanak-kanak, manakala ‘jamboree’ digunakan untuk perkhemahan pengakap diperingkat sekolah menengah yang lebih dikenali sebagai pengakap remaja dan muda.

KOROBORI TELUPID PERTAMA ini merupakan anjuran bersama antara Sek.Keb.Kopuron dan Majlis Pesuruhjaya Pengakap Daerah Telupid yang bermula pada 1 hingga 4-Oktober-2010.

Pengalaman yang tidak dapat dilupakan ketika saat pertama hendak menuju ke sekolah tersebut, saya terpaksa mengharungi sebuah jalan tidak bertar selama 15minit dari jalan utama. Ketika itu, ahli pengakap yang lain sudah selamat tiba tetapi saya bersama cikgu Azuar menaiki kereta Myvi oren SE dengan membawa pelbagai barang keperluan masih terpinga-pinga mencari jalan menuju ke sekolah tersebut. Syukur kerana terdapat kereta pick-up yang memandu jalan tersebut dan saya bertanya kepada tuan kenderaan yang bercermin mata dan menjawab dengan yakin bahawa jalan yang saya ikuti adalah benar tepat dan tidak merbahaya. Akhirnya saya bersama cikgu Azuar tiba lebih kurang jam 12.20 tengahari di kawasan perkhemahan dan kelihatan ahli pengakap kami menunggu dengan sabar tabah dan setia tidak kemana-mana tetapi hanya bersandar di sebuah pondok buruk.

Perjalanan perkhemahan segalanya berjalan lancar hingga hari terakhir pada Isnin (4-Oktober-2010) majlis penangguhan korobori selamat disempurnakan oleh Penolong Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negeri Sabah dengan menyampaikan beberapa amanat iaitu

· Ingatkan tentang pendaftaran ahli, pemimpin, kumpulan pengakap bagi setiap daerah

· Segala aktiviti mesti dimaklumkan kepada Jabatan Pelajaran Negeri iaitu 2bulan awal

· Setiap pembayaran kumpulan untuk pendaftaran adalah digunakan untuk memudahkan pergerakan dan setiap pendaftaran ahli pengakap itu penting kerana segala perkara yang berlaku semasa aktiviti dijalankan samada kemalangan, pihak pengakap dapat membantu sekiranya ahli pengakap tersebut ahli yang berdaftar.

· Ahli pengakap ketika bercakap sesuatu, laksanakan dengan berjiwa besar untuk menjayakan pergerakan pengakap

· Pada tahun 2013, sambutan pengakap 100 tahun di Sabah akan diadakan perkhemahan besar di Sandakan.

· Setiap balairaya hendaklah dijaga dengan baik dengan mengadakan program kemasyarakatan bersama orang kampung dan dapat digunakan sebagai pusat pergerakan pengakap bagi balai raya / dewan yang tidak digunakan.

· Sambutan JOTA / JOTI ke-53 peringkat Antarabangsa akan diadakan di Kudat.

Itulah amanat yang diberikan yang perlu ahli pengakap ingat dan laksanakan sebaik mungkin.

Pengakap! Kami buat sehabis baik!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Klik Sini

Related Posts with Thumbnails