SILA KLIK SINI JUGA

FoLLow3rS

Iklan

Pertandingan Memasak 2015 SK Lahad Datu III

Rabu, 24 November 2010

MESYUARAT PPMCS DAERAH KINABATANGAN



Pada 07-Oktober-2010 Mesyuarat pengakap daerah Kinabatangan diadakan di Pusat Kegiatan Guru Kinabatangan (pertama kali saya pergi mesyuarat pengakap) bersama barisan kepimpinan tertinggi pengakap dan beberapa orang dari wakil Pejabat Pelajaran Daerah Kinabatangan. Alhamdulillah, sambutan dari para pemimpin di sekolah-sekolah amat menggalakkan dan majlis bermula jam 2.00 petang hingga 5.00petang mengikut jadual / tentatif yang dirancangkan.

Sebelum mesyuarat, saya cuba menyediakan slide show berbentuk powerpoint bagi latar belakang di dinding untuk mesyuarat yang hendak dilaksanakan. Saya hadir menaiki kereta Myvi Oren SE bersama Cikgu Azuar dan Tuan Guru Besar Ag.Abu Bakar (S.K.Paris 3).

Banyak perkara yang dibincangkan lebih kepada pengurusan pentadbiran dan perlantikan barisan majlis pengakap yang baru untuk sesi seterusnya. Terkejut rasanya apabila saya dilantik sebagai Penolong Pesuruhjaya Daerah (ADC) bahagian pentadbiran (setiausaha). Tugas ini amat berat dan sebagai orang baru dalam unit beruniform di peringkat daerah, sudah tentu banyak perkara baru yang perlu dipelajari dan tanggung jawab yang lebih besar. Berkat sokongan dan bantuan kawan-kawan dalam pengakap samada di sekolah dan di luar, perkara ini mungkin menjadi lebih mudah, InsyaAllah Amin. Tahniah juga saya ucapkan kepada semua Penolong Pesuruhjaya Daerah yang telah dilantik begitu juga kepada Cikgu Azuar yang dilantik bertanggungjawab dalam Tugas-tugas Khas dan merangkap sebagai Timbalan Pesuruhjaya Daerah Kinabatangan.

*Untuk pengetahuan semua, sebelum mesyuarat ini dijalankan, pertemuan antara barisan pengakap tertinggi dan Pegawai Daerah Kinabatangan telah dijalankan di pejabat PDK pada 10.00pagi hingga 11.00pagi. Perkara utama yang dibincangkan ialah permohonan untuk mendapatkan tapak bagi menjalankan aktiviti, program dan bangunan sendiri untuk pengakap di peringkat daerah. Pegawai daerah akan cuba mengusahakan tetapi dari pihak pengakap, haruslah menjalankan terlebih dahulu aktiviti di mana-mana tempat yang baik sebagai titik tolak mengaktifkan kembali pergerakan pengakap di daerah Kinabatangan. InsyaAllah. Semoga usaha ini akan diberkati dan dipermudahkan oleh Allah Taala yang Maha Pemurah dan Maha Penyayang. Amin.




Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Klik Sini

Related Posts with Thumbnails