SILA KLIK SINI JUGA

FoLLow3rS

Iklan

Pertandingan Memasak 2015 SK Lahad Datu III

Rabu, 19 Mei 2010

SINOPSIS

-->
Nama : Mohd Mustakim bin Kamarudin
Tajuk : Latihan Dalam Perkhidmatan (Pembacaan Buku Ilmiah)
Tarikh : 20-Mei-2010
Masa diambil : 2 Minggu (7-Mei hingga 19-Mei )

Tajuk Buku : Mengurus Pasukan Kerja Prestasi Tinggi
Keluaran : Pearson Malaysia Sdn. Bhd. (Prentice Hall)
Penulis : Ab. Aziz Yusof
Bilangan m/s : 254 (termasuk indeks)
No. Siri ISBN : 983-2639-35-2
Harga : RM 39.00
Sumber : Perpustakaan Negeri Sabah (Cawangan Lahad Datu)

(borang sinopsis buku untuk guru: BORANG/LAMPIRAN)

SINOPSIS

Dalam konsep pengurusan dan pentadbiran serta berpasukan bagi sesuatu organisasi khususnya di peringkat sekolah, saya memilih buku ini untuk mendalami cara yang terbaik dalam membentuk pasukan yang kuat dan hebat di kalangan guru-guru demi memartabatkan profesion keguruan. Kandungan buku ini, menjelaskan faktor-faktor yang diperlukan dalam membina pasukan berprestasi tinggi. Contoh lampiran yang digunakan dalam buku ini, dengan jelas dapat menunjukkan betapa hebat dan kekuatan seorang pengurus serta ahli pasukan dalam mencapai misi, visi dan matlamat yang di rancangkan. Selain itu, beberapa cara dan kaedah yang di terangkan dapat digunakan untuk memperbaiki jati diri, motivasi, dan kaedah berpasukan yang betul dari segi menyelesaikan masalah dalaman, luaran serta perkara berbangkit seperti tiada kesafahaman dalam suatu pasukan. Komitmen serta kesepaduan tenaga, idea dan kebolehan dalam suatu pasukan memainkan peranan yang penting. Pengalaman antara ahli pasukan serta sifat kepimpinan terbuka dalam menerima kritikan membina sewajarnya di satukan dan di murnikan untuk memupuk perasaan kerjasama serta saling bantu-membantu dengan mengutamakan matlamat pasukan secara bersama daripada mementingkan matlamat sendiri. Komunikasi yang baik antara ahli pasukan bersama pemimpin amat penting dalam penyampaian sesuatu maklumat yang jelas dan tepat supaya tidak bercanggah dengan matlamat yang hendak dicapai, Antara elemen-elemen dalam penilaian pencapaian ahli pasukan ialah mengurus sumber, kaedah penyelesaian masalah, sikap, corak kepimpinan, inisiatif dan daya usaha, penyesuaian individu dalam suatu pasukan dengan tugasan yang diterima, kepekaan terhadap ahli pasukan dan perkhidmatan yang diberikan serta hasil yang bakal dicapai, kemahiran peribadi, dan keselamatan dan rasa tanggungjawab dalam berpasukan. Menyuntik rangsangan dalam setiap tugasan yang diberikan berupa cabaran yang besar bagi menguji kewibawaan pengurus pasukan. Motivasi dan ganjaran yang diberikan kepada ahli sangat penting supaya setiap ahli pasukan berasa dihargai seterusnya mendorong ahli memberikan komitmen yang lebih baik di masa akan datang. Selain itu, pengurusan stress dan tekanan akibat tugasan yang diberikan harus diambil berat. Mengurus stress boleh menguji pengurus dan ahli pasukan, jika tidak ditangani dengan baik maka matlamat pasukan akan terjejas malah menghilangkan rasa kerjasama. Melalui ciri-ciri kepimpinan yang terbaik dalam membina pasukan berprestasi tinggi, setiap matlamat yang hendak dicapai menjadi sesuatu yang mudah selain itu dapat memastikan pasukan dapat bergerak secara terus serta sentiasa bersedia dalam sebarang keadaan kerana mampu mengekalkan status sebagai pasukan kerja berprestasi tinggi.
Adalah diharap, buku ini juga dapat digunakan di kalangan semua guru dalam membentuk jati diri dan motivasi untuk semangat kerja berpasukan. Kini, banyak perpecahan yang berlaku antara hubungan guru-guru menjadikan sesuatu matlamat sukar dicapai malah keseimbangan setiap bebanan kerja dan tugasan menjadi keluhan setiap guru. Semoga melalui pembacaan buku ini, rasa bertanggunjawab dan sifat untuk membentuk pasukan yang hebat dapat dicapai demi hasrat murni sebagai pendidik yang hendak memartabatkan lagi profesin keguruan sehingga bertaraf dunia. Adalah tidak mustahil perkara ini dapat dicapai sekiranya pasukan berprestasi tinggi dapat dibentuk di setiap sekolah dan jabatan di bawah Kementerian Pelajaran Malaysia. Sekian.



Sinopsis ini dibuat untuk memenuhi kriteria bagi Latihan Dalam Perkhidmatan yang disarankan oleh KPM dengan budaya membaca bahan ilmiah.

Saya mengucapkan jutaan terima kasih kepada Cikgu Azuar selaku Setiausaha LDP Sek.Keb.Paris 3 Kinabantangan yang membantu saya sepanjang pembacaan buku ini bersamanya. Terima kasih juga kepada Guru Besar En.Awang Abu Bakar b. Awang Tengah dalam memberi galakan kepada saya untuk terus membaca bahan ilmiah dan beri sokongan untuk terus mencari ilmu seberapa banyak yang mungkin agar dapat digunakan untuk kebaikan bersama.

Penghargaan tidak terhingga kepada Puan Rashida bt Awang selaku Pensyarah subjek Teknologi Pendidikan IPGM Kampus Pendidikan Teknik kerana dengan curahan ilmu dan perkongsian pengalaman beliau bersama saya sepanjang pengajian di IPGM, memberi banyak pendedahan serta menaikkan semangat cintakan ilmu, cintakan buku, cintakan murid dalam mendidik anak bangsa demi perpaduan Negara. Tidak lupa akan pesanan beliau, untuk membaca banyak bahan ilmiah, buku rujukan serta buku kerja /latihan murid dalam mendalami kaedah PNP yang lebih berkesan selain itu dapat membina kecemerlangan dalam profesin keguruan agar dipandang tinggi dan dihormati. Saranan saya kepada rakan-rakan, cintailah ilmu dengan membaca dan sampaikanlah ilmu itu walaupun sepatah ayat. Moga dengan curahan ilmu itu diberkati dan dapat kebaikan kepada kita di masa depan. Wassalam.

*Sebarang teguran dan pandangan amat dialu-alukan kerana saya baru belajar hendak menulis SINOPSIS bagi sesuatu bahan ilmiah. boleh email di mustakim260984@gmail.com

Sekian
CC Sri Perdana 9.45p.m. (19-Mei-2010)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Klik Sini

Related Posts with Thumbnails