Pada hari Sabtu bermulalah saya sebagai guru panitia sains menanggung jawabkan diri untuk hadir ke seminar yang bermula jam 8.00pagi hingga jam 5.00petang. Alhamdulillah segalanya berjalan lancar dan dapat pula makan tengah hari bersama cikgu-cikgu dari S.M.K. Silabukan. Terasa tidak keseorangan berada di sana kerana ditemani dengan cikgu-cikgu yang peramah dan mesra.
Di sini, saya suka untuk kupas sedikit akan seminar yang telah saya hadiri.
Jabatan Meteorologi telah menghantar pegawai mereka yang amat bebas bersuara dan menerangkan satu persatu aspek tentang sejarah, perkhidmatan dan pembangunan yang sedang dilaksanakan.
- Perubahan cuaca boleh dilakukan dengan 2 kaedah iaitu Pembenihan Benih & Kaedah Pembenihan Awan secara Semburan dan Pembakaran. Perkara ini tidak dijelaskan dengan terperinci
- Perkhidmatan Meteorologi menggunakan model dari Jepun. Seterusnya dapat menghantar maklumat mengenai keadaan di laut. Amaran bahaya akan dikeluarkan sekiranya keadaan di laut bahaya kepada para nelayan yang menyara diri melalui rezeki di laut. Amaran bahaya diklasifikasikan dalam tandaan warna Kuning(kurang bahaya), Oren(bahaya) dan Merah(paling merbahaya)
- Fakta diberikan ialah, keadaan laut di Semenanjung kini telah naik 1.0meter dari paras laut sebelum ni dan dikesan pada 28April2010. Adakah negara kita akan dilitupi air laut???
- Jabatan ini juga bertanggung jawab untuk mengkaji keasidan bagi air hujan yang turun di muka bumi bagi memboleh kegiatan pertanian berjalan lancar dan tidak mengalami ancaman asid yang berbahaya. Di katakan bahawa keasidan di kawasan bandar seperti di Kuala Lumpur amat tinggi atas faktor asap, perkilangan, kenderaan motor dan juga pembakaran secara terbuka.
Tajuk seminar yang kedua ialah PENDIDIKAN ALAM SEKITAR DAN TEKNOLOGI HIJAU
Antara perkara yang dapat dikongsi ialah
- Dasar Pendidikan Alam Sekitar berhubung kait dengan FPK yang di pegang oleh para pendidik.
- Penekanan terhadap masalah alam sekitar masih diutarakan sekali lagi kepada semua peserta seminar yang menjadikan perubahan cuaca amat besar seperti kualiti udara dan peningkatan haba dan kepanasan dunia.
- Konsep 3R ditekankan. Reduce>Reuse>Recycle (dalam BI Tahun 5 ada juga belajar untuk PnP).
- Pegawai menerangkan bahawa Minggu Alam Sekitar diadakan pada 21-27hb Oktober setiap tahun dan kita harus sambutnya dengan memberi kesedaran kepada warga sekolah dan masyarakat.
- Pendidikan Alam Sekitar amat penting dan boleh dilaksanakan dengan pendidikan di sekolah, bekerjasama dengan agensi-agensi kerajaan dan swasta serta mengadakan lawatan ke Pusat Sejadi Sabah sebagai pendedahan di mata umum.
Pegawai ini telah didatangkan dari PSN KL ke Lahad Datu untuk memberi pendedahan konsep asas dalam sains dan beberapa eksperimen yang boleh diaplikasikan di sekolah sebagai PNP yang berkesan.
Pegawai mereka amat baik dalam berkomunikasi secara 2 hala dan memberi peluang penuh kepada semua peserta seminar. Saya mengambil kesempatan untuk bermain bola-bola api sambil dibantu oleh mereka juga. Silap nanti, terbakar pula baju saya dari IPT Teknik tu.
Perasaan seronok digambarkan dengan senyuman yang melirik di wajah pelajar dan guru-guru dalam seminar di ketika ini ;)
Sejarah, perkembangan dan teknologi yang digunakan amat mengkagumkan. Untuk pengetahuan umum REAKTOR PERTAMA DI MALAYSIA BERJAYA DIBENTUK PADA 28JUN1982 dan ini merupakan titik tolak kejayaan dalam penggunaan teknologi nuklear di negara kita. Seperti kata pegawai dari MOSTI itu, ini adalah tarikh keramat yang akan diingati untuk negara.
Kita hanya perlukan bahan-bahan seperti
- Garam halus
- Plastik kecil dan besar
- Ais ketul yang banyak
- Perisa susu mengikut kehendak sendiri.
iLuvIslam
Sambungan untuk laporan seminar pada hari Ahad dan Majlis Perasmian Penutupan akan menyusul tidak lama lagi. Wassalam.
Sambungan untuk laporan seminar pada hari Ahad dan Majlis Perasmian Penutupan akan menyusul tidak lama lagi. Wassalam.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan