SILA KLIK SINI JUGA

FoLLow3rS

Iklan

Pertandingan Memasak 2015 SK Lahad Datu III

Jumaat, 7 Mei 2010

Kenangan @ Taman Aman Jaya


Salam muafakat kepada semua. Bersatu kita teguh, bercerai kita roboh.

Pada hujung minggu lepas, sebelum saya meneruskan niat ke Seminar Sains, sempat saya menuju ke rumah Cikgu Zainal selaku suami kepada Cikgu Saedah. Beliau telah mengadakan kenduri kesyukuran secara sederhana.

Kenangan yang indah ialah, dapat membantu beliau menyediakan sedikit juadah berupa nasi minyak dan juga memukul gulai daging. Terasa kurang ilmu masakan dalam diri dan banyak lagi perlu dipelajari. Terima kasih kepada cikgu ZAinal kerana sudi untuk menjemput dan beri tunjuk ajar dalam sediakan masakan. Saya amat minat untuk belajar memasak.

Terima kasih juga kepada Ustaz Rahmat kerana pelawa ke jemputan kenduri tersebut.
Maaf kerana tidak dapat bersama sewaktu berselawat dan makan bersama atas urusan Seminar Sains yang berlangsung sehingga waktu petang.


Pada hari Ahad keesokannya pula, pada waktu pagi kedengaran bunyi pembesar suara yang datangnya dari arah padang permainan taman saya. Terdetik dihati perasaan ingin tahu. Teruja mendengar setiap patah perkataan dan bunyi irama Islamik yang dimainkan.

Tibanya saya di sana, kelihatan acara sukan diadakan. Sukan PASTI diadakan untuk anak-anak kecil. Comel dan sangat meriah suasana yang dipenuhi dengan kedatangan ibubapa kanak-kanak kecil itu. Ya Allah, kurniakan lah jua kepada daku zuriat dan keturunan yang baik-baik dan beriman kepada Mu Ya Allah. AMin. Itu lah doa yangsay pohonkan.

Setelah menemui beberapa kenalan, saya terus bergegas ke Seminar Sains yang diadakan seawal 8.30pagi pada hari tersebut.

Semoga kita semua dapat menjadi anggota masyarakat yang sentiasa bersama dalam satu rumpun demi membina satu bangsa yang berjaya dan berMUAFAKAT. Amin.

Sekian

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Klik Sini

Related Posts with Thumbnails