SILA KLIK SINI JUGA

FoLLow3rS

Iklan

Pertandingan Memasak 2015 SK Lahad Datu III

Rabu, 5 Mei 2010

Karnival Sains Hari Ke-4


Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua. ALhamdulillah majlis penutup untuk Karnival Sains dan Seminar selama 2 hari sudah pun tamat dengan jayanya. Di sini, ada sedikit perkongsian ilmu yang hendak saya cerita bersama kalian.

Antara beberapa amanat dari

Pengarah Pelajaran Negeri Sabah
ialah
  • Kesediaan hari ini ialah PENDIDIKAN dan kualiti pendidikan rakyat menjadi core-business.
  • Memainkan peranan untuk terjemahkan FPK
  • Guna buku sahaja meyampaikan ilmu, tetapi tidak menentukan bahawa ilmu yang diperolehi diamalkan. Ilmu yang tidak diamalkan diibaratkan sebagai sepohon pokok yang tidak berbuah.
  • Jati diri, gunakan ilmu untuk mencapai perubahan dari segi tingkah laku dan kelakuan, meninggalkan amalan yang merosakkan.
Ahli Parlimen Silam turut berucap dalam erti kata:
  • Beliau menasihatkan supaya menjadi hebat di seantero dunia
  • Harapan beliau semoga program sebegini berterusan untuk model ekonomi baru dan mewujudkan modal insan berprestasi tinggi
  • Tampil kehadapan dengan iltizam yang kuat, manusia yang terhebat jadilah dengan menjadi insan yang cemerlang.
  • Label IQ di Parlimen Silam boleh meningkat dengan cara berfikir mesti bertaraf dunia
  • Beramai-ramai berganding bahu dalam apa jua yang dihadapi.
Prof. Dr. Hasnan Abu Hassan (USM) mengatakan bahawa:
  • SYABAS kepada semua pihak yang terlibat dalam penganjuran karnival ini kerana ini kali pertama sepanjang pihak USM terlibat dalam karnival sebegini melihat sambutan yang telalu HEBAT dan RAMAI pengunjung.
  • Dalam kata-katanya yang berbunyi "Karnival ini, demi hasrat murni dalam persediaan kemahiran berilmu, bersaing dan rekacipta. Contohnya solar cars, solar boats and cooking with nature."
  • Beliau mengatakan bahawa dari karnival ini, dapat mengenal pasti kreativiti kanak-kanak di sini setaraf dengan karnival yang pernah dianjurkan di semenanjung yang bermula 2004.
  • Sambutan dari semua pihak menunjukkan bahawa masyarakat Lahad Datu tidak dipinggirkan dari segi ilmu sains dan teknologi.
PPD Lahad Datu dalam ucapannya menyatakan bahawa
  1. Berterima kasih kepada semua pihak yang terlibat
  2. Sebanyak 8 kertas kerja seminar berjaya dibentangkan
  3. Pameran mendapat sambutan yang menggalakkan.
  4. Jemputan ke sekolah amat baik.
  5. Semua ilmu, pengetahuan dan pengalaman dapat diaplikasikan dalam PNP.
Beliau juga mengucapkan penghargaan terima kasih kepada PPD Kinabatangan yang turut menghantar wakil dalam menjayakan karnival ini.


Di hari terakhir ini, merupakan satu kenangan yang meriah dan menyeronokkan kerana banyak sangat perkara yang saya telah pelajari dari pelbagai aspek, contohnya
  • Protokol
  • Persediaan dewan dan PA sistem
  • Persediaan dari tempat makan VVIP
  • Cara penyampaian bagi setiap penceramah
  • Komunikasi yang baik bersama rakan sejawat
  • Semangat yang baru untuk teruskan kerjaya sebagai pendidik
  • Rekacipta dalam teknologi bersama mengembangkan minda untuk kemajuan bersama
  • Politik dan usaha kerajaan dalam mempelbagaikan sumber tenaga yang boleh diperbaharui untuk Negara kita.

Seminar yang pertama berkisar tentang, Perlindungan Kepada Harta Intelek
  • Sejarah dan perkembangan perlindungan kepada harta intelek
  • Kepentingan dan fungi badan/agensi tersebut
  • Pengetahuan untuk mendapatkan hak cipta bagi sesuatu ciptaan
  • Maklumat lanjut boleh rujuk di www.myipo.gov.my
Seminar kedua tentang Penggunaan Arang Batu Dalam Penjanaan Elektrik
  • Banyak isu yang dikemukan ketika sesi soal jawab kerana terdapat pihak yang mengatakan NO to COAL!!!
  • Perbincangan diadakan bersama penceramah dan juga para pendidik sebagai medium untuk menyampaikan hasrat kerajaan bahawa usaha untuk mempelbagaikan sumber tenaga bagi penjanaan elektrik. Itu lah jawapan yang diberikan oleh penceramah. Keterangan lanjut boleh didapati dari agensi kerajaan yang berkaitan. Selaku guru kita juga harus mengambil tahu akan perkara ini sekiranya di persoalkan oleh warga masyarakat.
Pada malam terkakhir, saya sempat melihat persediaan kumpulan Unit Sains & Teknologi (Jabatan Ketua Menteri) untuk mempersiapkan teleskop bagi melihat bintang, bulan dan beberapa jenis buruj. Suasana amat meriah dan ramai pengunjung yang tiba. Alangkah indahnya dan bagusnya andai anak murid ku turut berada di sini mempelajarinya.

Laporan terakhir akan saya susulkan kemudian dalam memberi kupasan tentang respon dari murid-murid saya yang pergi ke karnival ini. Beberapa tugasan yang telah saya berikan kepada mereka yang merupakan murid tahun 4 dan 5 berjaya disiapkan pada masa yang telah ditetapkan. Laporan mereka akan saya masukkan untuk perkongsian semua sebagai titik tolak bahawa setiap murid yang terlibat dalam lawatan di luar bilik darjah lebih memberikan pendedahan, pengalaman, ilmu serta terbuka minda dalam menimba segala yang boleh dipelajari.


Adalah amat penting bahawa, penglibatan murid di luar bilik darjah untuk sebarang aktiviti harus dilaksanakan dan dijayakan oleh semua pihak. Semoga, usaha murni ini dapat diteruskan dan semua pihak seharusnya bergandingan dalam mencapai sesuatu kejayaan yang diharapkan.

Sekian.

Cikgu Mustakim
Panitia Sains 2010

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Klik Sini

Related Posts with Thumbnails