Blogku buat tatapan sendiri dan rakan2 mengenang peristiwa2 yg kulalui bermulanya aku ingin menjadi seorang pendidik
Halaman
SILA KLIK SINI JUGA
FoLLow3rS
Iklan
Pertandingan Memasak 2015 SK Lahad Datu III
Jumaat, 7 Mei 2010
Mesyuarat Kurikulum 2
PARIS3- Mesyuarat Kurikulum kedua telah diadakan di Bilik Gerakan Sek.Keb.Paris 3 yang melibatkan semua Ketua Panitia bersama Bahagian Pengurusan dan Pentadbiran sekolah bermula jam 11.00pagi. Kedatangan semua guru dan Ketua Panitia cukup baik dan proses perjalanan mesyuarat berlangsung dengan lancar dan tiada masalah. Ucap pertama dimulakan dengan Guru Besar seterusnya setiap agenda diteruskan oleh Penolong Kanan 1. Guru yang berkaitan membentangkan pelaporan untuk dikongsi bersama. Peruntukan perbelanjaan turut dibentangkan dalam mesyuarat ini bagi pengetahuan secara umum di peringkat sekolah dan secara khusus bagi setiap Ketua Panitia bagi mengambil tindakan selanjutnya untuk menggunakan peruntukan yang disediakan secara berkesan, berhemah dan mengikut garis panduan yang telah ditetapkan oleh KPM. Syabas dan tahniah kepada Cikgu Azuar kerana memberi penerangan yang jelas akan Latihan Dalam Perkhidmatan untuk semua warga kerja sekolah. "Murid yang hebat, bermula dengan guru yang hebat" Cikgu Azuar menekankan dalam penutup kata akhirnya.
Kem Bestari Solat telah ditetapkan selepas peperiksaan penggal pertama di adakan dan Guru Besar telah membuat keputusan untuk mempercepatkan peperiksaan diadakan yang akan bermula pada 20,21,24,25hb Mei 2010. Skim Bantuan Tuisyen terbuka hanya untuk guru Tahap 2 bagi persediaan UPSR murid tahun 6 yang dipilih mengikut kemampuan dan kelayakan. Mesyuarat telah ditangguhkan oleh Guru Besar dengan kata-katanya guru dapat menjalankan kerja dengan penuh tanggung jawab dan sebaik mungkin.
Sekian.
Cikgu Mohd Mustakim
Bersatu Gemilang Menuju Kecemerlangan
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan