Minggu lepas pada 26-Mei-2010 RABU, Murid tahun 5 telah saya tugaskan untuk laksanakan projek mengecat bagi kali terakhir sebelum masuk ke semester baru selepas cuti semester ini.
Alhamdulillah, segalanya berjalan lancar. Tidak kusangka bahawa sambutan dari murid tahun 5 ini amat menggalakkan dan ada di antara mereka yang bersungguh-sungguh untuk pelajari teknik mengecat yang betul. Kebetulan pula, pada hariu tersebut, majlis penyeraham bantuan KWAMP dijalankan dalam Bilik Gerakan sekolah.
Ramai ibu bapa penjaga yang melihat anak-anak murid ini mengecat dan membersihkan kawasana sekitar sekolah. Dalam pada itu, papan tanda yang telah siap kering tulisannya diangkat untuk diletakkan di tempat asalnya.
Murid-murid itu berhempas pulas mengerjakan papan tanda itu, dan terdapat murid tahun 6 perempuan bertanya kepada saya "Cikgu, itu sahaja ker papan tanda yang ada? Mana papan tanda yang lain?" Soalan itu membuatkan saya agak rungsing kerana bimbang akan papan tanda yang mereka buat ada pula yang hilang. Saya minta murid itu periksa dibahagian atas sekolah dan dapati bahawa papan tanda yang dibuatnya ada di tepi dinding. Dengan gembira dia bersama rakanya mengangkat papan tanda yang dibuatnya cantik dahulu untuk diletakkan di atas pokok supaya hasil kerja mereka dapat dilihat oleh warga sekolah.
Semangat cintakan sekolah dan menghargai antara satu sama lain amat penting dalam mewujudkan masyarakat yang prihatin dan madani demi mencapai perpaduan dalam satu rumpun masyarakat yang berbeza kaum, agama dan ideologi.
Saya mendoakan agar murid-murid yang lain juga turut dapat suntikan semangat untuk lebih cintakan sekolah dan gembira datang ke sekolah dengan membawa 1harapan 1impian 1kecemerlangan untuk semua warga sekolah. Amin
InsyaAllah perojek kedua tahun 2010 bagi Panitia KHB akan dilaksanakan selepas cuti semester. Bersama kita nantikan :)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan